Kaedah dan Teknik Penyelidikan Linguistik Melayu

Disunting oleh MASLIDA YUSOF, KARIM HARUN dan RAHIM AMAN

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2021)
251 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM40.00

In stock

If you purchase this book you will earn 8 reward points!
ISBN: 9789672512660 Product ID: 29388 Subjects: , Sub-subjects: , , , , ,

Kaedah dan Teknik Penyelidikan Linguistik Melayu memaparkan beberapa kaedah dan teknik daripada beberapa bidang linguistik seperti fonetik, sintaksis, semantik, dialektologi, sosiolinguistik, sejarah linguistik dan pragmatik berdasarkan pengalaman dan kepakaran penyelidik dalam bidang masing-masing. Huraian dan perbincangan mengenai kaedah dan teknik dalam setiap bidang dalam buku ini adalah kaedah dan teknik yang sedia ada ditemui dan diterapkan dalam kajian linguistik. Dalam bidang linguistik, terdapat dua jenis penyelidikan yang lazim digunakan, iaitu penyelidikan yang berbentuk armchair atau kepustakaan dan penyelidikan lapangan. kajian kepustakaan merupakan kaedah yang digunakan oleh seseorang penyelidik atau penulis untuk mendapat data dan bukti melalui kajian ke atas dokumen dan rekod-rekod yang sedia ada. Langkah ini membolehkan pengumpulan data yang bersifat sekunder dapat dilakukan bagi menyokong dapatan kajian. Fungsinya adalah bagi memberi gambaran permulaan dan hala tuju kajian pengkaji. Kajian kepustakaan juga adalah usaha yang dilakukan oleh penyelidik untuk menghimpun segala informasi ataupun maklumat yang bersesuaian dan relevan dengan masalah atau topik yang akan atau sedang diteliti.

Informasi yang dimaksudkan ini dapat diperoleh daripada buku-buku ilmiah, hasil penyelidikan orang lain, laporan penelitian, ensiklopedia, fakta-fakta, buku tahunan dan sumber-sumber bertulis ataupun sumber elektronik. Teori-teori yang mendasari masalah dalam bidang yang akan atau ingin diteliti dapat ditemukan dengan melakukan kajian kepustakaan. Contoh-contoh sumber kepustakaan ialah laporan hasil daripada penelitian yang pernah dibuat di mana laporan ini merupakan hasil penelitian baharu atau merupakan lanjutan penelitian sebelumnya. Buku-buku teks dan buku rujukan yang berisikan pengetahuan ataupun maklumat tentang pelbagai bidang kajian tesis, artikel, catatan yang merupakan karya penulisan yang berkaitan dengan suatu penelitian atau penemuan baharu. Majalah, jurnal, surat khabar yang memuatkan maklumat yang berkaitan dan relevan dengan penelitian. Abstrak, yang memuatkan ringkasan penulisan (rumusan) yang berkaitan pemerhatian.

Penyelidikan linguistik lapangan berkembang dengan pesatnya mulai abad ke-20 dengan penyelidikan yang dijalankan oleh pakar-pakar Eropah, Great Britain dan Amerika Syarikat. Pada asasnya, linguistik lapangan merupakan satu cara mendapatkan data linguistik untuk mengkaji fenomena linguistik. Hal ini melibatkan dua pihak iaitu penutur sesuatu bahasa dan pengkaji linguistik. Penyelidikan di lapangan (bukan hanya linguistik lapangan sahaja) adalah mengenai pengumpulan data dalam persekitaran semula jadi. Apabila seorang ahli biologi pergi ke “lapangan”, mereka memerhati tingkah laku spesies yang dikaji dalam persekitaran semula jadinya berbanding membuat kajian dalam kandang di makmal. Apabila ahli arkeologi pergi ke “lapangan”, mereka akan pergi ke tempat rangka dan runtuhan ditemui, berbanding dengan belajar sesuatu yang sudah digali.

