Out of stock

Kartun dan Kartunis di Malaysia

MULIYADI MAHAMOOD adalah Profesor di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

ITBM & PENA (Cetakan Kedua, 2017)
217 halaman termasuk Rujukan

RM25.00

Out of stock

Kartun dan Kartunis di Malaysia menghimpunkan 10 buah esei yang mengupas pelbagai sudut seni lukis kartun di Malaysia dengan mengambil kira aspek-aspek sejarah, gaya seni, isu, dan pendekatan kartunis. Antara topik yang dibincangkan ialah persoalan identiti dan ketulenan kartun Malaysia, isu-isu yang membatasi dunia kartun dan pengaruh kartun dalam aspek sosiopolitik dan peranannya sebagai media dakwah.

Di samping memfokuskan kepada beberapa orang kartunis penting negara seperti Lat, Rejabhad, Raja Hamzah, dan Zunar, penulis turut menghuraikan pengalamannya mengkaji dan menulis mengenai seni kartun di negara ini. Penulisan-penulisan ini umumnya telah diterbitkan dalam jurnal serta majalah tempatan dan antarabangsa seperti International Journal of Comic Art (IJOCA), Pemikir, Dewan Budaya, dan Gila-Gila. Bagi tujuan penerbitan buku ini, esei-esei ini telah dikemas kini dan diiringi dengan lebih banyak ilustrasi berkaitan.

Penulisan-penulisan ini merupakan hasil penelitian penulis terhadap dunia kartun tempatan yang kini semakin mendapat perhatian khalayak, bukan sahaja daripada aspek jenaka malahan dari segi peranannya sebagai senjata politik dan budaya. Alaf baharu telah menyaksikan kewujudan gaya dan media baharu yang telah memperluaskan peranan kartun dalam mengubah persepsi masyarakat terhadap perkembangan sosiobudaya secara umumnya.

Di samping itu, kecenderungan terhadap cabang seni ini juga semakin berkembang dengan penghasilan penyelidikan pada peringkat sarjana dan kedoktoran di institusi-institusi pengajian tinggi tempatan. Apabila membaca Kartun dan Kartunis di Malaysia, kita akan dapat memahami yang dunia kartun ini sebenarnya memberi impak tersendiri dalam aliran sejarah dan ketamadunan sejagat. Kartun bukan hanya setakat untuk berlelucon tanpa arah, tetapi kartun juga mampu mengubah landskap sosiobudaya dan sosiopolitik serantau. Malah, kartun juga turut menjadi medium dakwah yang berkesan yang disampaikan kepada khalayak.

Senarai Ilustrasi
Prakata
Penghargaan

Bab 1 Kartun Tulen Malaysia: Dari Era Perintis ke Era Pluralis

Bab 2 Kesarjanaan Kartun dan Komik di Malaysia: Suatu Catatan Pengalaman

Bab 3 Isu-isu Kartun Kontemporari Malaysia

Bab 4 Kuasa Kartun

Bab 5 Kartun sebagai Media Dakwah

Bab 6 Kemalaysiaan Seni Kartun Gila-Gila

Bab 7 Perpaduan daripada Kaca Mata Lat

Bab 8 Pemikiran Rejabhad dalam Seni Kartun

Bab 9 Raja Hamzah: Penerima Anugerah Berus Emas Pekomik 2010

Bab 10 Pena Tajam Zunar dalam Gila-Gila

Nota Hujung
Rujukan

Weight0.362 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 1.9 cm
Author(s)

Format

Class

Language

Publisher

,

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.