Kamus Dewan (Edisi Keempat)

Terbitan Bahagian Perkamusan DBP

DBP (Cetakan Ketiga, 2021)
1817 halaman

RM30.00RM60.00

Product ID: 34484 Subjects: , Sub-subjects: ,

Kamus Dewan merupakan sebuah kamus umum bahasa Melayu yang paling autentik yang menjadi rujukan utama pengguna bahasa Melayu di Malaysia, dan juga di negara lain yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama negara masing-masing, seperti negara Brunei Darussalam dan Indonesia, dan juga negara yang sebahagian penuturnya merupakan penutur asli bahasa Melayu, seperti Singapura dan Thailand. Di samping itu, Kamus Dewan juga menjadi rujukan penting para pengkaji bahasa Melayu di seluruh dunia, terutama di negara-negara yang ada pengajian Melayu, seperti di China, England, Korea, dan beberapa buah negara di Eropah. Sejak penerbitan pertamanya pada 1970, Kamus Dewan telah mengalami beberapa pengemaskinian dengan cetakan ejaan baharunya pada 1984, Edisi Baru pada 1989, dan Edisi Ketiga pada 1994. Kini, Kamus Dewan Edisi Keempat berada di pasaran sebagai wadah bagi memenuhi tuntutan perkembangan kosa kata bahasa Melayu dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu.

Sebanyak 5843 kata baru yang meliputi entri, subentri, dan frasa entri termuat di dalam edisi keempat ini. Di samping kata baru, kata entri lama yang mengalami perubahan makna, sama ada peluasan mahupun penyempitan makna turut mewarnai kamus ini. Sebahagian besar kata dalam kamus ini merupakan kosa kata dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi, seperti data sandar, mel suara, dan telefon bimbit, dan bidang-bidang lain seperti undang-undang, marin, perubatan, dan sebagainya. Di samping itu, kata serapan Arab, seperti Baitulharam, Hujjatul Islam, dan zakum, sama halnya dengan edisi terdahulu Kamus Dewan, tidak terkecuali diberikan perhatian untuk dimuatkan ke dalam edisi keempat ini. Kata daripada kategori variasi sosial, misalnya slanga, juga termuat di dalam edisi ini. Bentuk dan jenis kata yang terdapat di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ini menggambarkan senario sebenar perkembangan bahasa Melayu dalam tempoh sedekad yang lalu. Semua ini juga menggambarkan betapa dalam era globalisasi ini, bidang teknologi maklumat sudah mempengaruhi minda masyarakat dalam setiap aspek kehidupan sehingga terciptanya ribuan istilah yang meresapi jiwa pengguna bahasa, misalnya e-mel, meng-emelkan, akses, mengakses, dan siber.

Pemasukan kata yang berbentuk slanga dan bahasa percakapan yang lain ke dalam Kamus Dewan memanglah sesuai dengan ciri kamus ini sebagai sebuah kamus umum. Walau bagaimanapun, seperti edisinya yang terdahulu, kata yang sedemikian diberikan label bp sebagai pemakluman kepada pengguna supaya menggunakan kata yang berkenaan, sesuai dengan konteksnya. Maknanya, kata yang berlabel bp tidak sesuai digunakan dalam situasi rasmi, tetapi tidak salah digunakan di luar konteks rasmi, seperti di kedai kopi, di rumah, atau semasa bersembang-sembang dengan rakan sebaya.

Bagi menjaga kepentingan masyarakat pelbagai kaum dan etnik di Malaysia, dan melengkapkan Kamus Dewan sebagai kamus yang paling autentik di Malaysia buat masa kini, maka diputuskan agar kata yang berkaitan dengan suku kaum dan etnik, seperti Cina, India, Iban, Kadazan, dan Kintak dijadikan kata entri dalam kamus ini. Di samping itu, takrif dan ungkapan yang menimbulkan sensitiviti di kalangan masyarakat pelbagai kaum ditangani dengan begitu cermat agar tidak tercetus sebarang perkara yang tidak diingini. Kata keling yang hangat diperkatakan pada 2003 dikemas kini takrifnya agar bersifat lebih neutral dengan harapan tidak disalahtafsirkan lagi. Manakala ungkapan seperti keling karam, keling mabuk todi, dan yang seumpama dengannya yang ditafsirkan oleh sesetengah golongan sebagai membawa konotasi negatif ditiadakan di dalam edisi keempat ini.

Kata Pengantar – Kamus Dewan Edisi Keempat
Pendahuluan – Kamus Dewan Edisi Keempat
Penghargaan – Kamus Dewan Edisi Keempat
Kata Pengantar – Kamus Dewan Edisi Ketiga
Pendahuluan – Kamus Dewan Edisi Ketiga
Penghargaan – Kamus Dewan Edisi Ketiga
Sepatah Kata – Kamus Dewan Edisi Baru 1989
Kata Pengantar – Kamus Dewan Edisi Baru 1989
Penghargaan – Kamus Dewan Edisi Baru 1989
Sepatah Kata – Kamus Dewan Edisi Pertama Cetakan Kedua 1984
Pengiring Kata – Kamus Dewan Edisi Pertama 1970
Sepatah Kata – Kamus Dewan Edisi Pertama 1970
Kata Pengantar – Kamus Dewan Edisi Pertama Cetakan Kedua 1984
Kata Pengantar – Kamus Dewan Edisi Pertama 1970
Pendahuluan – Kamus Dewan Edisi Pertama 1970

Panduan Penggunaan Kamus Dewan Edisi Keempat
Kependekan

A ⁓ Z

WeightN/A
DimensionsN/A
Format

,

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.