Out of stock

Kadazan Dusun

JACQUELINE PUGH-KITINGAN adalah Profesor Ethnomuzik di Faculty Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah.

Siri Etnik Sabah ITBM-UMS

ITBM & Penerbit USM (Cetakan Kedua, 2016)
290 halaman termasuk Bibliografi

RM35.00

Out of stock

ISBN: 9789830688596 Product ID: 24771 Subjects: , Sub-subjects: , , ,

Kadazan Dusun merupakan kajian etnografi asas yang bertujuan untuk memperkenalkan kepada pembaca ciri-ciri utama kebudayaan masyarakat Kadazan Dusun. Boleh dikatakan buku ini merupakan antara buku terlengkap yang memperincikan kebudayaan etnik Kadazan Dusun dan sangat sesuai dibaca dan dijadikan rujukan untuk mengetahui secara lebih mendalam berkaitan etnik ini yang bukan sahaja kaya dengan khazanah budayanya, bahkan juga turut sama melahirkan pemimpin-pemimpin yang telah mencorakkan corak dan hala tuju Sabah.

Etnik Dusunik termasuklah komuniti Rungus dari Semenanjung Kudat dan sebahagian Semenanjung Bengkoka (Daerah Pitas), Tobilung dari Kota Marudu hingga ke kawasan Kota Belud, Kimaragang dari Kota Marudu dan sebahagian daerah Pitas; Sonsogon dari pedalaman terpencil daerah Kota Marudu, Dusun Labuk (juga digelar Kadazan Labuk-Kinabatangan atau Kadazan Timur dalam kepustakaan) dari Sungai Labuk dan sebahagian Sungai Kinabatangan di timur Sabah Lotud dari daerah Tuaran di bahagian Pantai Barat, Kadazan Dusur (juga digelar Kadazandusun, atau Kadazan dan Dusun), Kuijal dari Daerah Keningau, etnik Tatana, Bisaya dan Papar (sebual kumpulan kecil, ini berlainan dengan Daerah Papar) dari Kuala Penyu Kadazan Sungai Klias dari daerah Beaufort, dan Dumpas dari kawasan Labuk-Sugut.

Bahasa Dumpas berkongsi banyak persamaan dengan bahasa Tombonuo, iaitu bahasa Rumpun Bahasa Paitanik dari daerah Pitas. Bahasa itu selalunya diklasifikasikan sebagai sebahagian daripada Rumpun Bahasa Paitanik dan pernah pada suatu masa dahulu menjadi bahasa Paitanik. Begitu juga dengan etnik Tatana dan Bisaya dari Kuala Penyu yang kadangkala dikaitkan dengan Rumpun Bahasa Murutik kerana bahasa mereka berkongsi banyak persamaan dengan bahasa-bahasa Murutik.

Etnik Kadazan Dusun (juga digelar Kadazan, Dusun atau Kadazan Dusun) merupakan penutur bahasa terbesar di bawah Keluarga Dusunik, dan mengikut tradisi merupakan etnik terbesar di Sabah. Kawasan utama mereka menganjur dari daerah Ranau terus ke daerah Tambunan, Kota Belud, Kota Kinabalu, Penampang dan Papar. Hari ini, orang Kadazan Dusun juga ditemui dalam kalangan kaum lain di luar kawasan ini.

Bahasa Kadazan Dusun terdiri daripada rantaian subdialek yang terbahagi kepada empat dialek utama: dialek Kadazan Pesisir Pantai ditutur di Penampang dan Papar, dialek Dusun Tengah ditutur sepanjang daerah Ranau, Tambunan dan Kota Belud, dialek Monsok ditutur di kawasan Kampung Monsok Ulu, Monsok Tengah dan Kuala Monsok di Tambunan, dan dialek Sugut Kadazan ditutur di hulu Sungai Sugut-Labuk. Dialek Minokok ialah cabang kepada dialek Dusun Tengah di kawasan Hulu Kinabatangan. Begitu juga dengan dialek Dusun Tempasuk yang ditutur oleh komuniti Dusun Tindal di daerah Kota Belud, yang diklasifikasikan sebagai cabang kepada dialek Dusun Tengah.

