Out of stock

Istilah Sosiologi Pengajian Tinggi

Disusun oleh Jawatankuasa Istilah Sosiologi-Antropologi Dewan Bahasa dan Pustaka

Cetakan Pertama, 1985
200 halaman

 


PENAFIAN: Judul ini menepati keadaan NOS, atau “naskhah baru stok lama”. Justeru, terdapat naskhah yang mempunyai kesan cacat seumpama halaman bernoda, sumbing, melengkung, lusuh, dan sebagainya. Pelanggan dinasihatkan agar meneliti gambar tambahan yang disediakan untuk mendapat gambaran lebih jelas mengenai keadaan naskhah sebelum membuat pembelian.

RM25.00

Out of stock

Istilah Sosiologi Pengajian Tinggi bertujuan memenuhi keperluan para pengguna khususnya dalam kalangan pengajian tinggi, yang mahukan maklumat istilah bahasa Malaysia yang betul dan kemaskini. Dengan terbitnya buku ini, selain daripada buku Istilah Sosiologi-Antropologi, 1977, maka bertambahlah lagi bilangan buku istilah yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Yang lebih penting ialah bertambahnya lagi kegiatan kita untuk membantu perkembangan bahasa Malaysia moden.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa untuk mendapatkan istilah-istilah yang praktis, ilmiah dan kemaskini, pembentukan istilah seperti yang diselenggarakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka memerlukan banyak masa, tenaga dan ketekunan serta dasar dan cara kerja yang baik dan teratur. Sebagaimana yang telah dilakukan oleh jawatankuasa-jawatankuasa istilah Dewan Bahasa dan Pustaka yang lain, Jawatankuasa Istilah Sosiologi-Antropologi juga berpedomankan dasar dan cara yang teratur supaya istilah-istilah yang terbentuk sesuai dengan Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia yang telah diisytiharkan pemakaiannya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 31 Ogos 1975. Pada umumnya istilah-istilah di dalam buku ini telah dipetik dari buku Istilah Sosiologi-Antropologi, 1977 dan telah disahkan oleh Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia dan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia.

Jawatankuasa Istilah Sosiologi-Antropologi Dewan Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan pada 6 Mac 1969 dengan ahli-ahlinya terdiri daripada pensyarah institusi pengajian tinggi dan pegawai kerajaan, yang pakar dalam bidang Sosiologi-Antropologi serta mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam bidang ini. Pada 20 Oktober 1979, Jawatankuasa Istilah ini telah ditingkatkan menjadi Jawatankuasa Istilah Sosiologi-Antropologi Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia dengan ahli-ahli yang sama.

Dalam mengusahakan pembentukan istilah Sosiologi ini, Jawatankuasa telah mengambil istilah-istilah Inggerisnya daripada buku-buku khas dalam bidang Sosiologi dan buku Istilah Sosiologi-Antropologi yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1977, untuk diusahakan padanannya di dalam bahasa Malaysia.

Istilah bahasa Malaysia yang terdapat dalam buku ini telah dibentuk oleh Jawatankuasa Istilah Sosiologi-Antropologi Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia dan telah diteliti, diselaras serta disesuaikan mengikut Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia dan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia yang telah disahkan oleh Kerajaan Malaysia. Sebahagian besar daripada istilah-istilah ini telah dipersetujui dan disahkan di dalam Sidang Ke-14 dan Ke-15 Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia pada tahun 1980 dan sebahagiannya lagi ialah istilah-istilah tahun 1980 dan sebahagiannya lagi ialah istilah-istilah tambahan hasil kerja Jawatankuasa Istilah Sosiologi-Antropologi Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia.

Buku istilah ini mengandungi 2,376 istilah pokok bahasa Inggeris-bahasa Malaysia dan 2,376 istilah pokok bahasa Malaysia-Inggeris yang merangkumi hampir semua istilah Sosiologi. Diharap buku ini sedikit sebanyak dapat membantu para pensyarah, penuntut, pegawai kerajaan dan orang ramai yang akan menggunakan bahasa Malaysia khususnya dalam bidang Sosiologi.

1. Prakata

2. Pendahuluan

3. Ahli-Ahli Jawatankuasa Istilah Sosiologi

4. Panduan Menggunakan Buku Istilah Sosiologi

5. Istilah Sosiologi Bahasa Malaysia-Bahasa Inggeris

6. Istilah Sosiologi Bahasa Inggeris-Bahasa Malaysia

Weight0.25 kg
Dimensions21.5 × 13.9 × 1.1 cm
Format

Language

,

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.