Intelektual Masyarakat Membangun ,

SYED HUSSEIN ALATAS (b. 17 September 1928 – d. 23 January 2007) was a Malaysian academician, sociologist, founder of social science organisations, and politician. He was Vice-Chancellor of the University of Malaya in the 1980s, and formed the Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan). Syed Hussein wrote several books on corruption, multi-racialism, imperialism, and intellectual captivity as part of the colonial, and post colonial, project, the most famous being The Myth of the Lazy Native.

DBP (Cetakan Keempat, 2016)
159 Mukasurat

RM18.00

In stock

Oleh sebab permasalahan yang diungkapkan dalam Intelektual Masyarakat Membangun bukanlah tentang gejala rasuah melainkan perbincangan mengenai golongan intelektual dan orang pandir dalam masyarakat membangun, maka sebahagian pembaca yang kurang mengenali kelompok masyarakat ini barangkali tidak akan puas menerima penjelasan bahawa terdapat fenomenologi rasuah yang jelas serta fenomenologi kaum intelektual, orang pandir, dan elit penguasa dalam masyarakat membangun. Mustahil sebuah buku dapat memuaskan semua orang, terutama individu yang mempunyai latar belakang berlainan atau tidak akrab dengan masalah yang dibincangkan.

Ketika menulis Intelektual Masyarakat Membangun, penulis menyedari tentang hal tersebut dan terdorong untuk membuktikan setiap tanggapan utama secara konklusif, meskipun bagi penulis hal tersebut bukan sekadar tanggapan melainkan kebenaran. Andai kata penulis melakukannya, tentu hal itu menjadi sangat sukar dan mengambil masa memakan waktu serta harus ditulis berjilid-jilid. Misalnya, salah satu tanggapan bahawa elit yang dominan dalam masyarakat membangun menyebarkan pengaruhnya yang negatif terhadap pembangunan. Walaupun tanggapan ini dapat dibuktikan dengan baik, namun penulis tidak menyajikan penelitian mengenai kaum elit dalam pengertian akademik yang konvensional dengan menggunakan data statistik, wawancara, dan bahan-bahan lainnya yang berkaitan. Sebagaimana yang penulis huraikan dalam bahagian lain dapat dikatakan buku ini bahawa sifat daripada punca masalah yang akan menentukan kaedah penelitiannya.

Aspek lain yang memerlukan penjelasan ialah kecenderungan penulis dalam mengemukakan persoalan tentang nilai. Hal ini merupakan pendirian falsafah peribadi. Seorang jurutera yang mempelajari pembinaan jambatan dianggap menyenangi pembinaan jambatan — sekalipun barangkali dia ragu-ragu terhadap jenis jambatan yang tertentu. Benar bahawa sesebuah jambatan mungkin tidak mendapat keutamaan dalam dasar pembangunan pemerintah yang tertentu, pada waktu dan tempat tertentu, tetapi ilmu kejuruteraan diperlukan untuk membina jambatan dan seluruh latihan ilmiahnya digunakan untuk tujuan tersebut. Semasa jurutera tersebut menentukan pembinaan jambatannya, maka pada masa itu pertimbangan nilainya dipadukan dengan tujuan ilmunya.

Demikian pula apabila penulis mengemukakan pertimbangan nilai tentang perlunya golongan intelektual dalam masyarakat membangun berdasarkan kenyataan bahawa mereka memainkan peranan penting dalam meningkatkan kemajuan masyarakat, maka pernyataan ini harus dianggap sebagai ilmu sosial terapan. Sebagaimana bidang bakteriologi terapan menyarankan bahawa beberapa jenis bakteria boleh dihapuskan, demikian pula ilmu sosial terapan menyarankan bahawa beberapa gejala tertentu yang menghalang perkembangan masyarakat manusia boleh dibanteras. Bukanlah maksud penulis untuk memasuki perdebatan tentang seluruh masalah pertimbangan nilai dalam ilmu sosial, tetapi hanya menerangkan pendirian yang diambil penulis dalam Intelektual Masyarakat Membangun.

