Kata Sapaan Bahasa Minangkabau: Cerminan Adat dan Sistem Sosial

MEDIA SANDRA KASIH (PhD) adalah pensyarah di Fakultas Sastra, Universiti Andalas, Padang Indonesia

Penerbit UPM (Cetakan Pertama, 2004)
198 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM42.00

In stock

Kata Sapaan Bahasa Minangkabau: Cerminan Adat dan Sistem Sosial ini membincangkan tentang kehidupan masyarakat Minangkabau dengan bahasa, adat dan budaya yang dimilikinya. Minangkabau merupakan suatu etnik vang cukup unik kerana sistem matrilineal yang diamalkan oleh masyarakatnya hingga ke hari ini. Keunikan lainnya adalah kebiasaan merantau yang cukup kuat, sehinggalah sampai sekarang orang Minangkabau banyak ditemui di luar wilayahnya sendiri.

Kajian tentang masyarakat Minangkabau telah pun banyak dilakukan, namun buku ini menyumbang satu lagi aspek tentang Minangkabau dari sudut kaitan masyarakat dan bahasa yang dilihat daripada aspek sosiolinguistiknya.

Buku Kata Sapaan Bahasa Minangkabau : Cerminan Adat dan Sistem Sosial ini mengandungi enam bab yang menyajikan pendahuluan, sistem sapaan bahasa Minangkabau pandangan sosiolinguistik, struktur sosial dan susun lapis masyarakat
Minangkabau, peraturan sapaan bahasa Minangkabau mengikut aturan Ervin-tripp, perbezaan kata sapaan kekeluargaan, adat dan umum di desa dan kota serta darek dan rantau.

Buku ini boleh diguna oleh pencinta bahasa, kebudayaan, sosial serta mereka yang mempunyai minat terhadap kaitan budaya dan bahasa. Pembaca lain yang dapat memperoleh manfaat daripada buku ini ialah mereka yang mempunyai sejarah hidup yang berkaitan dengan Minangkabau. Tidak dapat dinafikan bahawa ramai orang Minangkabau yang hidup merantau dan tidak mengetahui lagi tentang kehidupan, budaya serta sistem sosial yang diamal masvarakat Minangkabau. Oleh itu diharapkan semua sasaran pembaca di atas dapat manfaat daripadanya.

Weight0.371 kg
Dimensions24 × 17 × 1 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author