Islam Feminisme Barat dan Sastera Melayu

UNGKU MAIMUNAH MOHD. TAHIR ialah Profesor dan Felo Penyelidik Utama, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau mengkhusus dalam bidang Kritikan Sastera, Teori Sastera, Teori Kritikan dan Sastera Bandingan, dengan penekanan kepada anjakan baru dalam kritikan sastera Melayu, khususnya melalui Gagasan Persuratan Baru.

ZULKARNAIN MOHAMED ialah Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau mengkhusus dalam bidang Sastera Islam Bandingan yang merangkumi karya sastera Arab, Melayu, Indonesia dan isu-isu dalam Kesusasteraan Arab Moden, dengan penekanan kepada batasan bercereka menurut akidah Islamiah

Penerbit UKM (2013)

184 halaman

ISBN 9789674120917

RM35.00

Only 1 left in stock

Islam Feminisme Barat dan Sastera Melayu

Buku ini menjurus kepada persoalan yang sering mendapat perhatian dalam medan kesusasteraan iaitu wanita serta pemerihalan dan penampilannya dalam karya kreatif. Dalam konteks sastera Melayu, persoalan ini perlu berdepan dengan tiga unsur penting iaitu perspektif Islam, budaya Melayu dan teori Barat khususnya feminisme, yang terakhir selaku kerangka analisis yang kerap menjadi pilihan penulis kreatif dan juga pengkritik.

Sejauh manakah persoalan tersebut telah ditangani secara adil dan saksama, sesuai dengan pengungkapannya dalam karya kreatif dan kritikan yang berlatarkan budaya dan akal budi Melayu-Islam? Atau, adalah persoalan tersebut dikesampingkan sebagai tidak relevan kerana budaya Melayu dan agama Islam dianggap sedia tertanam secara tersirat dalam tulisan yang terhasil?

Buku ini mengetengahkan perbincangan mendalam daripada perspektif Islam dan juga feminisme Barat agar keduanya dapat dihayati serentak untuk membolehkan kita menjawab dengan objektif dan tepat satu soalan penting, relevan dan serius, yang memang wajar diajukan: benarkah sastera dan kritikan kita telah diperkayakan secara berhikmah dan bijaksana dengan penerapan idea-idea feminisme Barat?

Petikan Prakata: Islam Feminisme Barat dan Sastera Melayu ini ialah sebahagian daripada hasil sebuah projek Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) yang diusahakan di bawah naungan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Projek tersebut diperakukan dengan nombor kod UKM-SK- 04-FRGS0109-2010 berjudul Gender Dalam Sastera: Menilai Semula Pemahaman “Hubungan Gender” dalam Sastera Melayu.

Di samping buku ini, sebuah lagi buku berjudul Gender dalam Sastera Melayu, yang merupakan lanjutan buku ini, menjurus kepada rungkaian beberapa buah teks sastera Melayu. Sasaran projek FRGS ini, seperti yang terserlah pada dua buah buku yang terhasil daripadanya, antara lain ialah melihat pengungkapan hubungan lelaki dan wanita dalam sastera, teori yang diguna pakai, wacana yang disenangi, hujah yang diketengahkan dan sebagainya.

Dalam soal hubungan seperti ini, dan merujuk secara khusus kepada sastera Melayu, jelas teori feminisme begitu menarik perhatian para sarjana dan pengkritik terutama sarjana dan pengkritik wanita. Fahaman feminisme serta teori sastera feminis cetusannya seperti yang diutarakan oleh Sandra Gilbert serta Susan Gubar dan juga Elaine Showlater sering menjadi kerangka pilihan dan diutamakan dalam urusan perungkaian teks.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.300 kg
Dimensions 15.2 × 1 × 22.6 cm
Edition

Format

ISBN

9789674120917

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Islam Feminisme Barat dan Sastera Melayu”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You may also like…