Huraian al-Aqaid al-Nasafiyyah (شرح العقائد النسفية)

Sa’ad al-Din Masud ibn Umar ibn Abd Allah al-Taftazani (سعدالدین مسعودبن عمربن عبداللّه هروی خراسانی تفتازانی‎) also known as Al-Taftazani (1322–1390) was a Muslim Persian polymath. He also wrote a commentary on the Qur’an in Persian called “Kashf-al-Asrar”.

Penterjemah: Mohamad Hilmi Marjunit, Anwar Yusof, Farhan Affandi

Awal Nahdah Resources (Cetakan Pertama 2017)
294 halaman

RM35.00

Only 1 left in stock

Huraian al-Aqaid al-Nasafiyyah (شرح العقائد النسفية) ialah karangan al-Taftazani yang menghurai matan al-‘Aqa’id al-Nasafiyya sekitar tahun 1367. Huraian al-Aqaid al-Nasafiyyah merupakan salah satu teks klasik yang paling masyhur dan meluas digunakan dalam menjelaskan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah. Menerusi teks ini, Imam al-Taftazani menghuraikan matan al-‘Aqa’id al-Nasafiyy karya Imam Al-Nasafi dengan menonjolkan kekuatan intelektual dan rasional yang berakar umbi dalam iktikad Ahli Sunnah wal Jamaah sebagai paksi utama dalam menegakkan kebenaran dan menyanggah kebatilan dengan penuh kesederhanaan dan keadilan.

Pendekatan tersebut menjadikan teks klasik ini masih relevan dan segar untuk ditekuni dan dijadikam pegangan buat umat Islam pada era yang amat rencam dan penuh cabaran ini. al-Taftazani mengarang huraian ini untuk menyanggah beberapa kelompok pemikiran pada zamannya yang cenderung berpegang dengan pegangan Sofis di samping menegakkan hujah pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang selari dengan kefahaman yang benar terhadap al-Quran dan Sunnah.

Teks asal yang digunakan oleh sidang penterjemah ialah naskhah Syarah al-Aqaid al-Nasafiyyah terbitan Maktabah al-Busyra, Pakistan yang turut disertakan dengan super komentarnya yang bertajuk ‘qu al-Fara’id oleh Syeikh Maulana Muhammad Ali. Naskhah ini diterbitkan pada tahun 2015. Naskhah lain yang digunakan ialah naskhah Syarah al-Aqaid al-Nasafiyyah yang turut disertakan dengan 10 super komentar oleh pelbagai ulama, dan juga takhrij bagi hadith-hadith yang terdapat di dalam karya al-Taftazani ini. Naskhah ini merupakan terbitan Darul Kutub al-Ilmiyyah pada tahun 2013. Sementara itu, rujukan bagi terjemahan al-Quran pula ialah Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran terbitan Darul Fikir cetakan ke-12 pada tahun 2001.

Usaha penterjemahan yang dilakukan ini juga bertujuan untuk memberikan sumbangan ke arah pemantapan peristilahan Ilmu Kalam dalam Bahasa Melayu. Beberapa usaha penterjemahan di Nusantara telah giat dijalankan baik pada era sebelum kedatangan Islam ke rantau ini ataupun selepasnya.

Dari aspek selepas kedatangan Islam ke nusantara, terdapat beberapa karya telah diterjemahkan dari Bahasa Arab ke dalam Bahasa Melayu. Antaranya kedua-dua karya iaitu Syarah al-Aqaid al-Nasafiyyah yang ditulis oleh Imam Sa’duddin al-Taftazani dan matan l-Aqaid al-Nasafiyyah karya Imam al-Nasafi telah diterjemah oleh Syeikh Nuruddin al-Raniri. Walau bagaimanapun, manuskrip terjemahan al-Raniri bagi kitab ini hilang dan yang masih kekal ada hanyalah manuskrip terjemahan beliau bagi matan tersebut.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas pada tahun 1985 berkenaan terjemahan ini, beliau menyatakan bahawa barangkali terjemahan matan inilah manuskrip tertua yang dijumpai di Nusantara dan juga yang berkait dengan usaha penterjemahan. Menurut al-Attas lagi, terjemahan al-Raniri bagi Syarah al-Aqaid al-Nasafiyyah yang bertajuk Durrah al-Faraid Bi Syarh al-Aqaid dapat diketahui kewujudannya kerana beliau menyebutkannya di dalam dua penulisan beliau yang lain dan barangkali ia ditulis sebelum tahun 1637 di Pahang.

Oleh yang demikian, selari dengan tuntutan semasa yang jauh lebih mencabar berbanding situasi yang dihadapi oleh al-Raniri, kami berharap agar penterjemahan Huraian al-Aqaid al-Nasafiyyah dan lain-lain karya Ilmu Kalam ke dalam Bahasa Melayu dapat dijalankan dengan lebih giat dan aktif bagi menghadapi cabaran semasa yang dihadapi oleh umat Islam di Malaysia pada masa kini.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.335 kg
Dimensions 13 × 1.6 × 20 cm
Edition

Format

ISBN

9789671441893

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Huraian al-Aqaid al-Nasafiyyah (شرح العقائد النسفية)”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.