Identiti Cina Malaysia: Elemen dan Pembentukan

LEE YOK FEE adalah Profesor Madya di Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia. Bidang pengkhususan dan kepakaran beliau ialah antropologi dan sosiologi terutamanya Pengajian Identiti, Hubungan Etnik, Masyarakat Cina & Pembinaan Bangsa. Bidang penyelidikan beliau rangkum pembentukan identiti; identiti Cina dan kecinaan; hubungan etnik dan migrasi antarabangsa.

Penerbit UM (Cetakan pertama, 2014)
125 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM38.00

Only 1 left in stock

ISBN: 9789831007662 Product ID: 4363 Subjects: , Sub-subjects: , , , ,

Identiti Cina Malaysia: Elemen dan Pembentukan adalah berdasarkan disertasi doktor falsafah yang bertajuk, “Identiti Harian dalam Subjektiviti Orang Cina Malaysia” yang diserahkan kepada Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Identiti Cina Malaysia: Elemen dan Pembentukan menceritakan fenomenologi pembentukan identiti orang Cina Malaysia pada tahap mikro yang tidak banyak dijumpai dalam kajian identiti di Malaysia. Jadi adalah penting untuk menjelaskan metodologi dan metode yang digunakan untuk memperoleh data.

Untuk memahami tafsiran realiti pelaku sosial yang berkaitan dengan isu identiti, strategi penyelidikan abductive yang dicadangkan Blaikie (2000) digunakan untuk tujuan tersebut. Secara ringkas, pendekatan abductive merupakan hasil gabungan beberapa pemikiran teori seperti hermeneutika dan fenomenologi yang berdasarkan aliran interpretivisme, terutamanya hasil kerja Schutz dan Giddens. Tujuan pendekatan ini ialah untuk memahami kehidupan sosial berdasarkan motif dan pemerian pelaku sosial. Pendekatan ini sesuai digunakan untuk mencungkil konsep, maksud dan motif harian pelaku sosial supaya membentuk pemerian teknikal daripada pemerian harian yang biasa (lay accounts).

Dari segi ontologi, identiti sebagai realiti sosial adalah hasil ciptaan individu dan kewujudannya tidak seharusnya dipisahkan dengan aktiviti mereka. Realiti sosial dianggap sebagai hasil proses bila pelaku sosial bersama-sama berunding makna untuk perlakuan situasi harian mereka. Maka, identiti orang Cina di Malaysia boleh dianggap sebagai ciptaan mereka sendiri melalui interaksi harian dengan menggunakan bahasa dan konsep yang difahami oleh mereka sendiri.

Dari aspek epistemologi, realiti atau kebenaran dalam sosial ini diandaikan berdasarkan apakah yang dipercayai atau yang ditafsirkan oleh sekumpulan pelaku dalam alam sosial itu. Pengetahuan saintifik sosial harus diambil daripada konsep dan makna harian, atau pengetahuan binaan sosial yang dikongsi bersama-sama. Jadi, bagaimanakah orang Cina di Malaysia melihat identiti mereka sendiri, akan mempengaruhi perlakuan harian mereka dan selanjutnya kesimpulan tafsiran mereka akan menjadi satu realiti sosial. Secara epistemologi, pengetahuan tentang identiti orang Cina haruslah wujud melalui kajian tentang bagaimanakah orang Cina sendiri melihat siapakah mereka dan apakah simbol dan konsep yang dipercayai oleh mereka melambangkan identiti mereka, dan seterusnya mereka bertindak mengikut makna yang tersirat dalam simbol itu. Bukan itu sahaja. bagaimanakah mereka mentafsir semula, atau dalam kata lain menukar makna simbol itu melalui interaksi harian yang juga penting dalam mewujudkan pengetahuan tentang identiti mereka.

Jenis data yang dikumpulkan dalam penyelidikan ini adalah data primer (primary data), iaitu data baru. Sebahagian data primer ini dikumpulkan dalam keadaan semula jadi sosial (natural social setting), khususnya dalam peringkat fenomena mikro-sosial (micro-social phenomena) yang merujuk kepada interaksi individu (dalam kajian ini, ia merujuk kepada interaksi antara responden dengan penulis) dalam kehidupan harian mereka. Namun, data yang dikutip dalam keadaan semula jadi sosial adalah tidak banyak. Lebih banyak data primer dikumpulkan dengan menggunakan kaedah temu bual secara mendalam dengan responden.

Subjek kajian tidak ada ciri khusus yang perlu dipenuhi. Mereka terdiri daripada orang Cina biasa yang datang dari pelbagai lapisan masyarakat, pelbagai jenis pekerjaan, peringkat umur dan terdiri dari pada lelaki dan perempuan. Kaedah kajian kes dijalankan ke atas jaringan sosial penulis sendiri supaya isu menjalin rapport tidak menjadi masalah. Oleh itu, subjek kajian dalam penyelidikan ini terdiri daripada orang Cina Malaysia biasa seperti ahli keluarga, kawan, rakan sekerja, jiran, ahli gereja dan pelajar yang sentiasa penulis hubungi dan amati dalam kehidupan harian. Selain daripada memahami dan mengingati peranan penyelidik dalam pendekatan abductive seperti yang dibincangkan di atas, masalah bias boleh diminimumkan.

Tujuan penulisan Identiti Cina Malaysia: Elemen dan Pembentukan bukan untuk membentuk satu generalisasi statistik tentang identiti orang Cina Malaysia. Kajian kes ini cuma bertujuan mewujudkan satu “analytical generalization” (Yin l984:21). Dalam kajian ini, 12 orang responden telah ditemu bual dalam masa satu setengah tahun. Dua belas orang responden ini dipilih kerana mereka sudi bercakap tentang siapakah mereka dan bagaimanakah mereka melihat orang Cina di Malaysia. Penulis berhenti pada bilangan 12 orang responden kerana maklumat yang diberikan oleh 12 orang responden ini sudah mencapai keadaan yang “saturated“.