Begitu juga apabila ahli bahasa kelapangan, mereka akan meneliti persekitaran semula jadi bagi objek yang dikaji iaitu mereka mengkaji bahasa di tempat bahasa itu dituturkan oleh masyarakat yang menuturkan bahasa itu. Menurut Asmah Haji Omar, dalam menentukan kategori bagi sesuatu kaedah penyelidikan, ada juga ciri dan juga pendekatan. Ciri penyelidikan adalah sifat atau kualiti yang ada pada sesuatu kaedah. Sesuatu yang ada pada sesuatu kaedah penyelidikan itu boleh menjadi pendekatan dalam menjalankan penyelidikan. Yang disebut pendekatan adalah cara tertentu yang digunakan oleh penyelidik dalam menghadapi (atau membentuk sikapnya) terhadap sasaran penyelidikan dan juga dalam cara memperlakukan data. Antara kaedah kajian di lapangan yang sering digunakan dalam kajian linguistik ialah temu bual, soal selidik dan pemerhatian.

Buku ini menekankan pengumpulan dan pengolahan data linguistik. Buku ini tidak mengajar seseorang itu bagaimana untuk menganalisis tetapi buku ini mempunyai tujuan untuk berkongsi dan memberi panduan tentang kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh penyelidik bahasa untuk menjalankan kajian linguistik khususnya linguistik Melayu sama ada dari aspek kaedah pengumpulan data atau dari aspek kaedah penganalisisan data. Justeru, Kaedah dan Teknik Penyelidikan Linguistik Melayu memaparkan gabungan kaedah kajian kepustakaan dan kajian lapangan yang digunakan dalam beberapa bidang linguistik Melayu seperti fonetik, morfologi, sintaksis, semantik, dialektologi, sosiolinguistik, sejarah linguistik dan pragmatik. Kaedah dan teknik yang dipaparkan dalam buku ini adalah kaedah dan teknik yang sedia ada dan diterapkan oleh ahli-ahli penyelidik linguistik Melayu, Setiap contoh yang diberikan sebahagian besarnya daripada penyelidikan dan pengalaman penyelidik sendiri ketika menjalankan penyelidikan kebahasaannya.

Senarai Jadual, Rajah & Gambar
Prakata

BAB 1 Kaedah dan Teknik Penyelidikan Linguistik Melayu
Maslida Yusof, Karim Harun & Rahim Aman

BAB 2 Pendekatan Fonetik Akustik dalam Kajian Pembelajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kedua di Malaysia
Shirley Langgau & Shahidi A. Hamid

BAB 3 Pendekatan Program Minimalis dalam Kajian Ayat Pasif Bahasa Melayu
Kartini Abd. Wahab

BAB 4 Pemanfaatan Data Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Penyelidikan Bahasa
Maslida Yusof & Nurul Jamilah Rosly

BAB 5 Metodologi Sinkronik Dialektologi Hulu Perak Utara
Rahim Aman, Nur Habibah Che Rosdi & Shahidi A. Hamid

BAB 6 Tahap Pengoperasian Sistem Informasi Geografi (Geographical Information System) di Sepanjang Lembangan Sungai Terengganu
Shahidi A. Hamid, Mohamad Firdaus Azaharuddin & Rahim Aman

BAB 7 Metodologi Diakronik Dialek Langkawi
Norfazila Ab. Hamid, Rahim Aman, Shahidi A. Hamid & Norhasliza Ramli

BAB 8 Pendekatan Kesinambungan dan Keterputusan dalam Sejarah Linguistik
Karim Harun

BAB 9 Teori dan Pendekatan Kajian Pemilihan Bahasa dalam Kalangan Kanak-Kanak Orang Asli Semai
Abd. Hadi Kudin & Karim Harun

BAB 10 Kajian Sosiolinguistik dalam Pemilihan Bahasa Masyarakat Chetti di Melaka
Sa’adiah Ma’alip

BAB 11 Kaedah Tugas Penyempurnaan Wacana dalam Penelitian Lakuan Bahasa
Maslida Yusof

Rujukan
Senarai Penyumbang
Indeks

Weight 0.378 kg
Dimensions 22.8 × 15.2 × 1.3 cm
Author(s)

, , , , , , , , , ,

Edition

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Kaedah dan Teknik Penyelidikan Linguistik Melayu”

Your email address will not be published. Required fields are marked *