Jawi Peranakan di Pulau Pinang: Ekspresi Sebuah Identiti

OMAR YUSOFF mendapat Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana Sains Kemasyarakatan dari USM. Pernah bertugas sebagai guru sementara di Pusat Bimbingan Kedah di Alor Setar dan sebagai pegawai penjara di Jabatan Penjara Pulau Pinang, sebelum dilantik sebagai pembantu tadbir dan seterusnya sebagai tenaga pengajar sambilan di Pusat Pendidikan Jarak Jauh, USM.

JAMALUDDIN AZIZ adalah pensyarah kanan di Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau memperoleh ijazah doktor falsafah dalam bidang bahasa Inggeris dengan pengkhususan sastera popular dan filem daripada Lancaster University, England. Penerbitan dan kajian beliau banyak berkisar tentang isu-isu kritikan sastera dan budaya popular, representasi jantina, filem dan budaya siber. Beliau juga merupakan felo penyelidik, Pusat Kajian E-Komuniti, FSSK, UKM.

Senarai penulis:
ABDUL RAZAK MOHAIDEEN
AHMAD MURAD MERICAN
AZMI ISKANDAR MERICAN
DATO’ SERI HAJI MOHD. YUSSOF LATIFF
HAJAR ABDUL RAHIM
JELANI HARUN
MAHANI MUSA
NIK HASLINDA NIK HUSSAIN
NORIAH MOHAMED
NORMAN YUSOFF
SOHAIMI ABDUL AZIZ

Penerbit USM (Cetakan pertama, 2010)
164 halaman, termasuk Indeks

RM41.00

Only 1 left in stock

Product ID: 11034 SKU: 9789838614580 Categories: , , , Tags: , , , ,

Jawi Peranakan di Pulau Pinang: Ekspresi Sebuah Identiti memaparkan 12 bab tentang sejarah dan sumbangsih masyarakat Jawi Peranakan Pulau Pinang dari dahulu hingga sekarang. Apa yang menarik tentang tulisan dalam buku ini adalah percampuran tulisan bercorak akademik dan separa akademik. Tujuan percampuran ini sebenarnya memberi ruang kepada para penulis untuk menjangkau seberapa banyak kumpulan pembaca yang boleh, di samping memberi variasi kepada ruang lingkup penulisan itu sendiri. Dalam erti kata lain, buku ini amat berguna bukan sahaja kepada ahli akademik tetapi juga kepada semua golongan yang berminat untuk lebih mengetahui tentang masyarakat Jawi Peranakan Pulau Pinang.

Walaupun Jawi Peranakan di Pulau Pinang: Ekspresi Sebuah Identiti boleh dikatakan separa akademik, kualiti penulisan masih dipantau bagi memastikan kesahihan data dan keberkesanan penulisan dan penceritaan. Buku ini bermula dengan perkembangan masyarakat Jawi Peranakan dan diikuti dengan sumbangan mereka dalam pembangunan orang Melayu Pulau Pinang khasnya dan Malaysia.

Jawi Peranakan adalah sebuah masyarakat yang sudah sekian lama terbentuk di Pulau Pinang, iaitu pada sekitar tahun 1700. Di Nusantara, masyarakat ini telah terbentuk semenjak abad ke-7, khususnya pada zaman kerajaan Srivijaya. Lebih awal lagi, semenjak Kedah menjadi perlabuhan panting bagi laluan perdagangan antara India dan China, iaitu semenjak abad ke-3 lagi. Sehubungan itu, andaian boleh dibuat bahawa di sinilah tapak awal kewujudan Jawi Paranakan di Tanah Melayu. Pembentukan masyarakat ini berpunca daripada adanya perkahwinan campur antara lelaki Arab, Tamil, Punjabi, Gujerat dan Afghan dengan wanita Melayu tempatan. Jawi Peranakan telah memainkan peranan yang cukup positif dalam perkembangan sejarah tempatan setama lebih dua ratus, dengan mendominasi pelbagai bidang bukan sahaja dari segi keagamaan, kesusasteraan, perniagaan, perdagangan, perkapalan, pendidikan malahan perundangan dan politik.

Jawi Peranakan di Pulau Pinang: Ekspresi Sebuah Identiti sangat menarik untuk dibaca oleh semua lapisan masyarakat kerana ia bukan sahaja membicarakan tentang asal usul pembentukan Jawi Peranakan. tetapi juga membicarakan tentang sumbangan Jawi Peranakan dalam pembangunan masyarakat Melayu Pulau Pinang. Tajuk-tajuk yang dibicarakan bukan sahaja menjadi petunjuk tentang variasi sumbangan Jawi Peranakan di Pulau Pinang, malah ia dapat memberkan kosedaran betapa pentingnya sumbangan tersebut dalam pembentukan jati diri masyarakat Pulau Pinang yang unik dari masyarakat lain di Malaysia hingga ke hari ini.

Kesedaran ini amat panting dalam pembentukan jati diri masyarakat Melayu Pulau Pinang khususnya dan Melayu Malaysia amnya. Jati diri ini amat perlu ditanam dalam diri kita untuk monghadapi dan mengharungi arus glokalisasi dan globalisasi. Hanya melalui nilai jati diri dan semangat cintakan diri dan asal usul kita sahaja yang akan dapat menjadikan kita masyarakat yang lebih kebal dari ancaman anasir-anasir budaya kuning atau budaya luar yang bertentangan dengan pegangan agama dan adat susila masyarakat kita.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.313 kg
Dimensions 24 × 16.5 × 1 cm
Edition

Format

ISBN

9789838614580

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Jawi Peranakan di Pulau Pinang: Ekspresi Sebuah Identiti”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.