Intelektual Masyarakat Membangun

SYED HUSSEIN ALATAS (1928–2007) adalah bapa sosiologi Malaysia, pengasas Parti GERAKAN, dan bekas Naib Canselor Universiti Malaya sekitar tahun 1980-an.

Terjemahan daripada judul asal Intellectuals in Developing Societies

DBP (Cetakan Keempat, 2016)
159 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM18.00

In stock

Oleh sebab permasalahan yang diungkapkan dalam Intelektual Masyarakat Membangun bukanlah tentang gejala rasuah melainkan perbincangan mengenai golongan intelektual dan orang pandir dalam masyarakat membangun, maka sebahagian pembaca yang kurang mengenali kelompok masyarakat ini barangkali tidak akan puas menerima penjelasan bahawa terdapat fenomenologi rasuah yang jelas serta fenomenologi kaum intelektual, orang pandir, dan elit penguasa dalam masyarakat membangun. Mustahil sebuah buku dapat memuaskan semua orang, terutama individu yang mempunyai latar belakang berlainan atau tidak akrab dengan masalah yang dibincangkan.

Ketika menulis Intelektual Masyarakat Membangun, penulis menyedari tentang hal tersebut dan terdorong untuk membuktikan setiap tanggapan utama secara konklusif, meskipun bagi penulis hal tersebut bukan sekadar tanggapan melainkan kebenaran. Andai kata penulis melakukannya, tentu hal itu menjadi sangat sukar dan mengambil masa memakan waktu serta harus ditulis berjilid-jilid. Misalnya, salah satu tanggapan bahawa elit yang dominan dalam masyarakat membangun menyebarkan pengaruhnya yang negatif terhadap pembangunan. Walaupun tanggapan ini dapat dibuktikan dengan baik, namun penulis tidak menyajikan penelitian mengenai kaum elit dalam pengertian akademik yang konvensional dengan menggunakan data statistik, wawancara, dan bahan-bahan lainnya yang berkaitan. Sebagaimana yang penulis huraikan dalam bahagian lain dapat dikatakan buku ini bahawa sifat daripada punca masalah yang akan menentukan kaedah penelitiannya.

Aspek lain yang memerlukan penjelasan ialah kecenderungan penulis dalam mengemukakan persoalan tentang nilai. Hal ini merupakan pendirian falsafah peribadi. Seorang jurutera yang mempelajari pembinaan jambatan dianggap menyenangi pembinaan jambatan — sekalipun barangkali dia ragu-ragu terhadap jenis jambatan yang tertentu. Benar bahawa sesebuah jambatan mungkin tidak mendapat keutamaan dalam dasar pembangunan pemerintah yang tertentu, pada waktu dan tempat tertentu, tetapi ilmu kejuruteraan diperlukan untuk membina jambatan dan seluruh latihan ilmiahnya digunakan untuk tujuan tersebut. Semasa jurutera tersebut menentukan pembinaan jambatannya, maka pada masa itu pertimbangan nilainya dipadukan dengan tujuan ilmunya.

Demikian pula apabila penulis mengemukakan pertimbangan nilai tentang perlunya golongan intelektual dalam masyarakat membangun berdasarkan kenyataan bahawa mereka memainkan peranan penting dalam meningkatkan kemajuan masyarakat, maka pernyataan ini harus dianggap sebagai ilmu sosial terapan. Sebagaimana bidang bakteriologi terapan menyarankan bahawa beberapa jenis bakteria boleh dihapuskan, demikian pula ilmu sosial terapan menyarankan bahawa beberapa gejala tertentu yang menghalang perkembangan masyarakat manusia boleh dibanteras. Bukanlah maksud penulis untuk memasuki perdebatan tentang seluruh masalah pertimbangan nilai dalam ilmu sosial, tetapi hanya menerangkan pendirian yang diambil penulis dalam Intelektual Masyarakat Membangun.

Akhirnya, kesimpulan yang dibuat mungkin terlalu sederhana bagi mereka yang belum memahami kesukaran yang melingkungi golongan intelektual dalam masyarakat membangun. Oleh sebab situasi krisis yang meluaskan peluang intelektual itu jarang terjadi, maka kaum intelegensia atau intelektual yang tidak berfungsi didesak oleh dorongan untuk bertindak membentuk kelompok yang berfungsi. Kaum intelektual dilahirkan melalui proses tersebut dan tanpa peranan golongan intelektual akan sia-sialah untuk mengharapkan pemilihan persoalan serta penyelesaiannya secara cerdas dan sedar bagi masalah yang dihadapi masyarakat membangun.

Pada tahap tersebut, masalah yang utama bukanlah memilih sistem pemerintahan atau falsafah politik yang tertentu, tetapi cabaran untuk memiliki masyarakat pemikir yang bersedia membuat pilihan ini. Faham sosialisme, Marxisme, demokrasi-liberal, nasionalisme, autokrasi yang bijaksana, semuanya dibicarakan tetapi masih belum “difikirkan” secara memadai. Dalam kebanyakan masyarakat membangun, idea-idea politik diimport sepenuhnya tanpa mempertimbangkan kesesuaian atau perlu tidaknya diubah suai mengikut lingkungan yang akan menerimanya. Hanya selepas kemunculan masyarakat intelektual yang berfungsi dan mempunyai kesedaran terhadap masalah demikian, yang setara dengan kaum intelektual di Barat, dapatlah masyarakat membangun berharap untuk memulakan perjalanannya sendiri.

Epigraf
Kata Pengantar
Prakata Edisi Kedua
Prakasa Edisi Pertama
Pengenalan

1. Latar Belakang Malaysia: Catatan Peribadi
2. Kaum Intelektual dan Fungsinya
3. Bebalisme
4. Orang Pandir dalam Masyarakat Membangun
5. Kaum Intelektual dan Masyarakat Membangun
6. Kepentingan Kaum Intelektual
7. Kemunculan Kaum Intelektual
8. Keterbelakangan dan Kaum Intelektual: Gejala Rusia dan Masyarakat Membangun
9. Kaum Elit yang Mundur dan Pemodenan
10. Ilmu Pengetahuan dan Kaum Elit Mundur
11. Kaus Elit Mundur dan Masalah Penyebabnya

Bibliografi
Indeks

Weight0.224 kg
Dimensions22.7 × 15.2 × 0.8 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 3 reviews
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Anonymous (store manager)

    (0) (0)
  2. Anonymous (store manager)

    (0) (0)
  3. Fitri Jalil (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author