Ke Arah Pembangunan Rantau Damai: Dinamika Asia Tenggara & Laut China Selatan

RASHILA RAMLI adalah seorang profesor dan kini merupakan Pengarah di Institiut Kajian Malaysia dan Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (2018)
67 halaman

 

RM20.00

In stock

Ke Arah Pembangunan Rantau Damai: Dinamika Asia Tenggara & Laut China Selatan dipersembahkan oleh Rashila Ramli sebagai Syarahan Perdana Jawatan Profesor Universiti Kebangsaan Malaysia pada 9 Mac 2018 di Bilik Senat, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abstrak

Dari segi sejarah, Laut China Selatan menjadi laluan perhubungan, pelayaran dan pengangkutan terbuka yang penting di antara pulau-pulau dengan tanah besar di rantau Asia Tenggara, dan laluan perairan yang utama di antara Benua Eropah dengan Asia. Pada zaman globalisasi oriental klasik, kawasan perairan ini diguna sama tanpa perbalahan tentang sempadan. Namun, globalisasi oksidental yang bermula dengan penerokaan dan penjajahan Barat serta kemunculan negara bangsa membawa pemikiran tentang pemilikan sempadan. Pada 1948, apabila China menghasilkan Peta Garis Putus Sembilan (9-Dash Line), tindakan ini menjadi pencetus bagi Laut China Selatan ditangani sebagai isu keselamatan strategik oleh banyak pelaku, khususnya China, negara-negara anggota ASEAN, Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU). Perkara ini mulai ketara mulai 1970-an. Menjelang 2009 sehingga sekarang, terdapat enam tuntutan yang pelbagai dan sering bertentangan terhadap rantau ini. Syarahan Ke Arah Pembangunan Rantau Damai: Dinamika Asia Tenggara & Laut China Selatan ini menghujahkan bahawa terdapat pandangan alternatif untuk memahami dinamika Laut China Selatan dari segi pembangunan. Laut China Selatan bukan masalah keselamatan; tetapi ialah masalah perkembangan politik yang bermula sejak awal tahun 1970-an. Isu Laut China Selatan di Rantau Asia Tenggara banyak dikaji dalam konteks paradigma konflik dan bukannya dalam paradigma keamanan. Dengan menggunakan pendekatan konstruktivif, pengarang mengguna pakai proses dua peringkat aliran Copenhagen untuk menerangkan tentang nyahpenyelamatan (desecuritization) Laut China Selatan. Dalam konteks globalisasi oriental baharu, syarahan ini memberi tumpuan kepada ejen penyelamatan (securitization) Laut China Selatan, yang dikenali sebagai pemacu konfik. Kemudian, proses kebalikan diteliti dengan menganalisis tindakan pelaku keamanan melalui tutur kerajaan nasional, ASEAN dan kuasa-kuasa luar seperti EU dan AS. Proses ini dikenali sebagai pengubahan ke arah paradigma keamanan. Tuntutan bertindih dan OBOR boleh dilihat dalam paradigma pertikaian (conflict paradigm) mahupun paradigma keamanan (peace paradigm). Memandangkan hasrat rantau ASEAN untuk pembangunan KOMUNITI ASEAN serta perkongsian dengan China, wacana kerjasama dan perdamaian perlu ditingkatkan. Dalam kerangka teori, pendekatan ‘keselamatan’ (conflict paradigm) yang mendominasi disiplin Sains Politik dan Hubungan Antarabangsa harus berubah kepada pendekatan nyahpenyelamatan selaras dengan peace paradigm — sebahagian yang padu dalam mencapai Matlamat Pembangunan Lestari. Akhir sekali, dengan meneliti bahan-bahan sosiologi-budaya, pertimbangan Laut China Selatan sebagai laut mediterranean menyediakan perspektif alternatif dalam memahami bahawa laut ini adalah milik sepunya dan perlu dijaga bersama sebagai rantau untuk keamanan dan pembangunan.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.145 kg
Dimensions 15.2 × 0.5 × 22.8 cm
Edition

Format

ISBN

9789674125769

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Ke Arah Pembangunan Rantau Damai: Dinamika Asia Tenggara & Laut China Selatan”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You may also like…