Imam di Kota Paris: Kembara Seorang Imam di Kota Paris (1826-1831)

Rifā‘ah Rāf‘i al-Ṭahṭāwī (رفاعة رافع الطهطاوي‎, 1801–1873) was an Egyptian writer, teacher, translator, Egyptologist and renaissance intellectual. Tahtawi was among the first Egyptian scholars to write about Western cultures in an attempt to bring about a reconciliation and an understanding between Islamic and Christian civilizations. He founded the School of Languages in 1835 and was influential in the development of science, law, literature and Egyptology in 19th-century Egypt. His work influenced that of many later scholars including Muhammad Abduh.

Penterjemah: Sulhah Ramli

Awal Nahdah Resources (Cetakan Pertama 2016)
304 halaman

RM40.00

Imam di Kota Paris: Kembara Seorang Imam di Kota Paris (1826-1831) adalah terjemahan daripada Takhlīṣ al-Ibrīz fī Talkhīṣ Bārīz karya Rifāʻah Rāfiʻ al-Ṭahṭāwī.

Pada tahun 1820-an, seorang ulama dari Universiti Al-Azhar bernama Rifāʻah Rāfiʻ al-Ṭahṭāwī telah dihantar ke Paris untuk memimpin rombongan dari Mesir yang dihantar untuk menimba pengalaman di kota itu. Sepanjang 5 tahun di Paris, imam tersebut mencatat pemerhatiannya terhadap budaya Eropah.

Imam di Kota Paris: Kembara Seorang Imam di Kota Paris (1826-1831) adalah salah satu catatan terawal dan paling berpengaruh yang merakam pengalaman pertemuan antara Muslim dan gagasan-gagasan dari zaman Pencerahan Eropah. Menerusi buku ini, Rifa’a al-Tahtawi membentangkan pandangan seorang Muslim Mesir terhadap Eropah dengan gaya yang menghiburkan.

Apabila nama penulis dimasukkan dalam senarai delegasi pengembaraan ilmu mewakili Mesir ke Paris, maka persediaan dibuat. Beberapa saudara-mara dan mereka yang menyokong, terutama Sheikh al-Attar—seorang yang gemar mendengar cerita-cerita menarik dan tertarik dengan hasil kerja yang unik—meminta penulis untuk memperhatikan rincian setiap hal yang berlaku dengan teliti di sepanjang perjalanan itu nanti. Hal-hal yang penulis dapatinya aneh dan menarik, penulis mencatatnya supaya segala kelebihan kota tersebut dapat disemadikan dalam penulisan dan dijadikan panduan kepada sesiapa yang mengunjunginya kelak.

Sepanjang pemerhatian, penulis dapati tiada catatan dalam sejarah Arab berkenaan kota Paris; kota pemerintahan kerajaan Perancis, atau sebarang maklumat berkenaan kota ini dan penduduk-penduduknya. Segala puji bagi Allah yang mengizinkan semua ini berlaku, dan penghargaan atas keprihatinan dan semangat galakan penaung pengembaraan (Muhammad Ali Pasha) terhadap ilmu dan seni. Ini merupakan satu peluang keemasan buat penulis.

Sepanjang perjalanan dalam pengembaraan ilmu ini, tiada satu pun perkara yang tertinggal dalam catatan ini, untuk merakam segala toleransi dan prejudis yang berlaku yang disaksikan oleh pengalaman, di samping berusaha mengelakkan kesilapan dalam menunaikan keutamaan dengan meninggalkan kemalasan dan persaingan. Laman-laman catatan ini dihiasi (lebih menarik) dengan pengalaman-pengalaman yang bermanfaat dan bukti-bukti yang meyakinkan. Malah. saya ceritakan di sini sebagai galakan kepada negara-negara Islam untuk mempelajari kelebihan negara luar seperti ilmu, kesenian, dan ciptaan mereka. Kesempurnaan yang wujud di negara Eropah adalah suatu perkara yang benar. Kebenaran adalah pegangan yang sepatutnya diikuti.

Sepanjang keberadaan penulis di Paris, penulis dapati betapa ruginya mereka kerana tidak dapat menikmati semua hal tersebut. Malah, kerugian ini turut dirasai oleh negara Islam lain kerana tidak memiliki kenikmatan dan kelebihan itu. Walaupun buku ini ditulis pada lebih 150 tahun lalu, pandangan yang dilontarkan masih laku dan berbaloi untuk dibaca pada hari ini.

Weight 0.336 kg
Dimensions 13 x 1.7 x 20 cm
Edition

Format

ISBN

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Imam di Kota Paris: Kembara Seorang Imam di Kota Paris (1826-1831)”

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.