Industri Budaya: Asia Tenggara dan Korea Selatan

AZIZAH BINTI HAMZAH adalah Profesor di Jabatan Pengajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

SEUNG-HO KWON adalah Pengarah Eksekutif di Korea Research Institute (KRI).

Penerbit UM (Cetakan Pertama, 2018)
495 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM88.00

Only 1 left in stock

If you purchase this book you will earn 18 reward points!

Industri Budaya: Asia Tenggara dan Korea Selatan ini diterbitkan untuk memperingati jasa mendiang Profesor Chung-Sok Suh (1957-2015) yang telah mengasaskan program Pengajian Korea di universiti-universiti Australia dan Asia Tenggara. Beliau juga merupakan mantan Pengarah Institut Pengajian Korea (KRI) dan Profesor di Sekolah Perniagaan Antarabangsa, University of New South Wales, Australia.

Semasa tahun pascamerdeka, negara Asia menumpukan perhatian terhadap perkembangan media massa termasuk industri cetak dan siaran sebagai sebahagian daripada usaha menggerakkan falsafah sistem media pembangunan demi menjayakan pembinaan negara bangsa yang baharu merdeka. Lalu, apabila kegiatan ekonomi budaya dan kreatif mula menular ke seluruh dunia, para pemimpin Asia mula sedar tentang potensi besar budaya masyarakat peribumi dan secara umum mula melancarkan dasar-dasar untuk meraih potensi daripada industri budaya dan maklumat.

Kesedaran ini dapat dilihat apabila negara-negara di Asia berusaha mempertingkatkan kemahiran para pengurus dan para pengamal industri budaya.Contohnya, para pemimpin negara Korea Selatan menggunakan ruang ini bagi menyahut cabaran membangunkan sektor budaya dengan membina landasan serta strategi yang boleh menggerakkan dasar-dasar budaya dan ini secara tidak langsung membawa kepada kejayaan Hallyu Korea.

Gelombang perubahan ini dapat dirasakan kesannya apabila negara-negara di Asia Tenggara juga mula memberi perhatian dan turut merangka aspek-aspek pembangunan dalam industri budaya yang boleh diketengahkan di samping menjadi pengimport kandungan produk daripada fenomena yang dikenali sebagai K-Pop.

Susulan kejayaan kerajaan Hallyu Korea, pelbagai usaha telah diambil oleh negara-negara di Asia Tenggara termasuk menerima pakai strategi serta model perniagaan tersebut untuk disesuaikan dengan budaya peribumi masing-masing. Perkembangan ini mambawa kepada peningkatan permintaan dalam kalangan peminat yang turut mengubah hala tuju industri budaya peribumi tersebut menjadikan ia satu bentuk budaya popular dalam kalangan masyarakat.

Di Malaysia, pendekatan ini dapat dilihat apabila para penggubal dasar sudah mula menggerakkan pelbagai perancangan untuk mengenal pasti potensi sosial, politik, serta ekonomi daripada industri budaya. Seperti Korea Selatan, Malaysia juga turut menyatakan bahawa industri budaya dan kreatif harus dikenal pasti sebagai salah satu daripada sektor ekonomi penting yang menyumbang kepada KNK seperti yang berlaku di kebanyakan negara maju di Barat.

Penguasaan negara-negara tersebut dalam industri Hiburan dan Media (Entertainment & Media) terutamanya gedung media Amerika Syarikat telah lama diiktiraf sebagai peneraju industri kreatif dunia. Pembabitan industri ini berupaya menjana pendapatan sehingga menyumbang sebanyak 4.2 peratus kepada KNK bagi tahun 2017.

Tema utama buku Industri Budaya: Asia Tenggara dan Korea Selatan ini memberi tumpuan terhadap perbandingan pembangunan industri budaya Korea Selatan dan Asia Tenggara. Penerbitan ini memaparkan perkembangan terkini dalam industri budaya Korea Selatan, Malaysia, Thailand dan Vietnam.

Perlu diingat bahawa industri budaya dan kreatif tidak dapat tumbuh segar tanpa sumbangan daripada golongan kreatif serta persekitaran yang menjadi platform subur yang memperkembangkan dan menghidupkan industri ini. Kota kreatif memerlukan manusia, persekitaran serta sistem politik dan sosial yang berupaya menampung dan melonjak industri serta mengadakan iklim pertandingan di dalam dan di luar industri.

Kepesatan pembangunan di negara maju dan kota-kota besar turut menawarkan pelbagai kegiatan ekonomi dan perkembagan ini menyumbang kepada kepadatan manusia yang sentiasa mencari maklumat dan hiburan dalam pelbagai bentuk dan pilihan. Kota besar seperti Seoul, Bangkok, Kuala Lumpur dan Ho Chi Minh merupakan pusat kemahiran kreatif serta menjadi rujukan dan contoh kota-kota produksi kebudayaan untuk negara-negara lain di Asia.

Weight 0.776 kg
Dimensions 22.8 × 15.3 × 2.8 cm
Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Industri Budaya: Asia Tenggara dan Korea Selatan”

Your email address will not be published. Required fields are marked *