Keadilan sebagai Kesaksamaan: Satu Penyataan Semula

JOHN BORDLEY RAWLS (1921–2002) adalah ahli falsafah dan sarjana terkemuka dari Amerika Syarikat yang banyak menulis seputar teori-teori keadilan.

Terjemahan daripada judul asal oleh AMMAR GAZALI

Awal Nahdah Resources (Cetakan Pertama, 2017)
400 halaman termasuk Indeks

RM40.00

In stock

ISBN: 9789671441886 Product ID: 923 Subjects: , Sub-subjects: , , ,

Keadilan Sebagai Kesaksamaan merupakan terjemahan daripada Justice as Fairness: A Restatement tulisan John Rawls yang diterbitkan pada 2001. Buku tersebut merupakan ulasan terbaru kepada magnum opus beliau iaitu A Theory of Justice (1971). Buku Keadilan Sebagai Kesaksamaan berasal daripada syarahan-syarahan dalam bidang falsafah politik yang disampaikan oleh John Rawls di Universiti Harvard pada tahun 1980an. Syarahan-syarahan beliau dalam tempoh itu menjadi satu pernyataan semula terhadap teori “keadilan sebagai kesaksamaan” beliau, yang disemak semula bersesuaian dengan kajian terbaru beliau dan juga bukunya Political Liberalism (1993).

Seperti dinyatakan Rawls dalam kata pengantar, penyataan semula ini mempersembahkan “dalam satu tempat keterangan tentang keadilan sebagai kesaksamaan seperti mana yang saya lihat sekarang ini, berdasarkan semua hasil kerja [saya dahulu].” Beliau memberikan tinjauan luas garis utama pemikirannya dan juga mengkaji beberapa isu-isu yang tidak pernah disentuh dalam tulisannya yang lain. Semenjak penerbitan buku beliau, A Theory of Justice (1971), idea-idea beliau masih relevan dan mempunyai kekuatan tersendiri dalam perbahasan tentang liberalism. Buku ini menunjukkan bahawa satu kejelasan moral dapat dicapai walaupun komitmen kolektif terhadap keadilan itu berada pada tahap tidak pasti.

Kata Pengantar Editor
Prakata

BAHAGIAN I
Idea-idea Asas

1. Empat Peranan Falsafah Politik
2. Masyarakat Sebagai Satu Sistem Kerjasama yang Saksama
3. Idea tentang Masyarakat yang Tertata Baik
4. Idea tentang Struktur Asas
5. Batas-batas Kajian Kita
6. Idea tentang Kedudukan Asal
7. Idea tentang Orang yang Bebas dan Setara
8. Hubungan Antara Idea-idea Asas
9. Idea tentang Pengwajaran Awam
10. Idea tentang Keseimbangan Reflektif
11. Idea tentang Kesepakatan Bertindan

BAHAGIAN II
Prinsip-Prinsip Keadilan

12. Tiga Perkara Asas
13. Dua Prinsip Keadilan
14. Masalah Keadilan Teragih
15. Struktur Asas sebagai Subjek: Sebab Jenis Pertama
16. Struktur Asas sebagai Subjek: Sebab Jenis Kedua
17. Siapakah yang Paling Kurang Beruntung?
18. Prinsip Pembezaan: Maksudnya
19. Bantahan Melalui Contoh-contoh Sangkalan
20. Jangkaan yang Sah, Hak, dan Ganjaran
21. Menanggapi Kelebihan Semula Jadi sebagai Aset Bersama
22. Rumusan Ringkas tentang Keadilan Teragih dan Ganjaran

BAHAGIAN III
Hujahan daripada Kedudukan Asal

23. Kedudukan Asal: Susun-aturnya
24. Keadaan-keadaan Keadilan
25. Kekangan Formal dan Tabir Ketidaktahuan
26. Idea tentang Nalar Awam
27. Perbandingan Asas yang Pertama
28. Struktur Hujahan dan Peraturan Maksimin
29. Hujah yang Menekankan Syarat Ketiga
30. Keutamaan Kebebasan-kebebasan Asasi
31. Satu Bantahan berkenaan Penolakan terhadap Ketidaktentuan
32. Tinjauan Semula terhadap Kebebasan-kebebasan Asasi yang Setara
33. Hujahan yang Menekankan Syarat Kedua
34. Perbandingan Asas yang Kedua: Pengenalan
35. Alasan-alasan yang Tergolong di bawah Keawaman
36. Alasan-alasan yang Tergolong di bawah Ketimbalbalikan
37. Alasan-alasan yang Tergolong di bawah Kestabilan
38. Alasan-alasan yang Menyanggah Prinsip Utiliti Terbatas
39. Ulasan tentang Kesamarataan
40. Catatan Rumusan

BAHAGIAN IV
Institusi bagi Sebuah Struktur Asasi yang Adil

41. Demokrasi Berpemilikan Harta: Catatan Pengenalan
42. Beberapa Perbandingan Asas di antara Rejim-rejim
43. Idea tentang Kebaikan dalam Keadilan sebagai Kesaksamaan
44. Demokrasi Berperlembagaan lawan Demokrasi Bertatacara
45. Nilai Saksama bagi Kebebasan-kebebasan Politik yang Setara
46. Penafian terhadap Nilai Saksama untuk Kebebasan Asasi yang Lain
47. Liberalisme Politik dan Liberalisme Komprehensif: Satu Perbandingan
48. Catatan tentang Cukai Kepala dan Keutamaan Kebebasan
49. Institusi-institusi Ekonomi dalam Demokrasi Berpemilikan Harta
50. Keluarga sebagai Institusi Asas
51. Keanjalan Indeks Kebaikan Utama
52. Menangani Kritikan Marx terhadap Liberalisme
53. Ulasan Ringkas tentang Masa Lapang

BAHAGIAN V
Persoalan tentang Kestabilan

54. Ruang Politik
55. Persoalan tentang Kestabilan
56. Adakah Keadilan Sebagai Kesaksamaan itu Bersifat Politik dengan Cara yang Salah?
57. Bagaimana Mungkin Wujudnya Liberalisme Politik?
58. Kesepakatan Bertindan bukan Utopia
59. Psikologi Moral yang Munasabah
60. Kebaikan Masyarakat Politik

Daftar kata

Weight0.431 kg
Dimensions20 × 13 × 2 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 2 reviews
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Ahmad Ridhwan Abd Rani (Verified Reader)

    (0) (0)
  2. Akhrun Musa (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.