Saturation ini bukanlah wujud pada tahap naratif tentang pengalaman responden sebagai orang Cina Malaysia kerana setiap responden adalah unik, dinamik dan sentiasa mengalami perkara baru dalam alam sosial. Walau bagaimanapun saturation dalam Identiti Cina Malaysia: Elemen dan Pembentukan merujuk kepada trend bagaimana responden mengkonseptualisasikan konsep identiti dan identiti mereka sebagai orang Cina Malaysia. Antara 12 responden ini, tiga orang perempuan Cina dan sembilan orang lelaki telah ditemu bual. Bilangan responden lelaki Cina adalah lebih ramai kerana hubungan semula jadi penulis dengan mereka lebih kerap berlaku.

Cara atau kaedah yang paling sesuai digunakan oleh penulis untuk mengumpulkan maklumat tentang fikiran atau tafsiran di sebalik kelakuan dan bahasa yang digunakan orang Cina pada masa kini, adalah satu perkara yang penting. Memang terdapat banyak jenis kaedah dalam penyelidikan sosiologl, dan penulis rasa kaedah yang sesuai digunakan mengikuti logikal dari segi lanjutan ontologi. epistemologi, metodologi dan kaedah. ialah temubual secara mendalam (in-depth interview). Ini disebabkan keinginan penulis memahami bagaimanakah orang Cina membentuk dan membentuk semula makna tentang identiti dalam wacana yang digunakan dalam interaksi harian mereka.

Temu bual secara mendalam ini merupakan jenis kaedah kualitatif. Untuk memaksimumkan responden menceritakan berdasarkan pandangan mereka. soalan yang umum ditanyakan. Soalan seperti—bolehkah saudara menceritakan latar belakang anda? Bagaimanakah saudara memahami konsep identiti? Dan bagaimanakah saudara melihatnya sendiri sebagai orang Cina Malaysia? telah digunakan dalam temu bual. Naratif yang tercatat akan cuba disahkan (validated) oleh subjek juga meminta subjek memberi penjelasan tentang maksud naratif mereka. Setelah data dikumpulkan, ia akan dianalisis dengan dikategorikan menurut tipologi. Data kemudian juga dikaitkan bersama-sama supaya mewujudkan satu model teoretikal untuk menghuraikan tafsiran individu tentang realiti sosial yang dikaji, iaitu konsep identiti dan pembentukannya.

Namun jenis atau peringkat pengetahuan yang ingin diperoleh dalam kajian ini adalah mustahil untuk mewakili identiti dan pembentukan seluruh masyarakat orang Cina di Malaysia, penulis percaya dan berharap Identiti Cina Malaysia: Elemen dan Pembentukan boleh memberikan sedikit sumbangan berbentuk ilmiah tentang kajian identiti dan komuniti. Diharap juga penemuan penulis dalam Identiti Cina Malaysia: Elemen dan Pembentukan boleh dilanjutkan ke peringkat yang lebih luas pada masa depan supaya wujudnya generalisasi tentang identiti orang Cina di Malaysia atau tempat lain.

Prakata
Penghargaan
Senarai Singkatan

1. Pendahuluan
Identiti, Pluralisme dan Pembinaan Bangsa
Persoalan dan Objektif
Pertimbangan Teoretikal
Kerangka Buku

2. Sejarah Kedatangan, Pembentukan Komuniti dan Identiti Orang Cina di Malaysia
Emigrasi Awal Orang Cina
Sebab Orang Cina Meninggalkan China
Sejarah Kedatangan Orang Cina ke Asia Tenggara
Kedatangan Orang Cina ke Asia Tenggara Secara Besar-besaran Pada Abad Ke-19
Pembentukan Komuniti Pada Peringkat Awal dan Permastautinan Orang Cina di Malaysia
Latar Belakang Pembentukan Identiti Orang Cina

3. Wacana Ilmiah Identiti Orang Cina
Hubungan Epistemologi dan Metodologi Sebagai Alat Ulasan
Pengetahuan Identiti Orang Cina Jenis “Author Oriented
Pengetahuan Identiti Orang Cina Jenis “Actor Oriented
Refleksi

4. Konsep Identiti dan Subjektiviti
Latar Belakang Konsep Identiti
Identiti Kolektif: Essentialism dan Anti-Essentialism
Identiti dan Subjektiviti
Konsep Identiti dan Kerangka Teori Agensi

5. Definisi Harian Identiti dan Kecinaan
Definisi Harian Identiti
“Identiti? Apakah Maksud Anda?”
“Identiti ialah tentang Kehidupan Kita”
“Identiti ialah Persepsi Orang Lain terhadap Seseorang”
“Identiti? Bergantung kepada Keadaan”
“Identiti ialah tentang Dirt Sendiri”
Definisi Kecinaan (Chineseness) Orang Cina Malaysia
Kecinaan dan Bahasa Cina
Kecinaan dan Kebudayaan Cina
Kecinaan dan Hubungan dengan China
Kecinaan, Ras dan Keluarga

6. Pembentukan Identiti Harian dalam Subjektiviti
Identiti Harian Orang Cina Malaysia
Rakyat “Second Class” yang Sensitif
Pembentukan Identiti dalam Subjektiviti Orang Cina Malaysia
Model Teoretis Pembentukan Identiti Harian dalam Subjektiviti

7. Kesimpulan
Kesignifikanan Kajian Ini dalam Wacana Akademik dan Sosial

Rujukan
Indeks

Weight0.225 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 0.8 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.