Out of stock

Jejak-jejak di Pantai Zaman

UNGKU A. AZIZ (1922–2020) merupakan seorang ahli ekonomi dan pensyarah Malaysia. Beliau mendapat gelaran Profesor Diraja (Royal Professor) dan satu-satunya pemegang gelaran tersebut di Malaysia.

Penerbit UM (Cetakan Kedua, 2008)
142 halaman termasuk Indeks

RM35.00

Out of stock

Jejak-Jejak di Pantai Zaman merupakan sebuah renungan Ungku A. Aziz terhadap masalah kemiskinan desa selama lebih dari dua puluh tahun menerusi huraian pendapat Pendeta Za’ba tentang kemiskinan orang Melayu yang ditulis lima puluh tahun dahulu. Sambil memberi latar belakang rancangan-rancangan ekonomi yang Za’ba telah menulis sekali sahaja sepanjang riwayatnya, Ungku A. Aziz juga menyambung jejak-jejak Za’ba di pantai zaman sehingga ke zaman sekarang tatkala pembasmian kemiskinan ditentukan sebagai satu daripada dua strategi penting dalam rancangan ekonomi Malaysia yang kedua (1971-1975). Pembaca tentunya tahu siapakah sosok orang Melayu, si pegawai pengintip British yang telah memerah otak Za’ba sehingga beliau menulis sepucuk surat ratapan jiwa yang terakhir. Perkara ini telah dibongkar pertama kalinya oleh Ungku A. Aziz. Sungguhpun Ungku A. Aziz begitu sibuk dengan urusan Universiti, tugas-tugas antarabangsa serta penyelidikan tentang kemiskinan desa, beliau telah berjaya melapangkan masa untuk memberi penghormatan sewajarnya kepada sahabat lamanya Za’ba, bukan sehaja sebagai tokoh cerdik pandai Melayu dan sasterawan yang ulung, akan tetapi juga sebagai tokoh pemikir ekonomi yang awal di antara anak bangsa Melayu. Yang demikian kesimpulannya ialah Za’ba pasti meninggalkan jejak-jejak di pantai zaman.

Pendahuluan
Penghargaan
Singkatan

1. Jejak-jejak di Pantai Zaman: Konsep Kemiskinan Melayu dari Za’ba ke Aziz
– Ungku A. Aziz

2. Kemiskinan Orang Melayu
– Za’ba

3. Jalan Keselamatan Bagi Orang Melayu
– Za’ba

4. Zahir dan Batin Ekonomi Melayu
– Ungku A. Aziz

Koda Awal
Koda Akhir
Terjemahan Surat Za’ba kepada Haji Abdul Majid Zainuddin
Indeks

Weight0.215 kg
Dimensions22 × 14 × 0.7 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 3 reviews
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Muhammad Faizal Roslan (Verified Reader)

    (0) (0)
  2. Mohammad Aidi Shah Bani (Verified Reader)

    (0) (0)
  3. Anonymous (store manager)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.