Out of stock

Ikhtisar Sejarah Kelantan

ABDUL RAZAK MAHMUD merupakan penulis buku Pengantar Sejarah Patani (Pustaka Aman Press 2001), Bunga Rampai Persuratan Melayu Wilayah Timur: Sejarah Pemikiran dan Karya (Pustaka Aman Press 2009), Ulama’ Besar dari Patani (UKM 2002), Al-Quran dan Sejarahnya (MAIK 2017).

MAIK (Cetakan pertama, 2015)
282 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM40.00

Out of stock

ISBN: 9789832391227 Product ID: 3195 Subjects: , Sub-subjects: , ,

Ikhtisar Sejarah Kelantan merupakan sebuah usaha untuk mengungkap khazanah kekayaan sebuah negeri yang dikenal dengan berbagai nama dan jolokan, iaitu Negeri Kelantan Darulnaim. Sudah bukan rahsia lagi kalau negeri ini dikenal sebagai sebuah negeri yang sangat berlainan daripada negeri-negeri Melayu yang lain di Semenanjung Malaysia. Kelainan ini bukan sahaja tampak pada warna Melayu dan Islamnya yang kental, pada permainan politiknya yang culas dan cenderung berani, pada warisan seni dan budayanya yang kaya dan pelbagai, pada dialek, bahasanya yang ganjil atau pada watak Kelantanese-nya yang keras dan tegar, akan tetapi juga dapat dirujuk  dan ditelusuri lewat sejarahnya yang panjang dan lama. Malah tidak salah kalau dikatakan bahawa “faktor sejarah” ini turut berperanan membentuk watak dan jati diri Kelantan sehingga menjadikannya sangat berlainan dan berbeza daripada saudara-saudara Melayunya yang lain. Kerana kelainannya yang seperti ini, maka jangan hairan apabila negeri Kelantan sentiasa dapat menggamit perhatian para pelancong, atau malah para ilmuan dari berbagai pojok dunia, untuk datang bertemasya atau membuat kaji selidik di negerinya yang terpencil dan dikucilkan tetapi indah ini.

Muqaddimah (Edisi Kedua)
Muqaddimah (Edisi Pertama)

1. Pengenalan Negeri Kelantan
2. Sejarah Awal Negeri Kelantan
3. Penyatuan Kelantan di bawah Long Yunus
4. Episod-Episod Penting dalam Sejarah Kelantan Abad ke-19
5. Kelantan di bawah Sultan Muhammad IV
6. Lambang, Lagu dan Bendera Negeri Kelantan
7. Tempat-Tempat Bersejarah di Kelantan
8. Makam-Makam Bersejarah di Kelantan
9. Bangunan-Bangunan Bersejarah di Kelantan
10. Pendidikan Islam di Kelantan
11. Tujuh Orang Ulama’ Besar Negeri Kelantan
12. Tujuh Tokoh Terkemuka Negeri Kelantan
13. Tarikh-Tarikh Penting dalam Sejarah Kelantan sehingga 1957

Bibliografi
Indeks
Tentang Penulis

Weight0.570 kg
Dimensions23.4 × 15.5 × 2 cm
Author(s)

Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.