Out of stock

Intelektual Menurut Pemikiran Malik Bennabi (1905-1973)

KHAIRIAH MOHD YASSIN adalah Pensyarah Kanan di Universiti Utara Malaysia.

Penerbit UUM (Cetakan Pertama, 2020)
115 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM30.00

Out of stock

Intelektual Menurut Pemikiran Malik Bennabi (1905-1973) mengupas sudut pemikiran tokoh pemikir Islam terkemuka abad ke-20 iaitu Malik Bennabi—seorang sarjana ulung yang berusaha merungkai pelbagai persoalan melibatkan isu kemanusiaan serta ketamadunan seperti isu intelektual dan keintelektualan. Intelektual merupakan isu sejagat yang wajar diberikan perhatian serius oleh semua pihak sama ada dalam kalangan ahli akademik, ahli politik mahupun masyarakat awam. Asasnya, intelektual dipersonifikasikan sebagai golongan bijak pandai yang berusaha untuk memikirkan masalah masyarakat di sekelilingnya serta mencari jalan penyelesaian terbaik kepada setiap masalah yang berlaku. Namun siapakah sebenarnya mereka yang bergelar intelektual? Apakah karakteristik seorang intelektual? Bagaimanakah mereka berperanan sebagai cerdik pandai dalam membangunkan masyarakat dan negaranya? Usaha merungkai persoalan dalam buku ini diketengahkan untuk meneliti konsep dan falsafah intelektual, selain peranan sebenar mereka kepada masyarakat.

Penulisan buku ini diusahakan bertujuan untuk mengangkat tema intelektual serta menghargai idea pemikiran tokoh yang selayaknya diketengahkan kepada khalayak umum. Ia antara lain merupakan suatu usaha memartabatkan bidang falsafah dan pemikiran—rantaian ilmu yang diiktiraf setanding dengan bidang ilmu lainnya (sekadar menyebut sebahagian sahaja: ekonomi, sejarah, matematik, perakaunan, sains tulen) dalam sistem pendidikan di seluruh pelosok dunia.

Dalam usaha memartabatkan bidang falsafah dan pemikiran di persadanya yang tersendiri, buku ini dikemukakan dengan tujuan memperkayakan karya keilmuan berasaskan elemen dan unsur ketamadunan untuk paparan berbentuk faktual. Malah lebih jauh sebagai suatu panduan kepada usaha-usaha penyelesaian kepada kepelbagaian masalah manusia termasuk dalam aspek keintelektualan di Malaysia. Ia dikupas dan dihurai dari aspek pemikiran tokoh terpilih iaitu Malik Bennabi.

Karya berunsurkan falsafah pemikiran ini dikemukakan sebagai usaha untuk menerokai dan menyelidik penggaluran idea penting Malik Bennabi—terkhas terhadap faham keintelektualannya. Asasnya adalah untuk memastikan bahawa sumbangan pemikiran Bennabi dirungkai selayaknya supaya dapat difahami seterusnya dihargai oleh generasi kini dan akan datang. Untuk tujuan tersebut, setiap idea dan pemikirannya akan diterokai kemudian diperincikan berasaskan analisis deskriptif (diusahakan ke tahap analisis kritis). Gilapan ideanya penting sebagai peneguhan terhadap usaha mengeluarkan mutiara keilmuan daripada kotak fikirnya sebagai ilmuwan berkepakaran dalam bidang sains kemanusiaan.

Justeru, Intelektual Menurut Pemikiran Malik Bennabi (1905-1973) disusun sebaik mungkin agar menepati tema penulisan. Buku ini mengandungi tujuh bab utama—terminologi istilah intelektual, latar belakang tokoh, konsep intelektual dari sisi pandang tokoh, institusi masyarakat sebagai katalis keintelektualan, faham kehaiwanan sebagai peruntuh-perosak keintelektualan, gagasan keintelektualan tokoh dan keberkaitannya dengan pembangunan intelektual di Malaysia serta intelektual sebagai isu sejagat yang perlu diberi perhatian khusus (yang sama sekali tidak boleh dipinggirkan) oleh semua pihak.

Weight0.209 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 0.7 cm
Author(s)

Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.