Dalam kalangan rantaian dialek ini, terdapat persamaan antara satu subdialek dengan subdialek lain, tetapi terdapat perbezaan besar daripada segi fonologi, perbendaharaan kata dan sebahagian kecilnya daripada segi sintaksis pada bahagian hujung bertentangan rantaian tersebut. Sesetengah perbezaan ketara wujud antara orang Dusun Tengah dengan Kadazan Pantai.

Semua etnik peribumi Borneo, termasuk etnik Dusunik, adalah daripada rumpun penutur bahasa Austronesia. Sesetengah kajian arkeologi dan linguistik mencadangkan bahawa leluhur Austronesia etnik peribumi di Sabah pada hari ini,telah tinggal di kawasan Borneo utara lebih daripada 6,000 tahun atau mungkin 10,000 tahun. Menurut teori ini, leluhur ini berhijrah dari Kepulauan Taiwan dan Filipina sejak 4,000 tahun Sebelum Masihi atau lebih awal lagi. Kependudukan mereka tersebar ke seluruh rantau kepulauan bermula dari utara Borneo. Walau bagaimanapun,kajian genetik terkini terhadap DNA mitokondria menunjukkan bahawa etnik Austronesia telah tinggal di kawasan kepulauan Borneo ini lebih daripada 20,000 tahun dan corak perhijrahan di antara pulau mereka adalah sangat rumit. Menurut teori ini, tempat asal usul etnik Austronesia bukan Taiwan tetapi Kepulauan Asia Tenggara.

Nyata sekali, perhijrahan prasejarah sejak lebih daripada 10,000 tahun yang lalu tidak diketahui oleh etnik tempatan pada zaman ini. Walau bagaimanapun, etnik setempat mempunyai cerita legenda yang mampu mengingatkan mereka pada sejarah lisan yang lebih baharu.

Kebanyakan etnik Dusunik menyusurgalurkan asal usulnya hingga ke Nunuk Ragang (nunuk: pokok ara, ragang: merah), sebuah kampung berhampiran Tampios di Sungai Liwagu di kawasan pedalaman terpencil yang kini di daerah Ranau. Selepas beberapa Zaman, gelombang perhijrahan keluar dari Nunuk Ragang berlaku. Tekanan populasi menyebabkan beberapa kumpulan keluar demi mencari tanah yang lebih subur untuk bercucuk tanam. Perhijrahan yang berbeza berlaku pada masa yang berbeza dalam tempoh beratus atau beribu tahun. Sesetengah etnik seperti Lotud, Tatana’ Bisaya dan Tagaas (subdialek Kadazan Dusun) tidak mempunyai legenda asal usul Nunuk Ragang tetapi mengingati bahawa mereka berasal dari tempat lain di kawasan Borneo Utara.

Senarai Gambar Rajah dan Foto
Prakata
Kata Pengantar
Penghargaan

BAB 1: Memperkenalkan Etnik Kadazan Dusun
Kepelbagaian Etnik di Sabah
Etnik Dusunik di Sabah
Bahasa Kadazan Dusun dalam Rumpun Bahasa Dusunik
Asal Usul Orang Dusun
Ciri Kebudayaan Umum Etnik Dusunik
Asal Usul Dusun, Kadazan, Kadazan Dusun dan Kadazandusun
Kajian tentang Kadazan Dusun

BAB 2: Persekitaran dan Sistem Sosioekonomi Tradisional
Persekitaran
Kepentingan Padi
Mitatabang
Proses Penanaman Padi Sawah Tradisional (Morobuat)
— Penyediaan dan Menyemai di Tapak Semaian
—— Mangasok
—— Morobuat (Proses Penanaman Padi)
— Mananom (Memindah semaian)
— Mamagamas (Merumput)
— Mongomot (Menuai)
— Selepas Menuai
—— Mengogik (Mengirik)
—— Monoud (Mengangin)
—— Momirangkat (Memindahkan padi)
—— Kaamatan (Akhir Mongomot)
Penanaman Padi Huma Tradisional
Aktiviti Sosioekonomi Tradisional Lain
Tanaman Kontan dan Penternakan Haiwan Komersil

