Out of stock

Hubungan Budaya Dalam Sejarah Dunia Melayu

Hubungan Budaya Dalam Sejarah Dunia Melayu: Artikel Pilihan Dari Majalah Archipel.

DBP (Cetakan Kedua 2001)
299 halaman

RM25.00

Out of stock

Buku Hubungan Budaya Dalam Sejarah Dunia Melayu merupakan terjemahan daripada 7 buah artikel pilihan dari majalah Archipel, yang diterbitkan oleh Association Archipel, Paris. Penerbitan buku ini adalah hasil usahasama di antara Dewan Bahasa dan Pustaka, École Française D’Extrême-Orient dengan Kedutaan Besar Perancis di Malaysia. Majalah ilmiah Perancis Archipel adalah antara majalah yang terkemuka mengenai kajian Sejarah dan Budaya di Dunia Melayu. Ia diterbitkan dua kali setahun semenjak ditubuhkan pada thaun 1971, serta memuatkan artikel-artikel dalam bahasa Perancis, Inggeris, Melayu dan Indonesia oleh pengkaji dari seluruh dunia.

Buku ini bertujuan memperkenalkan hasil kajian beberapa orang pengkaji terkemuka Perancis bagi pembaca yang kurang fasih dalam bahasa Perancis. Oleh itu tujuh buah artikel yang bertemakan “Hubungan Budaya Dalam Sejarah Dunia Melayu” telah dipilih dar majalah tersebut dan diterjemahkan untuk dimuatkan ke dalam buku ini.

Seramai lima orang pengkaji telah menyumbangkan artikel mereka, iaitu Henri Chambert-Loir pengkaji l’École française d’Extrême-Orient (EFEO); Claude Guillot, Pengarah Penyelidikan di Le Centre national de la recherche scientifique (CNRS); Pierre Labrousse, Profesor di Institut national des langues et civilisations orientales (INALCO); Denys Lombard, bekas Pengarah Penyelidikan di École des Hautes Études en Sciences Sociales (EHESS) dan bekas Pengarah EFEO; Claudine Salmon, Pengarah Penyelidikan di CNRS.

Weight0.360 kg
Dimensions14.0 × 1.7 × 21.5 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.