Intelektual Masyarakat Membangun dibahagikan kepada 11 bab. Bab 1 merupakan catatan peribadi tentang asal usul kajian ini dengan dibantu oleh penerangan tentang latar belakang Malaysia. Bab 2 membincangkan konsep dan fungsi umum kelompok intelektual serta menghuraikan peranan semangat intelektual di dalam negara. Bab 3 mendefmisikan dan membicarakan konsep bebalisme, iaitu sikap pemikiran yang bersaing dengan sikap intelektual yang berlaku dalam masyarakat berkembang. Bab 4 membahas dan mengkonsepsikan orang pandir sebagai type sosiologis yang dianggap sebagai amat bertentangan dengan kaum intelektual dan meninjau pengaruhnya terhadap masyarakat. Bab 5 membincangkan masalah dan keadaan yang melingkungi golongan intelektual dalam Masyarakat membangun serta mengajukan alasan mengapa mereka dan kemampuan mereka diperlukan dalam masyarakat membangun. Bab 6 memperluaskan skop perbincangan dengan membandingkan golongan intelektual dalam masyarakat membangun dengan golongan intelektual di Eropah Barat. Bab 7 membicarakan keadaan sejarawi dan sosiologis yang menyebabkan kemunculan kaum intelektual. Bab 8 menghuraikan masalah kaum intelektual dan kemunduran, dengan mengambil contoh sejarawi yang relevan dari masa sebelum revolusi di Rusia. Bab 9 membincangkan hubungan antara elit yang mundur dan pemodenan. Dikemukakan hujah bahawa pentafsiran yang paling tepat terhadap situasi sekarang bukanlah soal peralihan itu sendiri melainkan pemikiran duaan kaum elit. Bab 10 merujuk pada pengaruh elit mundur dalam perkembangan sains dan teknologi di negara-negara membangun serta menyentuh masalah penghijrahan para sarjana ke luar negeri (brain drain). Bab 11 menganalisis peranan golongan elit mundur dalam konteks sejarawi proses pemodenan. Bab ini juga menghuraikan dan menegaskan kembali pokok persoalan yang dibincangkan terlebih dahulu tentang masalah kepemimpinan. Namun pembahagian bab seperti ini jangan difahami secara kaku, oleh sebab masalah dan pokok perbincangan muncul dan menghilang dalam bab yang berbeza, yang memang tidak menghairankan, mengingat sifat yang kompleks dan saling berkaitnya topik pembicaraan dalam buku ini.

Akhirnya, kesimpulan yang dibuat mungkin terlalu sederhana bagi mereka yang belum memahami kesukaran yang melingkungi golongan intelektual dalam masyarakat membangun. Oleh sebab situasi krisis yang meluaskan peluang intelektual itu jarang terjadi, maka kaum intelegensia atau intelektual yang tidak berfungsi didesak oleh dorongan untuk bertindak membentuk kelompok yang berfungsi. Kaum intelektual dilahirkan melalui proses tersebut dan tanpa peranan golongan intelektual akan sia-sialah untuk mengharapkan pemilihan persoalan serta penyelesaiannya secara cerdas dan sedar bagi masalah yang dihadapi masyarakat membangun.

Pada tahap tersebut, masalah yang utama bukanlah memilih sistem pemerintahan atau falsafah politik yang tertentu, tetapi cabaran untuk memiliki masyarakat pemikir yang bersedia membuat pilihan ini. Faham sosialisme, Marxisme, demokrasi-liberal, nasionalisme, autokrasi yang bijaksana, semuanya dibicarakan tetapi masih belum “difikirkan” secara memadai. Dalam kebanyakan masyarakat membangun, idea-idea politik diimport sepenuhnya tanpa mempertimbangkan kesesuaian atau perlu tidaknya diubah suai mengikut lingkungan yang akan menerimanya.

Hanya selepas kemunculan masyarakat intelektual yang berfungsi dan mempunyai kesedaran terhadap masalah demikian, yag setara dengan kaum intelektual di Barat, dapatlah masyarakat membangun berharap untuk memulakan perjalanannya sendiri.

Weight 0.224 kg
Dimensions 15.2 × 0.8 × 22.7 cm
Edition

Format

ISBN

9789836207661

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Intelektual Masyarakat Membangun”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You may also like…

  • Siapa Yang Salah: Sekitar Revolusi Mental dan Peribadi Melayu

    RM22.00
  • Kita Dengan Islam Tumbuh Tiada Berbuah

    , RM28.00
  • Biarkan Buta: Sekitar Perbahasan Ilmiah Derma Kornea Mata

    , RM25.00
  • Out of stock

    Mitos Peribumi Malas

    , RM30.00
  • rasuah: sifat, sebab dan fungsi

    Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi

    RM32.00
  • Local and Global: Social Transformation in Southeast Asia (Essays in Honour of Professor Syed Hussein Alatas)

    Local and Global: Social Transformation in Southeast Asia

    , RM25.00