Islam dan Pengaruh Barat dalam Kritikan

Suntingan oleh UNGKU MAIMUNAH MOHD. TAHIR

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2016)
284 halaman termasuk Indeks

RM40.00

In stock

If you purchase this book you will earn 8 points worth of RM0.80!

Islam dan Pengaruh Barat dalam Kritikan secara khusus mengangkat bahagian kritikan untuk menarik perhatian kepada persoalan penting tentang kritikan sastera, terutama tentang perungkaian dan penilaian yang terhasil atas namanya. Buku ini merupakan kesinambungan kepada Kedudukan Ilmu dalam Kesusasteraan: Teori dan Praktik (2010), yang terbagi kepada bahagian teori dan diritikan teks.

Buku ini menawarkan perbincangan tentang perihal kritikan sastera Melayu secara menyeluruh dengan memberi tumpuan kepada kesendengan yang ketara, pilihan yang dibuat, cabaran yang dihadapi dan penyelesaian yang perlu dipertimbangkan. Perbincangan tersebut disusuli dengan contoh-contoh kritikan teks secara konkrit, untuk memperlihatkan bentuk dan cara kritikan yang menjadi amalan dalam kalangan para pengkritik, sama ada menangani teks sastera Melayu, Inggeris atau Arab.

Ternyata, buku ini mendedahkan perihal kritikan sastera Melayu secara jelas dan tuntas, sekali gus mengajukan soalan sejauh manakah kritikan yang dilakukan, sama ada berbentuk sanjungan, sanggahan atau berkecuali, benar-benar telah berlaku adil terhadap karya sastera yang ditangani.

Prakata

BAB 1 Kritikan Sastera Melayu: Konteks dan Praktik

BAB 2 Ilmu dan Penjanaan Ilmu dalam Novel Melati Kota Bharu karya A. Kadir Adabi: Satu Bacaan Intelektual

BAB 3 Etnografi Melayu dalam Rontok dan Royan oleh Arena Wati

BAB 4 Unsur Jenaka dalam Novel Kawin-kawin: Kegagalan Intelektual Seorang Sasterawan

BAB 5 Sastera Sebagai Wacana Realiti Sosial dalam Koleksi cerpen Night and Day oleh Dina Zaman dan Heroes and Other Stories oleh Karim Raslan

BAB 6 Penyelewengan al-Qur’an dalam Awlād Ħāratinā Karya Najīb Maḥfūẓ

BAB 7 Naratif Melayu-Islam dalam Koleksi Cerpen The Rambutan Orchard oleh Che Husna Azhari

BAB 8 Mesej Benar dan Jelas Scbagai Asas Sastera Islam: Analisis Novel Riḥlah ilā Allāh oleh Najīb al-Kilānī

BAB 9 Mekanisme Stereotaip dalam Novel Popular Melayu

BAB 10 Novel Harga Sebuah Maruah oleh Azizi Haji Abdullah: Kepincangan Penilaian Sebuah Pemenang Sayembara

Biodata Pemakalah
Indek

Weight 0.431 kg
Dimensions 22.7 × 15 × 1.5 cm
Author(s)

, , , , , , ,

Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Islam dan Pengaruh Barat dalam Kritikan”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.