Ilmu Landskap Melayu dalam Karya Sastera Tradisional

HASRINA BAHARUM adalah Pensyarah Kanan di Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Penerbit UPSI (Cetakan Pertama, 2019)
193 halaman termasuk Bibliografi, Glosari, dan Indeks

RM40.00

In stock

If you purchase this book you will earn 8 points worth of RM0.80!

Ilmu Landskap Melayu dalam Karya Sastera Tradisional membahaskan tentang penguasaan masyarakat Melayu zaman dahulu dalam ilmu landskap dengan bersumberkan teks sastera Melayu tradisional berdasarkan analisis gambaran latar Ibu kota, istana dan taman-taman Melayu yang sering dipaparkan sebagai latar tempat teks karya sastera Melayu. Pemerian terhadap kehebatan ibu kota, istana dan taman-taman Melayu yang terdapat di dalam karya sastera tradisional menjadi suatu inspirasi untuk menjelmakan kehebatan atau penguasaan masyarakat Melayu tradisi dalam ilmu landskap yang jarang sekali dibahaskan dalam bidang kearifan tempatan Melayu.

Masyarakat Melayu zaman dahulu memang terkenal dengan kehebatan dalam pelbagai bidang ilmu, sama ada dalam bidang perubatan, ilmu falak, ilmu persenjataan, ilmu perang, ilmu pertukangan dan banyak lagi. Karya sastera Melayu tradisional menunjukkan bahawa masyarakat Melayu zaman dahulu telah mempunyai kepandaian dalam ilmu mengenal tapak dan juga ilmu menggubah landskap. Dalam hal ini, mereka mempunyai justifikasi tersendiri dalam menentukan sama ada sesebuah kawasan sesuai didirikan rumah, kota, atau istana berdasarkan Warna dan rasa tanah, arah kedudukan matahari, aliran air, susuk bumi dan sebagainya.

Masyarakat Melayu zaman dahulu juga telah pandai menggubah landskap sesebuah bandar, istana dar taman dengan prinsip-prinsip tersendiri, sesuai dengan keperluan hidup mereka. Yang paling penting Ilmu Landskap Melayu dalam Karya Sastera Tradisional mengetengahkan prinsip ilmu landskap Melayu berdasarkan karya sastera Melayu tradisional yang menarik untuk dibahaskan gengan lebih lanjut sebagai Satu lagi daripada kearifan tempatan Melayu. Buku ini sesuai untuk bacaan pelajar, pensyarah, pengkaji budaya dan sastera dan orang awam yang berminat tentang kearifan tempatan Melayu terutama berkaitan landskap warisan.

Karya kesusasteraan Melayu tradisional bukan sahaja melambangkan kekayaan warisan budaya Melayu yang diwarisi daripada peradaban zaman silam, tetapi juga boleh dijadikan sumber untuk mengkaji kearifan tempatan Melayu dalam pelbagai bidang. Sebagai contoh, Kitab Tib yang tergolong dalam sastera kepustakaan ilmu tradisional telah menjadi bahan kajian untuk mengetengahkan kearifan tempatan Melayu dalam bidang perubatan. Demikian juga, Kitab Mujarobat Melayu menjadi sumber kajian dalam bidang perubatan.

Dalam hal ini, karya sastera tradisional seperti sastera hikayat, sastera sejarah, sastera undang-undang dan ketatanegaraan serta sastera epik boleh dijadikan sumber untuk mengkaji kearifan tempatan Melayu dalam bidang landskap. Beberapa orang pengkaji dalam bidang landskap tulen seperti Ahmad Zamil Zakaria, Mohd Sabriza Abd Rashid dan Syazwani Ahmad pernah menggunakan Bustan al-Salatin, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Inderaputera, Hikayat Merong Mahawangsa, dan Sulalatus al-Salatin sebagai sebahagian sumber dalam kajian identifikasi elemen landskap tradisional Melayu Perak di sepanjang Sungai Perak, daerah Perak Tengah. Hal ini menunjukkan teks kesusasteraan Melayu boleh dijadikan sebahagian daripada sumber kajian yang berautoriti dan berwibawa dalam mengkaji kearifan tempatan Melayu dalam bidang landskap, khususnya berkaitan landskap budaya Melayu.

Senarai Rajah
Senarai Ilustrasi
Prakata
Pendahuluan

BAHAGIAN 1 – LANDSKAP DALAM BUDAYA MELAYU

1. KONSEP DAN TANGGAPAN LANDSKAP DALAM BUDAYA MELAYU
Apa itu Landskap?
Landskap sebagai Satu Bidang Ilmu
Landskap dalam Budaya Melayu

2. KARYA SASTERA MELAYU TRADISIONAL SEBAGAI SUMBER KAJIAN ILMU LANDSKAP MELAYU
Landskap Melayu dalam Karya Sastera Tradisional
Arkitek Landskap Melayu
Ilmu Landskap sebagai Kearifan Tempatan Melayu
Karya Sastera Sumber Kajian Kearifan Tempatan Melayu dalam Bidang Landskap

3. PERANAN LANDSKAP DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT MELAYU
Landskap sebagai Sokongan Terhadap Suatu Sistem Kehidupan
Mekanisme Perlindungan dan Pertahanan
Sumber Keperluan Asas
Lambang Identiti dan Prestij Raja Melayu
Mengisi Keperluan Emosi
Prasarana Aktiviti Kebudayaan
Sumber Bahan Perubatan
Mengisi Keperluan Agama

BAHAGIAN 2 – ILMU LANDSKAP MELAYU

4. ILMU MENGENAL TAPAK
Kaedah Menentukan Tapak
Kedudukan Tanah Senget
Kewujudan Air
Warna Tanah dan Rasa
Keadaan Susuk Muka Bumi
Arah Matahari
Kewujudan Makhluk Halus
Peristiwa Luar Biasa
Faktor Geografi

5. ILMU MENGGUBAH LANDSKAP
Landskap Ibu Kota Kerajaan Melayu
Landskap Istana Raja Melayu
Landskap Taman Raja Melayu
— Taman Larangan
— Taman Perburuan
— Taman Kerohanian

BAHAGIAN 3 – ESTETIKA LANDSKAP BUDAYA MELAYU

6. PRINSIP ILMU LANDSKAP MELAYU MENURUT ESTETIKA LANDSKAP BUDAYA MELAYU
Prinsip Landskap Budaya Melayu
— Pembangunan Landskap untuk Keperluan Biologikal
— Pembangunan Landskap untuk Keperluan Budaya
— Pembangunan Landskap untuk Ekpresi Daya Kreativiti
— Pembangunan Landskap untuk Ekspresi Emosi
— Pembangunan Landskap untuk Keperluan Agama

7. KESIMPULAN

Bibliografi
Glosari
Indeks

Weight 0.425 kg
Dimensions 25.4 × 17.8 × 1.2 cm
Author(s)

Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Ilmu Landskap Melayu dalam Karya Sastera Tradisional”

Your email address will not be published. Required fields are marked *