Integrasi Nasional dalam Konteks Federalisme di Malaysia

RINA AB. HARUN adalah Pegawai Pembangunan Masyarakat, Kementerian Perpaduan Negara.

NOVEL LYNDON adalah Profesor Madya di Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2021)
171 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM35.00

In stock

Integrasi Nasional dalam Konteks Federalisme di Malaysia merupakan garapan daripada sebuah penelitian mendalam yang dilakukan mengenai integrasi nasional dalam konteks federalisme di Malaysia. Bertunjangkan kepada fakta sejarah dan penelitian amalan kehidupan masyarakat di Malaysia yang dicorakkan oleh dasar-dasar pentadbiran negara khususnya di Sabah, membolehkan karya ini ditulis hasil dari sudut lensa pengamatan, pengalaman dan adaptasi persekitaran sekelompok masyarakat Bajau di Sabah mengenai integrasi nasional. Pandangan masyarakat ini menjadi asas kepada memahami secara mendalam isu dan masalah sosial berkait integrasi nasional antara Sabah dan Semenanjung Malaysia dalam konteks federalisme.

Perpaduan dan integrasi nasional merupakan konsep keramat yang menyulam kemakmuran dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan budaya di Malaysia. Formula ini diletakkan sebagai tali pengikat penyatupaduan masyarakat Malaysia yang juga terpisah dari segi wilayah. Sama ada ia diikat ketat mahupun renggang bergantung kepada corak amalan pelaksanaan sistem federalisme yang berkuasa menentukan dasar-dasar berkaitan pengukuhan integrasi nasional mahupun kerenggangan akibat pengabaian usaha ini di sebalik motif kepentingan tertentu. Analogi tersebut menunjukkan hakikat bahawa negara kita Malaysia bergantung tinggi kepada hubungan masyarakat yang saling memahami dan hormat-menghormati antara kaum dan wilayah. Ia turut dipacu oleh pembentukan hubungan baik kuasa pemerintah di persekutuan dan juga pemerintah di negeri untuk sama-sama menjana keberhasilan integrasi nasional demi mencapai matlamat pembentukan identiti nasional dan pengukuhan perpaduan sejagat.

Dalam konteks federalisme kerjasama baik pentadbir di kedua-dua peringkat adalah penting bagi memastikan usaha-usaha integrasi nasional yang dijalankan membuahkan hasil seperti yang diharapkan. Ini kerana jatuh bangun sesebuah negara bukan sahaja ditentukan oleh kemajuan ekonomi dan politik pentadbirannya namun kepentingan mengukuhkan asas untuk membangunkan negara iaitu kestabilan sosial dan keharmonian masyarakat khususnya yang sedia terpisah wilayah antara Sabah dan Semenanjung Malaysia perlu diberikan keutamaan.

Sudah tentu harapan menggunung semua masyarakat Malaysia adalah mengimpikan kesejahteraan hidup disebalik kestabilan pembangunan sosial dan ekonomi yang dipacu oleh kestabilan politik. Memperkemaskan pelaksanaan sistem federalisme sedia ada dan mengecilkan jurang ketidaksamaan sosial antara wilayah merupakan langkah yang perlu diberi perhatian dalam memastikan konsep dan matlamat integrasi nasional dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Seterusnya, menyaksikan perpaduan negara bangsa Malaysia menjalar megah di persada dunia dan menjadi pemangkin kepada kedaulatan Malaysia.

Senarai Jadual & Rajah
Senarai Singkatan
Prakata

BAB 1 Integrasi Nasional: Tunjang Perpaduan Kaum di Malaysia

BAB 2 Konsep dan Teori

BAB 3 Sistem Federalisme di Malaysia dan Kesannya Terhadap Pelaksanaan Integrasi Nasional

BAB 4 Meninjau Pandangan Masyarakat Mengenai Integrasi Nasional Antara Sabah dan Semenanjung Malaysia dalam Konteks Federalisme

BAB 5 Pemahaman Masyarakat Akar Umbi Mengenai Konsep Integrasi Nasional

BAB 6 Cabaran Pelaksanaan Integrasi Nasional Antara Sabah dan Semenanjung Malaysia

BAB 7 Isu Federalisme yang Mengekang Pelaksanaan Integrasi Nasional Antara Sabah dan Semenanjung Malaysia

BAB 8 Integrasi Nasional dalam Konteks Federalisme di Malaysia

Rujukan
Indeks

Weight0.269 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 1 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.