Institusi Perubatan Islam: Akal Budi Melayu

NAZRI MUSLIM adalah profesor madya di Pusat Citra Universiti dan Felo di ATMA, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau pakar dalam bidang Kajian Etnik, Sosiologi Perlembagaan dan Pengurusan Kualiti.

ABDUL LATIF SAMIAN adalah profesor di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) dan Felo Utama Bersekutu HADHARI, UKM. Beliau berkepakaran dalam bidang falsafah sains matematik dan falsafah bandingan.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2018)
161 halaman

RM30.00

Only 1 left in stock

Institusi Perubatan Islam: Akal Budi Melayu diterbitkan dengan tujuan menambah korpus ilmu perubatan Melayu Islam khususnya tentang beberapa institusi perubatan Melayu Islam di alam Melayu. Orang Melayu dan keturunan mereka adalah orang awal yang berkerajaan di Asia Tenggara dan sekitarnya. Falsafah Melayu adalah akal budi Melayu yang menyeluruh, merangkumi tingkah laku, pemikiran, cita rasa, nilai pengetahuan, dan alam kerohanian masyarakat Melayu.

Dengan perkataan lain, akal budi Melayu adalah niat, kepercayaan, perasaan, pemikiran, dan tingkah laku orang Melayu yang dicetuskan dalam menangani pelbagai masalah.

Akal budi Melayu juga dapat dilihat dalam peribahasa dan kesusastraan Melayu. Perbincangan dalam buku ini dimulakan dengan memperkenalkan konsep perubatan Islam diikuti dengan perkembangan sejarah perkembangan institusi perubatan Islam dari perspektif tamadun Islam. Selanjutnya dibincangkan mengenai perkembangan institusi perubatan Islam moden di Malaysia dan Indonesia yang telah bermula sejak zaman penjajah British dan Belanda lagi. Pengurusan Institusi perubatan Islam juga dibincangkan dari sudut pandangan Islam. Walau bagaimanapun, perbahasan akhir buku ini mengenai institusi perubatan Islam juga dan masa depannya yang semakin mendapat tempat di alam Melayu disebabkan kesedaran dan keinginan masyarakat kepada perubatan Islam.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.250 kg
Dimensions 22.5 × 15 × 0.7 cm
Edition

Format

ISBN

9789674125462

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Institusi Perubatan Islam: Akal Budi Melayu”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.