Jalinan Tamadun Melayu-China: Terjemahan, Bahasa, dan Budaya

Disunting oleh GOH SANG SEONG

ITBM (Cetakan Pertama, 2019)
182 halaman

RM30.00

In stock

If you purchase this book you will earn 6 points worth of RM0.60!
ISBN: 9789674608323 Product ID: 25027 SKU: 9789674608323 Categories: , , Tags: , , ,

Jalinan Tamadun Melayu-China: Terjemahan, Bahasa, dan Budaya menyajikan penemuan baharu daripada sarjana Malaysia dan China dalam bidang terjemahan, bahasa, dan budaya sama ada secara empirikal mahupun teoritis. Pencerakinan dan perbincangan yang dikemukakan agak unik kerana sarjana dari Malaysia dan sarjana dari China masing-masing mempunyai sudut pandangan yang tersendiri dalam mengupas sesuatu isu. Oleh hal yang demikian, buku ini menjadi satu wahana yang mempamerkan interaksi ilmu antara sarjana daripada dua tamadun yang berbeza ini.

Terjemahan, bahasa, dan budaya menjadi elemen yang signifikan untuk menggerakkan perhubungan politik, ekonomi, dan sosiobudaya Melayu-China. Melalui terjemahan, bahasa, dan budaya, tercetus pelbagai fenomena antara tamadun Melayu-China yang sekali gus tambah merapatkan hubungan Melayu-China dalam aneka arena.

Penterjemahan bahasa China/Cina-bahasa Melayu sudah lama giat, namun belum ada kajian yang menjurus kepada pembangunan teori dan praktik penterjemahan secara khusus dengan memanfaatkan sumber bahasa China/Cina-bahasa Melayu. Kajian ini cuba untuk menggagaskan prinsip penterjemahan bahasa China-bahasa Melayu melalui tiga kata kunci utama, iaitu makna, bentuk, dan ketersampaian dengan memanfaatkan gabungan idea daripada prinsip penterjemahan yang dikemukakan oleh Yan Fu dan Za’ba dalam tulisan mereka yang bertajuk Prinsip Penterjemahan Bahasa China-Bahasa Melayu.

Turut dicadangkan tiga strategi dan lima kaedah penterjemahan yang dapat digunakan dalam penterjemahan bahasa China/Cina-bahasa Melayu. Kaedah peminjaman juga dicadangkan sebagai langkah alternatif penterjemahan dalam era ICT.

Pengkaji turut membincangkan trend perkembangan dan menyenaraikan judul karya terjemahan cerita popular dan karya sastera bahasa China/Cina-bahasa Melayu/Indonesia. Penterjemahan bahasa China-bahasa Indonesia dikatakan bermula sejak tahun-tahun 1850-an, manakala penterjemahan bahasa China/Cina-bahasa Melayu pula berkembang sejak tahun 1889. Penulis turut melampirkan senarai karya terjemahan bahasa China/Cina-bahasa Melayu/Indonesia sebagai tambahan kepada senarai karya terjemahan yang dihasilkan oleh pengkaji terdahulu.

Faktor-faktor politik, sosiobudaya, dan ekonomi yang menyumbang kepada naik turunnya nasib penterjemahan bahasa China/Cina-bahasa Melayu/Indonesia juga dikupas. Beberapa cadangan bagi pelestarian penterjemahan ini disertakan sekali.

PRAKATA

PENGENALAN

Bab I PRINSIP PENTERJEMAHAN BAHASA CHINA-BAHASA MELAYU
— Perbandingan Prinsip Penterjemahan Yan Fu dengan Za’ba

Bab II SEJARAH RINGKAS PENTERJEMAHAN DALAM KALANGAN ORANG CINA DAHULU DAN SEKARANG DI ALAM MELAYU
— Karya Terjemahan Cerita Popular China Dahulu Kala
— Penterjemah Dahulu dan Sekarang Serta Karyanya
— Antara Lembayung Senja dengan Fajar Baharu Kegiatan Penterjemahan

Bab III PENTERJEMAHAN KARYA AGUNG CHINA KE DALAM BAHASA MELAYU: PERANCANGAN, PELAKSANAAN, DAN CABARAN PENTERJEMAHAN
— Penterjemahan Karya Agung China di Dunia Melayu
— Penterjemahan Bahasa Melayu dalam Siri Kecerdasan Timur

Bab IV PENTERJEMAHAN TAJUK CERITA, WATAK, DAN PUISI DALAM PILIHAN CERITA ANEH DARI BALAI PUSTAKA LIAO ZAI
— Pengenalan Karya Liao Zhai
— Latar Belakang Penterjemah
— Pemilihan Cerita
— Terjemahan Tajuk Cerita
— Terjemahan Identiti Watak dalam Cerita
— Terjemahan Puisi

Bab V TAMADUN MELAYU DAN TAMADUN CHINA BERWACANA: PERKONGSIAN NILAI DAN RASA MELALUI HIKAYAT TIGA NEGARA
— Tamadun Melayu dan Tamadun China Berwacana
— Benih Awal Pengajian Melayu dan Terjemahan di China
— Perkembangan Pengajian Melayu di China dalam Zaman Moden
— Pelan Tindakan
— Hikayat Tiga Negara sebagai Asas Perkongsian Nilai dan Rasa Tamadun Melayu-China

Bab VI PENGETAHUAN BERSAMA TENTANG UNSUR TABU DALAM BUDAYA MELAYU DAN BUDAYA CHINA DEMI MENJAMIN KECEKAPAN PRAGMATIK DALAM BERBAHASA
— Definisi Tabu
— Tabu dalam Budaya Melayu
— Tabu dalam Budaya China

Bab VII KATA PINJAMAN BAHASA HAN DALAM BAHASA MELAYU
— Konsep Bahasa Han dan Dialek-dialeknya
— Penggolongan Kata Pinjaman Bahasa Han dalam Bahasa Melayu
— Pemerhatian pada Kata Pinjaman Bahasa Han dalam Bahasa Melayu dan Sebabnya

Bab VIII KONOTASI UNGKAPAN WARNA DALAM BAHASA MELAYU DAN BAHASA CINA

Bab IX KONOTASI BUDAYA DALAM PERIBAHASA MELAYU DAN CHINA
— Definisi Peribahasa, Kategori Peribahasa, dan Fungsi Peribahasa
— Perbezaan Konotasi Budaya Peribahasa serta Faktor yang Mempengaruhinya
— Persamaan Konotasi Budaya Peribahasa China dan Melayu

Bab X FANTASI MITOS DALAM SASTERA RAKYAT MELAYU DAN CHINA
— Konsep Fantasi
— Konsep Mitos
— Fantasi Mitos dalam Sastera Rakyat Melayu dan China

BIODATA PENULIS

Weight 0.299 kg
Dimensions 22.8 × 15.4 × 1.1 cm
Author(s)

, , , , , , , , , , , ,

Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Jalinan Tamadun Melayu-China: Terjemahan, Bahasa, dan Budaya”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.