Intelektualisme Budaya

ABDUL AZIZ DERAMAN adalah bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (1994-2008).

DBP (Cetakan Pertama, 2006)
111 halaman

RM12.00

In stock

ISBN: 9789836284013 Product ID: 708 Subjects: , Sub-subjects: , , , , ,

Intelektualisme Budaya merupakan himpunan kumpulan esei A. Aziz Deraman yang pernah diterbitkan oleh majalah tempatan sekitar awal tahun 1990-an dahulu. Buku ini merupakan pengenalan bagi memahami disiplin sains sosial amnya dan bidang kebudayaan khususnya serta kepentingan budaya sebagai suatu alat menyatupadukan kaum, menyemai sikap toleransi dan memahami tingkah laku kaum dalam hubungan masyarakatnya.

Sehubungan dengan itu, buku ini juga sebagai suatu usaha untuk menggalakkan minat dan penglibatan semua kaum di Malaysia terhadap dasar-dasar yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan. Kerajaan telah memperkenalkan banyak dasar semata-mata ingin mengekalkan keharmonian dan keamanan negara tetapi semuanya bergantung pada sokongan dan tindakan pihak awam.

Sekiranya dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan tidak mendapat sambutan daripada warganya, maka sudah tentu usaha untuk melihat Malaysia sebagai sebuah negara maju di bawah satu bangsa akan gagal. Buku ini sesuai untuk mereka yang mempunyai minat dalam bidang kebudayaan dan mereka yang ingin mengetahui hal ehwal kebudayaan di Malaysia dari pelbagai sudut.

Weight0.150 kg
Dimensions14.0 × 0.8 × 21.6 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.