Out of stock

Ibarat Nyiur Gading: Raja Haji Yahya dalam Sejarah Kesusasteraan Melayu Abad ke-20

JELANI HARUN adalah Profesor di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.

Penerbit USM (Cetakan Pertama, 2018)
145 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM35.00

Out of stock

Product ID: 23071 Subject: Sub-subjects: , , , , ,

Ibarat Nyiur Gading: Raja Haji Yahya dalam Sejarah Kesusasteraan Melayu Abad ke-20 bermatlamat untuk mengesani sejarah hidup Raja Haji Yahya dan membicarakan sumbangannya dalam sejarah sastera Melayu di Negeri Perak pada awal abad ke-20 yang lalu. Matlamat ini sangat penting dihksanakan sebagai landasan awal masyarakat mengenali tokoh pengarang tersebut secara lebih mendalam, termasuk memahami pemikiran dan perjuangan yang telah dirintisnya pada masa lalu. Pengarang pada masa silam telah meninggalkan banyak jasa dan bakti kepada bangsa, negara, dan agama, dan sewajarnyalah mereka diingati dan diberikan penghargaan yang seumpal dengan sumbangan yang telah diberikan. Raja Haji Yahya adalah salah seorang daripada pengarang yang telah memainkan peranannya dalam memartabarkan bahasa dan sastera Melayu, dan dalam masa yang sama menyemai benih kecintaan anak bangsa terhadap warisan sejarah dan budaya

Penukisan buku ini lebih berorientasikan kaedah kajian luar yang banyak mekbarkan proses kajian lapangan, terutamanya bagi mendapatkan maklumat-maklumat lisan daripada para waris Raja Haji Yahya, atau keterangan-keterangan lisan daripada informan yang mengetahui tentang sejarah hidup Raja Haji Yahya. Oleh itu, beberapa siri temu ramah, perbincangan dan lawatan ke tapak lokasi sejarah telah dilakukan bagi mendapatkan maklumat maklumat yang diperlukan. Pemilihan para waris dan informan telah dibuat dengan teliti agar maklumat-maklumat yang diperoleh dapat dipertahankan kebenaran dan kewibawaannya.

Proses kajian luar turut melibatkan penelitian manuskrip dan dokumen yang tersimpan di perpustakaan, arkib dan muzium di dalam dan luar negara. Semua bahan bertulis yang diperoleh telah memberi berbagai-bagai maklumat penting tentang sejarah hidup dan kepengarangan Raja Haji Yahya, termasuk bahan-bahan yang merupakan hasil tulisan Raja Haji Yahya sendiri. Analisis dan interpretasi yang lebih lanjut telah diberikan pula terhadap beberapa buah karya pilihan Raja Haji Yahya agar dapat memberi kefahaman yang lebih luas kepada pembaca.

Dalam sejarah pengajian Melayu, nama Pawang Ana dikenali sebagai penutur bagi lima buah hikayat lipur lara yang cukup terkenal iaitu Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Malim Deman, Hikayat Raja Muda, Hikayat Malim Dewa, dan Hikayat Anggun Che Tunggal. Pawang Ana adalah seorang penglipur lara atau seniman yang sangat hebat pada zamannya. Cerita tuturan Pawang Ana telah diterbitkan seawal abad ke-20 dan beberapa kali diulang cetak sebagai bahan bacaan di sekolah-sekolah Melayu sejak puluhan tahun yang lalu. Malah sehingga hari ini, sebahagian besar daripada hikayat tuturan Pawang Ana masih digunakan sebagai bahan pengajaran di sekolah dan institusi pengajian tinggi negara, dan juga di peringkat antarabangsa.

Di sebalik kehebatannya dalam menuturkan cerita, Pawang Ana adalah seorang yang buta huruf dan tiada kebolehan untuk menulis cerita-ceritanya sendiri. Oleh itu, semua kelima-lima buah hikayat lipur lara tuturan Pawang Ana telah ditulis dan digubah semula oleh seorang pengarang yang bernama Raja Haji Yahya. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab menulis dan menggubah semula cerita-cerita tuturan Pawang Ana untuk diketengahkan kepada masyarakat. Oleh itu, dalam setiap kali penerbitan hikayat tuturan Pawang Ana akan turut memahatkan sama nama Raja Haji Yahya selaku penulis kepada hikayat-hikayat tersebut. Boleh dikatakan, dalam penerbitan kelima-lima buah hikayat lipur lara di atas, nama Pawang Ana adalah beriringan dengan nama Raja Haji Yahya.

Hal ini telah menimbulkan beberapa persoalan yang perlu dicarikan jawapannya. Apakah peranan sebenar Raja Haji Yahya dalam cerita-cerita tuturan Pawang Ana, apakah beliau hanya sebagai penulis, atau ada peranan atau sumbangan lain yang lebih besar daripada itu? Kenapakah pula Pawang Ana mempunyai hubungan yang rapat dengan Raja Haji Yahya sehingga semua hikayat tuturannya telah ditulis semula oleh Raja Haji Yahya?

Persoalan yang lebih besar lagi akan menjurus kepada identiti Raja Haji Yahya itu sendiri turut disentuh menerusi Ibarat Nyiur Gading: Raja Haji Yahya dalam Sejarah Kesusasteraan Melayu Abad ke-20. Bagaimanakah seorang yang mempunyai darah keturunan raja boleh menjadi seorang penulis cerita hikayat? Susur galur keturunan Raja Haji Yahya juga mempunyai perkaitan dengan golongan syed yang telah memainkan peranan penting di Negeri Perak pada masa lalu yang perlu diberikan urutan kronologinya dengan lebih tepat.

Weight0.314 kg
Dimensions24 × 16.5 × 0.9 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.