Isu-Isu Terpilih dalam Hubungan Malaysia dengan Negara Serantau Asia Tenggara

Penyunting:
RAMLI DOLLAH
RIZAL ZAMANI IDRIS
WAN SHAWALUDDIN WAN HASSAN

DBP (Cetakan Pertama, 2019)
328 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM30.00

In stock

Isu-Isu Terpilih dalam Hubungan Malaysia dengan Negara Serantau Asia Tenggara cuba memberi gambaran sebenar tentang isu yang mewarnai hubungan Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara serta beberapa konsep penting yang mendasari kepada hubungan tersebut. Menyedari kepentingan rantau Asia Tenggara dalam hubungan luar Malaysia, para penulis membuat keputusan untuk mengasingkan isu-isu yang berkaitan dengan Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara. Hal ini demikian kerana, rantau Asia Tenggara merupakan suatu yang istimewa dalam dasar luar Malaysia. Keunikan ini bukanlah hanya disebabkan oleh faktor sejarah yang mendasari kepada hubungan ini, tetapi kedudukan strategik negara-negara yang berhampiran Malaysia menambahkan keistimewaan dalam hubungan ini.

Malaysia tidak sahaja terlibat dalam kerjasama dengan kesemua negara di Asia Tenggara, tetapi pada masa yang sama, Malaysia sangat sensitif kepada perkembangan yang berlaku di negara jiran. Dengan kata lain, sebarang perkembangan yang berlaku di negara-negara jiran, pasti akan menyumbang kepada isu di Malaysia. lsu pendatang,

Isu-Isu Terpilih dalam Hubungan Malaysia dengan Negara Serantau Asia Tenggara adalah lanjutan daripada satu projek penulisan pekerja asing, pelarian, malapetaka (gempa bumi, gunung berapi), pemerdagangan manusia, penyeludupan dan tuntutan bertindih merupakan antara isu penting yang mendasari hubungan ini. Keadaan ini bertepatan dengan beberapa konsep yang menjadi asas dalam memahami dasar luar dan keselamatan Malaysia seperti konsep Prosper-Thy-Neighbour, common security, mutual security, cooperative security dan sebagainya menjadikan hubungan ini dilihat sebagai sesuatu yang istimewa. Menyedari kepentingan rantau ini, maka buku suntingan ini diharapkan akan memberikan satu gambaran tentang isu-isu yang mewarnai hubungan Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara.

Namun begitu, perlu ditekankan bahawa walaupun buku suntingan ini memfokuskan kepada hubungan dua hala Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara terpilih, fokus perbincangan ini terarah kepada mengelektrifikasi isu-isu yang mendasari hubungan tersebut. Pemilihan bab ini dilakukan bukan kerana ia menjadi prioriti dalam hubungan luar Malaysia, tetapi didorong untuk melihat bagaimana Malaysia dan negara-negara terbabit mendepani isu tersebut. Diharapkan buku ini dapat membantu para pelajar dan sesiapa sahaja yang berminat dalam memahami kepentingan Asia Tenggara dalam dasar luar Malaysia.

Dari segi geografi misalnya, rantau Asia Tenggara biasanya difahami merujuk kepada dua komponen yang utama iaitu; pertama, negara-negara yang terdapat di tanah besar seperti Kemboja (Kampuchea), Laos, Myanmar (Burma), Thailand, Vietnam dan sebahagian dari Malaysia (Semenanjung Malaysia). Kedua, negaranegara yang berada di luar dari tanah besar, iaitu wilayah maritim tetapi masih dianggap sebagai negara-negara di Asia Tenggara adalah seperti kepulauan Borneo (Sabah, Sarawak (Malaysia), Brunei dan Kalimantan (Indonesia), Indonesia, Filipina, Singapura dan Timor Leste.

Selain itu, negara-negara Asia Tenggara juga boleh difahami melalui organisasi antarabangsa, iaitu menerusi penubuhan Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) pada tahun 1967 yang dipelopori oleh lima buah negara utama, iaitu Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand. Sebelum penubuhan ASEAN, rantau Asia Tenggara dapat difahami melalui pelbagai beberapa usaha telah diambil oleh negara-negara di rantau ini untuk menubuhkan kerjasama. Pada tahun 1961 misalnya, negara-negara seperti Malaysia, Filipina dan Thailand menubuhkan Association of Southeast Asia (ASA).

Namun begitu, kerjasama ini tidak bertahan lama kerana terdapatnya beberapa masalah yang berlaku. Hal ini akhirnya membawa kepada kerjasama yang melibatkan tiga buah negara utama, iaitu Malaysia, Filipina dan Indonesia melalui MAPHILINDO pada tahun 1963. Namun begitu, ia turut gagal dalam menangani masalah yang berlaku pada masa tersebut menyebabkan pertubuhan ini terpaksa dibubarkan. ASEAN kemudiannya berkembang apabila keahliannya diperluaskan kepada negara-negara lain.

Sehingga kini, terdapat 10 buah negara menganggotai pertubuhan ini bersama-sama dengan negara-negara awal pelopor kepada kerjasama ini. Selain daripada lima buah negara pengasas, antara negara-negara yang menganggotai pertubuhan ini adalah seperti Brunei (1984), Vietnam (1995), Laos (1997), Burma (Myanmar) (1997) dan Kemboja (1999). Berdasarkan kepada perspektif regionalisme ini, kesemua negara yang menjadi ahli dalam pertubuhan ini dianggap sebagai negara-negara rantau Asia Tenggara.

Weight0.399 kg
Dimensions20.8 × 13.9 × 1.7 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.