Islam dalam Sejarah dan Pemikiran Masyarakat Peranakan Cina di Melaka

SUHAILA ABDULLAH merupakan pensyarah di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.

Penerbit UPM (Cetakan Kedua, 2018)
230 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM58.00

Only 1 left in stock

Islam dalam Sejarah dan Pemikiran Masyarakat Peranakan Cina di Melaka ini mengetengahkan sejarah asal usul sebuah komuniti bersintesis Cina-Melayu yang dikenali sebagai kaum Peranakan Cina atau kaum Baba dan Nyonya di Melaka. Ia memfokuskan pengaruh Islam terhadap komuniti yang dikatakan terbentuk daripada kacukan Cina dengan masyarakat tempatan.

Hal ini berdasarkan catatan sejarah yang termaktub dalam Sulalatus Salatin tentang perkahwinan di antara Sultan Mansur Syah dengan seorang wanita berketurunan Cina. Sejarah turut mencatatkan peristiwa sejarah kedatangan pedagang China yang diketuai oleh seorang laksamana hebat bernama Zheng He dan pencatat beliau yang dikenali sebagai Ma Huan yang merupakan pengembara China beragama Islam ke Melaka. Kedatangan para pedagang China ke Melaka merupakan titik tolak kepada perkembangan kaum Peranakan Cina yang masih kekal sehingga kini.

Seiring dengan peredaran masa, masyarakat Peranakan Cina telah berkembang dan melalui liku sejarah yang panjang. Pengalaman dan interaksi kaum berketurunan Peranakan Cina di Melaka dalam kegiatan kehidupan seharian dengan masyarakat Melayu tempatan banyak memberi kesan kepada budaya kehidupan, kepercayaan keagamaan dan pemikiran mereka. Segalanya terkupas dengan baik di dalam buku Islam dalam Sejarah dan Pemikiran Masyarakat Peranakan Cina di Melaka ini 

Weight 0.41 kg
Dimensions 24 × 16.5 × 1.2 cm
Edition

Format

ISBN

9789673446841

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Islam dalam Sejarah dan Pemikiran Masyarakat Peranakan Cina di Melaka”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You may also like…