Out of stock

Kamus Thai-Melayu Dewan

Sidang Penyusun dari Dewan Bahasa dan Pustaka dan Prince of Songkla University

DBP (Cetakan Pertama, 2008)
428 halaman

RM45.00

Out of stock

Product ID: 26244 Subject: Sub-subjects: , , , ,

Kamus Thai-Melayu Dewan mengandungi 10,311 kata masukan bertujuan membantu memenuhi hasrat untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu para pelajar Thai, terutamanya yang berketurunan Melayu. Entri dan subentri yang disusun mengikut abjad bahasa Thai. Keistimewaan kamus ini ialah entri dan subentri diwarnakan bagi memudahkan pengguna untuk merujuknya, sebutan bahasa Thai yang berasaskan International Phonetic Alphabet (IPA), mengandungi kelas kata bagi setiap entri dan subentri, dan lengkap dengan contoh penggunaan diberikan untuk membantu pengguna memahami sesuatu entri atau subentri dan kolokasinya.

Kamus Thai-Melayu Dewan disusun khusus bagi membantu para pelajar Thailand yang ingin mempelajari bahasa Melayu, terutamanya yang ingin melahirkan pemikiran, idea, gagasan dalam bahasa Melayu melalui penulisan kerana kamus ini merupakan sebuah kamus dwibahasa yang produktif sifatnya. Walau bagaimanapun, kamus ini juga boleh dimanfaatkan oleh orang awam yang ingin mempelajari bahasa Thai pada peringkat pemahaman. Kamus ini lahir hasil kolaborasi antara Dewan Bahasa dan Pustaka—Universiti Pendidikan Sultan Idris-Prince of Songkhla University melalui Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABBM) pada tahun 2000. Pada tahun 2001, DBP dengan kerjasama PSU telah bersetuju merintis kerja untuk menjadikan kamus ini satu kenyataan.

Seperti yang lazim berlaku dalam penyusunan kamus dwibahasa, masalah anisomorphism antara bahasa sumber dengan bahasa sasaran merupakan cabaran utama yang dihadapi dalam penyusunan kamus ini. Oleh sebab bahasa Thai dan bahasa Melayu tergolong dalam dua keluarga bahasa yang berbeza, maka terdapat perbezaan bentuk, nilai dan budaya penutur kedua-dua bahasa. Sesungguhnya perbezaan ini menyulitkan penyusun mencari padanan bagi sesuatu kata entri bahasa Thai. Kes satu kata Thai yang mempunyai banyak padanan dalam bahasa Melayu dan begitulah sebaliknya memang banyak ditemui. Antaranya ialah kata กลมกลัน (klomklɯ:n) dalam bahasa Thai yang menerima tiga padanan dalam bahasa Melayu, iaitu sebati, sedondon dan secocok. Begitu juga dengan กระเฝา (kràʔpău) yang mempunyai tiga padanan dalam bahasa Melayu.

Yang lebih menyukarkan ialah apabila tiada padanan dapat dicari dalam bahasa Melayu bagi sesuatu kata entri bahasa Thai. Dalam hal ini, dua strategi digunakan. Strategi yang pertama ialah dengan memberikan penjelasan makna kata Thai yang berkenaan tanpa memberikan padanan. Strategi yang kedua ialah dengan meminjam terus kata daripada bahasa Thai ke dalam bahasa Melayu.

Satu lagi masalah yang kerap dihadapi dalam penyusunan Kamus Thai-Melayu Dewan ialah sukarnya mencari padanan bahasa Melayu yang setara kelas katanya dengan kata entri bahasa Thai, walaupun dalam banyak hal sidang penyusun mencuba sedaya upaya untuk mencari padanan yang setara kelas katanya. Keadaan ini memang sudah dijangkakan dalam penyusunan kamus dwibahasa yang melibatkan dua bahasa yang jauh berbeza. Ini bermakna, dalam kes tertentu, penyusun terpaksa memaparkan padanan bahasa Melayu yang tidak setara kelas katanya dengan kelas kata bagi kata Thai yang berkenaan.

Kata Pengantar
Prakata
Pendahuluan
Penghargaan

PANDUAN PENGGUNAAN KAMUS

KAMUS THAI-MELAYU

Weight0.582 kg
Dimensions21.6 × 14.2 × 2.6 cm
Format

Language

,

Script

Abugida, Roman

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.