BAB 3: Organisasi Sosial Etnik Kadazan Dusun
Pola Petempatan
Struktur Sosial dan Kepemimpinan
Persanakan dan Keturunan
Istilah Persanakan
Larangan dan Hukuman untuk Berkahwin dengan Saudara Dekat
Perwarisan
Hubungan Gender

BAB 4: Kitaran Hidup
Pengenalan
Kosusuwon atau Kapaganakan (Kelahiran)
— Tianan (Kehamilan)
— Kopogkosusuwanan atau Kinatanakan (Proses Kelahiran)
— Selepas Kelahiran
— Monoruang (Upacara Satu Bulan)
— Kematian Bayi Baru Lahir
— Bertindik dan Anting-anting
— Amalan Kelahiran Bayi Bagi Masyarakat Kadazan Dusun Hari Ini
Pisasawaan (Perkahwinan)
— Momouaboi (Rundingan Pertunangan)
— Sahakoi dan Miaboi / Mihaboi (Pertunangan Rasmi)
— Nopung (Hantaran Perkahwinan) dan Balanja Dapur (Belanja Dapur)
— Kesawaan (Majlis Perkawinan)
— Tempat Tinggal Selepas Berkahwin, Mongoi Siwat dan Misuhak
— Lapau (Poligini)
— Piadaan (Penceraian)
Kapatayon / Kinapatayon (Kematian) dan Kopogiadan (Perkabungan)
— Kopogiadan (Berkabung Sebelum Pengebumian)
— Kapamahabangan (Pengebumian)
— Monumpoli / Monumpohi (Penyucian selepas Kematian) dan Ulang Tahun Kematian
— Larangan Berkaitan Kematian

BAB 5 : Pandang Dunia dan Upacara, Pemburuan Kepala dan Amalan Bersejarah Lain
Pandang Dunia Kadazan Dusun
— Alam Semesta
— Minamangun (Pencipta)
— Osundu
— Rogon
— Bambarayon
— Tulun atau Tuhun (Orang Manusia)
Bobolian (Pakar Ritual Keagamaan)
Monginakan (Kenduri Kesyukuran Besar) di Tambunan
Misa-sangod (Pemburuan Kepala)
Tamu, Watu dan Penanda lain Tamu (Pasar)
— Tamu
— Watu (Batu Purba)
— Sininggazanak (Peringatan untuk seseorang yang Meninggal Dunia Tanpa Zuriat)
— Gantong Sorili

BAB 6: Warisan Kebudayaan Tidak Ketara
Warisan Kebudayaan Tidak Ketara Kadazan Dusun
Kesusasteraan Lisan dan Muzik Vokal
— Tanong atau Tangon (Cerita Rakyat)
— Susuyan (Lagenda, Bacaan Lisan)
—— Legenda Nunuk Ragang
—— Legenda Kampung Tenggelam
—— Legenda Tulisan yang Hilang
— Mongondi’ dan Rinait
— Sinding (Lagu-lagu, Nyanyian)
— Kandagoi
— Sudawil
— Andayayong
— Sundait
Alat-alat Muzik dan Muzik Insrumental
— Membranofon
— Idiofon
—— Metalofon
—— Idiofon Buluh
— Aerofon
—— Suling
—— Turali
—— Suling Todung
—— Sompoton
—— Sigi
—— Bungkau
— Kordofon
—— Tongkungon
—— Takobung dan Tongkibong
—— Sundatang
Tarian

BAB 7: Unsur Kebudayaan Kebendaan
Menggunakan Persekitaran Semula jadi
Perkakas
Bakul
Pembuatan Tikar
Topi
Pakaian

BAB 8: Masyarakat Kadazan Dusun dan Perubahan
Masyarakat Kadazan Dusun dan Pembangunan Sabah
Perkembangan Pendidikan
Perkembangan dalam Lingkaran Kebudayaan, Politik dan Profesional
Perkembangan KDCA
Perkembangan Pesta Kaamatan
Masyarakat Kadazan Dusun Hari Ini

Nota Hujung
Glosari
Bibliografi

Weight 0.585 kg
Dimensions 22.8 × 15.2 × 2 cm
Author(s)

Edition

Format

Language

Publisher

,

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Kadazan Dusun”

Your email address will not be published. Required fields are marked *