Kasih Bonda: Kampung Paya Kami

SITI ZAINON ISMAIL adalah pensyarah dan Profesor Seni Budaya di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaysia Sabah. Beliau juga adalah penerima anugerah SEA WRITE AWARD 1989 dan Gelar Chut Nyak Fakinah, Acheh 1990.

Dewan Bahasa dan Pustaka (Cetakan ketiga, 2015)
106 halaman, termasuk Ilustrasi

RM30.00

Only 1 left in stock

Product ID: 13853 SKU: 9789836298652 Categories: , Tags: , , ,

Kumpulan Puisi Kasih Bonda: Kampung Paya Kami menghimpunkan retrospeksi zaman kanak-kanak Siti Zainon Ismail yang merakam sejarah, kenangan, dan kesan nostalgik tersendiri yang tersirat dalam lakaran lukisan seni dan puisinya. Setelah menghasilkan cerpen Kampung Paya Kami terbitan Galeri Melora, 1991 dan Jurai Palma terbitan DBP, 2001, ada ingatan jauh makin menghimbau penulis. Telatah ibu yang semakin melupakan kehidupan semasa, sebaliknya mencari masa lalu di setiap sudut hariannya makin menggugah penulis teringatkan masa lalu di kampung beliau.

Pembangunan kota yang pesat merobah rupa masa lalu, gaya hidup kota semakin canggih makin menjadikan penulis terus berfikir. Apakah dia menjadi fakir di kampung halaman kelahiran? Ke mana harus dibawa kehidupan kalau tanpa akar warisan budaya? Anak-anak muda kampung dia sudah tidak dapat membezakan bentuk kuali dan kawah; tidak tertangkap lagi aroma serai dan kunyit. Sungai makin berkeladak, banjir dan kalau musim kemarau sampah sarap bergayut di ranting.

Ingatan dan sukma penulis semakin kacau setiap kali melalui Jalan Ampang, Kampung Baru, kerap pula terhantar ke Batu Road, Melaka Street atau Malay Bazar dengan suasana Kedai Jahit Agus Salim, Pak Wahab atau nikmatnya menjamah rendang di Kedai Makan Minang milik datuk dan ayah Firdaus Abdullah.

Sungai Gombak di kampung penulis semakin sebak, tohor dan kotor. Ketika menjelang pilihan raya awal tahun 1999 sibuk pula dilakukan pembaikan, konon mendirikan benteng sesuai dijadikan kawasan rekreasi. Tercacaklah tiang-tiang batu yang besar berdiri bagai himpunan arca dan beberapa tahun tersadai kerana pembinaannya tidak selesai.

Di bilik kuliah juga pelajar beliau kebingungan apabila diminta mengumpul sangkar burung, serkap ayam atau senduk tempurung. Memang ada yang lupa melangkah dengan sarung ikat ombak mengalun atau lelakinya pula kehilangan songkok apabila berbaju Melayu. Tugas pelukis-penyairku barangkali hanya melakar, telah penulis.

Inilah lakaran puisi Kasih Bonda: Kampung Paya Kami (Kampung Paya yang kini disebut Kampung Bandar Dalam bersempadan dengan Kampung Padang Balang). Bonda, dalam bahasa Minang bererti tali air. Bandar Dalam, bererti tali air yang dalam. Inilah bonda, ibu tanah air yang perlu dilindungi, dikasihi. Penulis mengajak pembaca bercerita bersama sebagai pengalaman warisan budaya Siti Kecil pada tahun 1950-an 1960-an, dengan nada puisi dan lakaran sketsa sederhana untuk dikongsi bersama, khususnya buat warga Kampung Bandar Dalam, anakanda Melor dan Wira serta para generasi muda pewaris seni budaya bangsa.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.524 kg
Dimensions 28.5 × 21 × 1.4 cm
Edition

Format

ISBN

9789836298652

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Kasih Bonda: Kampung Paya Kami”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.