Out of stock

Kamus Perancis-Melayu Dewan / Dictionnaire français-malais

Sidang Penyusun dari Dewan Bahasa dan Pustaka, Universiti Sains Malaysia, dan Service Culturel de l’Ambassade de France à Kuala Lumpur.

Cetakan Ketiga, 2002
667 halaman

RM50.00

Out of stock

ISBN: 9789836253637 Product ID: 25965 Subject: Sub-subjects: , , , ,

Kamus Perancis-Melayu Dewan merupakan satu alat yang dapat membantu penutur bahasa Perancis mempelajari bahasa Melayu, di samping menjadi bahan rujukan bagi semua orang yang membaca dan bertutur dalam bahasa Perancis. Cara penggunaannya mudah dan praktis. Terdapat lebih daripada 20,000 kata masukan utama dan kata terbitannya, lebih kurang 3,000 frasa contoh yang lengkap dengan terjemahannya, lebih daripada 11,000 kata rangkum bahasa Perancis lisan dan tulisan, juga diberi beberapa peribahasa yang masih digunakan. Selain itu, kamus ini membekalkan maklumat yang terperinci tentang cara penggunaan (tahap bahasa dan bidang semantik) bagi sejumlah besar perkataan serta ungkapannya.

Cadangan untuk menyusun kamus Perancis-Melayu timbul daripada salah satu dasar pengembangan bahasa yang diusahakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sejak awal 90-an dengan menerbitkan buku-buku rujukan berbentuk ekabahasa juga dwibahasa dan membantu menyebarluaskan serta memperkenalkan bahasa Melayu ke serata dunia. Fikiran bagi menerbitkan Kamus dwi-bahasa Perancis-Melayu ini lahir daripada satu cadangan dan perbincangan antara pihak Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan Jabatan Kebudayaan, Kedutaan Besar Perancis di Kuala Lumpur dengan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka pada bulan Februari 1994. Kamus seperti ini, Kamus Perancis-Melayu Dewan, belum pernah diterbitkan di Malaysia.

Hasilnya telah terbukti dengan adanya sebuah kamus dalam tangan anda sekarang yang mengandungi lebih daripada 19,000 kata entri, iaitu sebuah kamus yang mudah digunakan dan juga kaya dengan ciri-ciri kamus yang baik: lengkap dengan transkripsi fonetik, ayat contoh, frasa contoh, frasa idiomatik yang sering digunakan, mengikut bidang semantiknya yang menjadikan kamus ini suatu alat yang amat berguna bagi seseorang berbahasa Perancis yang ingin mempelajari bahasa Melayu dan juga orang Malaysia, sama ada pelajar, guru, atau penterjemah, yang ingin mengenali bahasa Perancis terkini secara lisan atau bertulis. Kamus ini bukan sahaja akan membantu pelajar kita dan para guru, akan tetapi nyata sekali dapat mempererat lagi hubungan antara Malaysia dengan empat puluh buah negara di dunia yang menggunakan bahasa Perancis.


La réalisation de ce dictionnaire français-malais entre dans le contexte de la politique linguistique conduite par le Dewan Bahasa dan Pustaka depuis plusieurs années de publier des ouvrages de référence monolingues et multilingues, et de contribuer à la diffusion et à la connaissance de la langue malaise dans le monde.

Le projet de publier ce dictionnaire bilingue français-malais a été conçu au cours d’une discussion entre l’Université des Sciences de Penang, le Service Culturel de l’Ambassade de France à Kuala Lumpur et le Dewan Bahasa dan Pustaka en février 1994. Ce dictionnaire bilingue français-malais, est le premier jamais édité en Malaisie.

Le résultat est que vous avez à présent entre vos mains un dictionnaire de plus de 19,200 entrées qui offre la double caractéristique d’être à la fois d’un usage simple et d’une grande richesse: transcription phonétique internationale, exemples, locutions, tournures idiomatiques familieres, découpage sémantique, font de cet ouvrage un outil de qualité pour un francophone désireux d’apprendre la langue malaise et pour tout Malaisien, étudiant, professeur, traducteur, qui désire avoir accès à la langue française écrite et parlée d’aujourd’hui. Ce dictionnaire va non seulement aider grandement nos étudiants et nos enseignants, mais va indubitablement contribuer à resserrer les liens entre la Malaisie et la quarantaine de pays dans le monde qui utilisent la langue française.

Préface / Prakata
Introduction / Pendahuluan
Principes de la Transcription Phonetique / Prinsip Transkripsi Fonetik
Comment Utiliser ce Dictionnaire / Bagaimana Menggunakan Kamus Ini
Tableau des Abréviations du Dictionnaire / Jadual Singkatan

A ~ Z

Proverbes et Locutions Proverbiales

Weight0.904 kg
Dimensions22 × 15.5 × 4 cm
Format

Language

,

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.