Identiti Cina Muslim di Malaysia: Persempadanan Perundingan dan Kacukan Budaya

HEW WAI WENG adalah Felo Peneliti di Zentrum Modemer Orient, Berlin. Beliau memperoleh PhD. dari Australian National University (2011) dan MPhil dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2005). Beliau juga adalah bekas felo pascadoktoral di International Institute for Asian Studies, Leiden (2012). Fokus penyelidikan beliau adalah tentang identiti Cina Muslim serta masjid seni bina Cina di Indonesia dan Malaysia.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2014)
250 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM40.00

In stock

ISBN N/A Product ID: 22867 SKU: 9789674120177 Categories: , Tags: , , ,

Identiti Cina Muslim di Malaysia: Persempadanan Perundingan dan Kacukan Budaya berdasarkan disertasi sarjana falsafah bertajuk “Identiti Cina Muslim dalam Kancah Budaya dan Sejarah Malaysia: Persempadanan, Perundingan dan Kacukan” yang diserahkan kepada Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia pada akhir tahun 2004.

Kepelbagaian budaya di Malaysia sering ditafsirkan dalam kerangka politik kaum yang dominan yang sentiasa menganggap identiti budaya itu terberi, terbatas dan stabil. Kedinamikan dan kacukan budaya akibat mnteraksi budaya yang pelbagai pula jarang diberi tumpuan. Maka, kajian kepelbagaian identiti Cina Muslim dalam kancah budaya dan sejarah Malaysia ini cuba membantu pemahaman dan penghargaan kepelbagaian budaya di luar analisis perkauman. Kajian ini juga menganggap komuniti Cina Muslim sebagai cermin yang menarik kepada kerumitan kedudukan etnisiti dan agama, serta kedinamikan interaksi etnik di Malaysia.

Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan terhadap kajian lepas dan dokumen yang berkaitan, di samping menjalankan temu ramah dan pemerhatian turut serta dengan komuniti kajian. Sepanjang kajian ini, tidak kurang daripada 100 orang Cina Muslim di sekitar Kuala Lumpur dan Negeri Selangor ditemu ramah sama ada secara spontan atau formal. Teori pembentukan sosial digunakan untuk melihat perubahan identiti Cina Muslim dengan hujah bahawa pembentukan identiti tersebut merupakan hasil pergolakan sejarah dan budaya politik Malaysia.

Bergolak di antara pendefinisian autoriti dengan pendefinisian harian, persempadanan, perundingan dan pertandingan identiti Cina Muslim diteliti melalui beberapa aspek seperti penglibatan politik dan persatuan, penamaan, bancian, label etnik dan representasi budaya seperti pakaian, makanan, bahasa dan perayaan. Walaupun politik kaum dan pembirokrasian pentadbiran Islam menyempadani dan mengekang identiti Cina Muslim, namun organisasi dan individu masih mampu merunding identiti mereka secara kreatif.

Di Malaysia, orang Melayu didefinisikan sebagai Muslim menurut Perlembuguan Persekutuan, manakala kebanyakan orang Cina sebagai bukan Muslim. Maka, Cina Muslim sering dianggap sebagai kumpulan minoriti antara dua komuniti majoriti di Malaysia, iaitu antara komuniti Melayu Muslim dan komuniti Cina bukan Muslim. Namun bergerak daripada tanggapan citra “masuk Islam itu masuk Melayu”, pola interaksi budaya dan proses perubahan identiti dalam kalangan Cina Muslim adalah jauh lebih kompleks dan dinamik, iaitu pemilihan identiti mereka berbeza mengikut keadaan dan pengalaman sosial.

Kini, terdapat sesetengah Cina Muslim yang berusaha untuk menonjolkan identiti kacukan unik Cina Muslim melalui usaha penggabungan unsur Cina dengan Islam seperti persatuan Cina Muslim Malaysia, masjid berseni bina Cina dan restoran halal Cina. Walaupun usaha ini dapat mengubah keberkaitan Islam-Melayu menurut takrifan perlembagaan, ia mungkin juga mewujudkan suatu pembekuan identiti yang masih terperangkap dalam politik kaum. Namun, pertembungan budaya yang tidak terhenti dan bersifat dua hala terus berlaku dalam komuniti Cina Muslim melalui pergaulan harian khususnya perkahwinan campur dengan Melayu, India Muslim dan Muslim lain.

Selain itu, identiti Cina Muslim juga dikatakan bersifat fleksibel, di mana mereka dapat menyesuaikan identiti mereka yang berganda bergantung pada keadaan semasa dan pelakunya. Dengan demikian Cina Muslim merupakan satu komuniti yang fleksibel dan terbuka dan bukan satu pengkategorian kumpulan yang beku, ketat dan tertutup. Banyak identiti yang berbeza dan bukannya satu identiti tunggal yang wujud dalam komuniti itu.

Weight 0.316 kg
Dimensions 22.7 × 15.1 × 1.1 cm
Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Identiti Cina Muslim di Malaysia: Persempadanan Perundingan dan Kacukan Budaya”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.