Ilmu Diplomatik Melayu dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional

SALMAH JAN NOOR MUHAMMAD adalah pensyarah kanan di Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.

Penerbit UPM (Cetakan Kedua, 2018)
224 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM58.00

In stock

Ilmu Diplomatik Melayu dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional merupakan himpunan kepustakaan Melayu yang menonjolkan tahap epistemologi tentang pengendalian hubungan diplomatik pemerintahan kerajaan kesultanan Melayu. Ilmu ini terzahir hasil daripada gabungan pemikiran golongan memerintah dan pelaksanaan oleh golongan yang diperintah. Dalam mengendalikan hubungan diplomatik, pembentukan ilmu diplomatik yang diterjemahkan menerusi perancangan strategi sangat dititikberatkan. Ini kerana keberkesanan sesuatu strategi itulah akan dapat memastikan visi dan misi sesebuah hubungan mencapai kejayaan dari sudut ekonomi, sosial, budaya dan penyebaran agama Islam.

Buku ini merupakan sebuah penerbitan yang mengisahkan kemajuan keintelektualan hubungan diplomatik pada zaman pemerintahan kesultanan Melayu dalam mengaplikasikan pelbagai strategi untuk menubuhkan perhubungan dan komunikasi antara kerajaan, yang diterjemahkan menerusi peristiwa dalam naskhah Melayu. Kemajuan keintelektualan itu meliputi gabungan pemikiran atau epistemologi pemerintah dan pembesar dalam sesebuah pentadbiran untuk mencipta atau membentuk, menyusun, menguruskan, dan mengawal jalinan perhubungan dengan kerajaan lain.

Selain itu, ilmu ini juga mengetengahkan beberapa strategi dengan menggunakan mekanisme daya fikir, akal budi, dan juga bahan-bahan fizikal dalam mengukuhkan kedaulatan raja, mempertahankan tanah air dan meluaskan pengaruh dengan cara mewujudkan suatu hubungan baru dengan kerajaan lain daripada aspek politik, ekonomi, budaya, dan sosial. Dengan kata lain, ilmu ini terbentuk adalah bertujuan untuk melindungi sesebuah negara atau kerajaan daripada ancaman musuh luar bagi memelihara kebajikan dan keselamatan para penduduknya, di samping menggunakan strategi diplomatik untuk meluaskan pengaruhnya dalam bentuk pengukuhan kedudukan, peninggian imej, dan prestij sesebuah kerajaan.

Ilmu Diplomatik Melayu dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional dibahagikan kepada tujuh bab kesemuanya, iaitu tentang Pengenalan Ilmu Diplomatik Melayu dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional, Sumber Ilmu Diplomatik Melayu, Utusan Kerajaan sebagai Mekanisme Interaksi Diplomatik, Bingkisan Hadiah Pengerat Hubungan, Kepelbagaian Strategi Ilmu Diplomatik Melayu, dan Implikasi Pengaplikasian Ilmu Diplomatik Melayu dan Kesimpulan. Menerusi bab pertama, pengarang memperkenalkan secara ringkas tentang pengertian ilmu diplomatik Melayu, tujuan, fungsi, fasa awal hubungan diplomatik di Nusantara, prinsip diplomatik, Teori Diplomasi Islam yang pernah diasaskan oleh Wang Yong Bao (Ahmed Musa) dan pembentukan ilmu diplomatik Melayu.

Weight0.405 kg
Dimensions24 × 16.5 × 1.3 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.