Out of stock

Kalung Bunga

ZA‘BA (1895-1973) adalah penulis dan ahli fikiran serta ahli Bahasa Melayu yang paling terkenal pada hari ini di seluruh Malaya hingga ke Indonesia.

DBP (Cetakan Kedua, 2008)
234 halaman

RM25.00

Out of stock

ISBN: 9789834600686 Product ID: 650 Subject: Sub-subjects: , , , , , , , , , , , , ,

Kalung Bunga menghimpunkan petikan puisi Melayu lama yang disusun oleh Za‘ba. Petikan itu diperoleh daripada sumber bertulis dan sumber lisan yang dirasakan elok isi dan seni katanya. Buku ini mengandungi tiga bab, bab pertama ialah nyanyian kanak-kanak yang kekuatannya adalah pada perbendaharaan kata dan ungkapan bahasa yang ringkas dan yang lebih menarik lagi ialah kata-kata tersebut tidak lagi terpakai atau digunakan pada masa kini. Bab kedua ialah pantun yang pemilihan sesebuah pantun diambil daripada pelbagai sumber berdasarkan keindahan isi dan bahasanya, iramanya dan tiada pertentangan antara pembayang dengan maksud. Kebanyakan tema berkisar pada kasih sayang, percintaan, rindu, hiba, nasib, penderitaan hidup dan lain-lain. Bab ketiga, iaitu gurindam dan seloka, kebanyakannya diambil daripada buku-buku hikayat lama (penglipur lara) dan juga dalam cerita-cerita lama Minangkabau.

Buku I daripada buku “Kalung Bunga” yang menghidangkan petikan-petikan pilihan dari sastera puisi Melayu cara lama. Bahan-bahannya telah dipungut dari sumber-sumber yang bersurat dan yang tiada bersurat diambil di sini mana yang dirasa lebih elok isinya atau seni katanya. Dalam Buku I ini dimuat pilihan-pilihan daripada tiga jenis sahaja puisi yang terkenal dalam bahasa Melayu iaitu puisi yang didapati sebanyak sedikit dalam nyanyian kanak-kanak bermain, puisi yang berupa pantun, dan puisi yang tergubah dalam bentuk gurindam seloka.

Adapun puisi yang biasa dijeniskan dengan nama “Syair” maka oleh sebab banyak didapati contoh-contohnya yang elok yang dirasa patut dipetik dan dikumpul, terpaksalah dijadikan dia sebuah kumpulan asing sendirinya iaitu “Kalung Bunga, Buku II”: di situ petikan-petikan pilihan dari “syair” itu dikumpulkan dengan tersendiri bersama-sama sedikit contoh puisi yang biasa disebut “Nazam” oleh ahli-ahlinya.

Weight0.300 kg
Dimensions21.5 × 14 × 1.3 cm
Format

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 2 reviews
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Anonymous (store manager)

    (0) (0)
  2. Anonymous (store manager)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.