Islām: Faham Agama dan Asas Akhlak

SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-ATTAS is a former Senior Lecturer in Malay Studies at the University of Malaya. He has written a lot of books and articles of an original nature in English in the field of classical Malay (Islamic) literature. He is a former Director of International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) and a member of the International Advisory Board of the Muslim Education Foundation (MEF). Syed Muhammad al Naquib bin Ali al-Attas (born September 5, 1931) is a prominent contemporary Muslim philosopher and thinker from Malaysia. He is one of the few contemporary scholars who is thoroughly rooted in the traditional Islamic sciences and who is equally competent in theology, philosophy, metaphysics, history, and literature. He is considered to be the pioneer in proposing the idea of Islamization of knowledge. Al-Attas’ philosophy and methodology of education have one goal: Islamization of the mind, body and soul and its effects on the personal and collective life on Muslims as well as others, including the spiritual and physical non-human environment. He is the author of twenty-seven authoritative works on various aspects of Islamic thought and civilization, particularly on Sufism, cosmology, metaphysics, philosophy and Malay language and literature.

Ta’dib International (2019)
100 pages

RM38.00

Only 1 left in stock

Product ID: 8117 SKU: 9789671570470 Categories: , Tags: , , , , , ,

Islām: Faham Agama dan Asas Akhlak adalah syarahan al-Attas pada Muktamar Islam Antarabangsa yang dianjurkan oleh Majlis Islam Eropa bertarikh 5 April 1976 di Royal Commonwealth Society, London. Syarahan asalnya dalam Bahasa Inggeris, yang kemudiannya risalah ini merupakan kandungannya yang dikarang dalam Bahasa Melayu oleh al-Attas sendiri.

Menurut al-Attas, perkataan dīn berasal dari akarkata DYN, yang mengandung banyak makna-dasar yang semuanya, walau pun di antaranya kelihatan ada yang saling benentangan, namun semua makna-dasar tersebut saling berkaitan. Menurut beliau, kesemua makna-dasar yang terdapat dalam kata dīn dapat disimpulkan kepada empat: (1) keadaan berhutang; (2) keadaan takluk menyerah diri; (3) kuasa dan daya menghukum, atau daya-kuasa memberi hukuman, nilaian, dan pertimbangan; (4) bawaan kecenderungan yang sedia ada pada insan, atau kebiasaan yang menjadi adat-resam.

Dalam memberikan penjelasan terhadap keempat pengertian tersebut, al-Attas mengatakan bahawa, dalam keadaan hal seseorang itu berhutang—yakni dalam keadaannya sebagai seorang dā’in, maka orang itu menaklukkan dirinya, dengan erti menyerahkan dirinya, kepada kehendak-peraturan hukum dan undang undang mengenai perkara hutang dan perhutangan serta mematuhi segala peraturan hukum dan undang-undang itu.

Keadaan demikian membayangkan pula bahawa orang yang berhutang itu telah mengenakan kepada dirinya tugas menunaikan amanah membayar balik hutangnya, tugas yang demikian itu dinamakan dayn. Dalam keadaan berhutang ia terkait dengan perkara hukuman (daynūnah) dan perkara menjatuhkan hukuman (idānah).

Menurut al-Attas juga, kata-kata al-Qur’an, yang membawa maksud: “Sesunguhnya manusia itu benar benar dalam kerugian,” bererti bahawa: “Manusia tiada mempunyai sesuatu apapun jua bagi menebus kerugiannya serta ‘membayar balik’ hutangnya, melainkan kesedaran dirinya jua yang insaf akan hakikat bahawa dia itulah sendiri yang menjadi pokok hutangnya, maka dia harus ‘membayar balik’ dengan dirinya, dia harus memulangkan, harus mcngembalikan dirinya kepada Yang Empunya, Yang Memilikinya dengan mutlak. Dialah sendiri hutang yang harus ‘dibayarkan kembali’ kepada Yang Empunya, dan ‘mengembalikan hutang’ bererti menyerahkan dirinya dalam khidmah kepada Tuan Pemiliknya.”

Semua makna dan maksud dāna temasuk yang saling berlawanan memberikan kemungkinan yang hanya dapat dilaksanakan dalam suasana susunan tatatertib serta peraturan kehidupan insan yang bermasyarakat dan yang kehidupannya berlandaskan kegiatan perniagaan dalam kola-kota atau bandar-bandaraya yang disebut dengan kata-kata majmuk: mudun atau madāin. Scbuah kota (madīnah) memiliki seorang hakim, seorang penguasa, atau gabenor—yang semuanya terangkum dalam makna istilah dayyān.”

Demikianlah dari kata-dasar dīn yang membawa pengertian keadaan berhutang itu terbentuk makna-makna lain yang saling berkaitan seperti: merendahkan diri dalam penyerahan, manjadi hamba, dan melayan (seorang tuan); dan dari makna dasar lain yang membawa pengertian penghukum, penilai, pemerintah, raja, gabenor, penguasa yang berdaya mmghukum, terbentuk makna-makna yang bemaksud manjadi kuat-perkasa, bekuasa, tuan berpangkat luhur, berdaulat agung, dan seterusnya lagi: hukuman, pertimbangan, nilaian, perintah dan titah, ganjaran, perhitungan.

Menurut al-Attas juga, faham dīn pada dasarnya membayangkan adanya kecenderungan semulajadi pada diri manusia yang mendorongnya untuk berdayausaha membentuk masyarakat dan menyusun cara hidup bermasyarakat, mentaati hukum dan undang-undang dan mencapai pemerintahan yang adil.

Selain dari huraian makna agama berdasarkan kaedah bahasa dan semantik yang tertib, dalam Islām: Faham Agama dan Asas Akhlak al-Attas juga mempersembahkan makna-makna tersebut di dalam satu rangka tradisi pemikiran yang telah sedia terbina kukuh dalam sejarah keilmuan Islam sejak berzaman.

Keharmonian huraian beliau juga jelas apabila al-Attas mengaitkan makna agama dengan faham-faham asasi yang lain dalam kerangka pandangan alam Islam seperti faham ilmu, insan, keadilan dan kesaksamaan, akhlak, persaudaraan, kebahagiaan, pembangunan dan lain-lain. Keseluruhan huraian beliau kelihatan seperti satu cosmos yang seimbang dan penuh ketertiban tanpa ada pertentangan antara satu unsur dengan unsur yang lain.

Penjelasan sebeginilah yang amat diperlukan oleh masyarakat Islam sekarang dalam keadaan mereka dikelirukan dengan pelbagai huraian tentang agama yang saling bertentangan sehingga menyebabkan seluruh makna agama menjadi haru-biru, chaos dan akhirnya menjadi fitnah kepada agama Islam itu sendiri.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.193 kg
Dimensions 21.4 × 14 × 0.8 cm
Edition

Format

ISBN

9789671570470

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Islām: Faham Agama dan Asas Akhlak”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.