Hubungan Malaysia-Indonesia: Sejarah Politik dan Keselamatan

MASLIDA YUSOF adalah Profesor Madya di Program Bahasa Melayu. Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu.

MOHAMAD RODZI ABD RAZAK adalah Pensyarah di Program Sejarah, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi.

MOHAMMED AZLAN MIS adalah Pensyarah Kanan di Program Linguistik, Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik.

YUSMILAYATI YUNOS adalah Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2016)
189 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM30.00

Only 1 left in stock

Hubungan Malaysia-Indonesia: Sejarah Politik dan Keselamatan menghimpunkan 10 perbincangan tentang pemerkasaan modal insan dari sudut pandangan sejarah, politik dan keselamatan yang melibatkan sarjana dari Malaysia dan Indonesia. Kajian dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan khususnya sejarah, politik dan keselamatan adalah penting dilakukan sebagai sebahagian usaha untuk membangun dan memperkasakan modal insan bagi Malaysia dan Indonesia.

Maka, buku ini memberi tumpuan kepada hasil kajian dan penelitian dalam bidang sejarah, politik dan keselamatan sebagai elemen penting dalam pemerkasaan peradaban dan pemantapan jati diri dalam kalangan masyarakat Malaysia dan Indonesia. Peneguhan modal insan dalam ketiga-tiga aspek berkenaan adalah sebahagian usaha yang perlu diberi perhatian dalam menangani aspek nilai dan jati diri sebagai teras pemacu kepada pertumbuhan dan pembangunan negara.

Hubungan bilateral dalam sistem antarabangsa tidak sunyi daripada pelbagai masalah. Konflik antara dua buah negara dalam hubungan dua hala sering menggugat keharmonian interaksi sesama mereka. Sebagai entiti nasional dalam komuniti antarabangsa, setiap negara berusaha menjaga kepentingan nasional masing-masing apabila berinteraksi dalam komuniti tersebut. Kerjasama selalunya akan terjalin jika ia mendatangkan keuntungan kepada kepentingan nasional masing-masing. Konflik hubungan dua hala berlaku apabila sesebuah negara mendapati kepentingan nasional dalam interaksi tersebut terancam.

Justeru, tidak menghairankan apabila sejak awal kemunculan negara moden dalam sistem antarabangsa semasa, hubungan dan proses interaksi yang berlangsung baik secara bilateral mahupun multilateral banyak dicirikan oleh konflik dan kerjasama di antara negara yang menj adi aktor penting dalam komuniti antarabangsa. Hubungan tidak harmoni antara sebuah negara dengan negara lain, khususnya negara beljiran sering mencetuskan situasi kebimbangan dan kecurigaan di dalam negara terbabit sehingga membawa kepada meningkatnya ketidakstabilan dan perasaan tidak selamat.

Hubungan Malaysia-Indonesia sejak 1957 juga tidak terlepas daripada fenomena tersebut. Sepanjang hubungan dua hala antara kedua-dua buah negara itu seakan-akan wujud kitaran pusingan hubungan kerjasama yang dicirikan oleh konHik dan kerjasama. Bab ini akan memberi tumpuan kepada sifat hubungan tersebut dan berusaha menjelaskan mengapakah dua buah negara serumpun ini, meskipun bekerjasama melalui Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) tetapi, tidak berjaya mewujudkan hubungan yang harmoni dalam interaksi dua hala.

Weight0.285 kg
Dimensions22.6 × 15 × 1 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.