Identiti India di Malaysia

K. ANBALAKAN adalah pensyarah bidang Sejarah di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. Beliau memperoleh ijazah doktor falsafah dalam bidang Sains Politik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Bidang kepakaran beliau ialah sejarah politik negara India, sejarah sosioekonomi dan ekonomi politik Malaysia, dan kajian hubungan etnik. Antara artikel yang telah beliau terbitkan ialah “The New Economic Policy and Further Marginalisation of the Indians” (2003), “The Role of Indians in the Malaysian Constitutional Struggle, 1946-1948: A Reassessment” (1991), dan banyak lagi.

Penerbit USM (Cetakan semula, 2016)
237 halaman, termasuk Bibliografi dan Indeks

RM30.00

In stock

Product ID: 11067 SKU: 9789838613132 Categories: , Tags: , , , , ,

Identiti India di Malaysia memaparkan proses pembinaan identiti etnik dalam kalangan orang India di Malaysia, iaitu proses sejarah yang membawa kepada kemunculan kesedaran etnik atau semangat keindiaan dalam kalangan orang India dan cara proses ini berfungsi sebagai penggerak di sebalik perjuangan-perjuangan untuk mempertahan kepentingan politik, ekonomi dan sosial mereka di negara ini.

Kaum India telah dibawa masuk ke Malaysia oleh penjajah British untuk menjayakan dasar-dasar ekonomi mereka, khususnya dalam industri getah. Pada awalnya pihak penjajah berharap agar buruh-buruh ini kembali ke kampung halaman asal selepas tamat tugas mereka di sini. Walau bagaimanapun, perkembangan politik, sosial dan ekonomi yang berlaku di Malaysia kemudian telah mengubah keadaan dan orang India telah menetap di negara ini. Trend ini berlaku sekurang-kurangnya sejak tamat Perang Dunia Pertama, 1914-1918.

Hakikat ini dapat dipastikan daripada peningkatan bilangan orang India di negara ini sejak waktu itu. Misalnya, menurut banci 1921, bilangan orang India di negara ini ialah seramai 471,514 orang. Jumlah ini ialah 14.2 peratus daripada jumlah penduduk Tanah Melayu pada waktu itu. Sepuluh tahun kemudian bilangannya bertambah kepada 621,847 orang, iaitu bersamaan dengan 14.3 peratus daripada jumlah penduduk Tanah Melayu. Perkara yang lebih menarik di sini ialah dalam tempoh antara Perang Dunia Pertama dengan Kedua, bilangan orang India yang dilahirkan di negara ini telah memperlihat peningkatan pesat. Misalnya, pada tahun 1921, sebanyak 12.4 peratus daripada orang India merupakan golongan yang dilahirkan di sini. Peratusan ini meningkat kepada 21.4 peratus pada tahun 1931. Pada tahun 1947, peratusan orang India yang dilahirkan di negara ini ialah 49.8 peratus.

Perkembangan ini merupakan sesuatu yang penting dalam sejarah pembentukan identiti kaum India di Malaysia kerana hal ini menandakan detik peralihan identiti mereka daripada golongan kaum imigran kepada warganegara Malaysia. Perubahan ini bukanlah satu kemalangan sejarah semata-mata atau kejadian semula jadi, tetapi merupakan hasil usaha pergerakan-pergerakan sosial dan politik yang bergiat dalam kalangan orang India pada waktu itu. Pergerakan ini diasaskan untuk menangani masalah sosial, politik, ekonomi dan sebagainya yang dihadapi oleh masyarakat India.

Pergerakan seperti ini telah mula bergiat dengan aktif dalam kalangan masyarakat India sejak penghujung kurun ke-19. Perjuangan badan-badan ini telah membawa kepada pembinaan identiti etnik yang berbeza-beza pada waktu yang berlainan dalam kalangan orang India di Malaysia. Proses pembinaan identiti inilah yang dicerakinkan dalam buku ini.

Identiti India di Malaysia turut mendokumenkan penjuangan kolektif masyarakat India dalam bidang politik, ekonomi dan sosial sejak awal kurun ke-20 hingga tahun 2000 dalam usaha menyelidik sejarah pembentukan identiti etnik mereka.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.438 kg
Dimensions 24.2 × 16.5 × 1.3 cm
Edition

Format

ISBN

9789838613132

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Identiti India di Malaysia”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.