Out of stock

Kebangkitan Islam: Gambaran dan Sejarah dalam Tamadun Dunia (Jilid 1—Zaman Klasik Islam)

Marshall G. S. Hodgson (1922-1968) was an influential scholar of Islamic religion and culture. He taught at the University of Chicago and chaired the Committee on Social Thought. At his death at age 46, he left behind a manuscript that would become a magisterial three-volume book, The Venture of Islam, published posthumously by the University of Chicago Press. The Venture of Islam has shaped all subsequent study of Islam.

Penterjemah: Mastuti Haji Isa & Rosiah Abd. Latiff

DBP (Cetakan Pertama 2004)
630 halaman

RM40.00

Out of stock

Kebangkitan Islam: Gambaran dan Sejarah Dalam Tamadun Dunia (Jilid 1—Zaman Klasik Islam) ialah terjemahan yang sah daripada buku The Venture of Islam: Conscience and History in a World Civilization (Vol. 1—The Classical Age of Islam) oleh Marshall G. S. Hodgson dan diterbitkan oleh The University of Chicago Press pada tahun 1974.

Siri Kebangkitan Islam: Gambaran dan Sejarah dalam Tamadun Dunia telah diterbitkan dalam tiga jilid utama. Karya ini diperaku sebagai suatu hasil pemikiran yang bersifat analisis dan autoritatif. Di dalam ketiga-tiga jilid karya yang dilengkapi carta dan peta, Hodgson menjejaki dan mempersembahkan sejarah perkembangan peradaban Islam dari zaman sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. sehinggala ke pertengahan abad ke-20.

Marshall G. S. Hodgson meninggal dunia secara mengejut pada 10 Jun 1968, ketika berumur 47 tahun, sebelum menghabiskan karya ini dan juga karya yang lain. Pada saat kematiannya, manuskrip bagi empat buah buku pertama daripada enam buku Kebangkitan Islam telah dihantar ke penerbit sebagai buku lengkap (walaupun sedikit suntingan dan nota kaki masih perlu dibuat); beliau telah menulis semula sebahagian besar daripada Buku Lima; dan telah menunjukkan tanda inginkan semakan semula ke atas Buku Enam.

Kebanyakan carta dan gambar rajah dalam buku itu dibuat secara ringkas, dan terdapat hanya penerangan umum tentang peta yang diingini. Versi yang lebih pendek bagi karya ini yang merupakan Kebangkitan Islam dalam bentuk umumnya, telah wujud sejak beberapa tahun lalu, digunakan oleh pelajar dan mahasiswa.

Karya itu bermula sebagai garis kasar ringkas, beberapa bab mempunyai hanya dua atau tiga halaman bahkan ada yang masih belum bertulis. Beliau sentiasa menulis, menarik kembali yang ditulisnya, menulis semula, dan mencari kritikan daripada rakan sekerjanya yang jauh dan dekat. Pada masa yang sama beliau juga menulis tentang sejarah dunia dan beliau sering mengatakan beliau berharap pada suatu hari nanti pembaca akan dapat membaca kedua-dua sejarah ini, kerana beliau telah lama yakin bahawa setiap perkembangan sejarah hanya dapat difahami dalam konteks keseluruhan sejarah, dan keseluruhan ini termasuklah keseluruhan gambaran sejarah manusia.

Meskipun beratus-ratus halaman manuskrip bagi sejarah dunia beliau wujud, malangnya penulisan tersebut tidak dapat diterbitkan, kerana menyusun penulisan itu supaya difahami bermakna penulisan itu bukan lagi karya beliau. Walau bagaimanapun, beberapa andaian asas dan pandangan sejarah dunia boleh ditemui dalam Kebangkitan Islam, khususnya dalam pelbagai bahagian ‘Pengenalan kepada Kajian Peradaban Islam’, yang pada asalnya dirancang oleh beliau sebagai lampiran kepada keseluruhan karya ini.

Kebangkitan Islam: Gambaran dan Sejarah dalam Tamadun Dunia (Jilid 1—Zaman Klasik Islam) menganalisis dunia sebelum Islam, cabaran terhadap Nabi Muhammad SAW, dan negara Islam yang terawal dari tahun 625M hingga 692M. Hodgson juga menghuraikan peranan peradaban Islam pada zaman khalifah-khalifah agung dengan pelbagai latar belakang yang mempengaruhi sejarah dunia.

Selain kepuasan dan kesempurnaan intelektual kepada pengkaji dan pembaca umumnya, Hodgson secara idealnya, menggariskan teknik penulisan sejarah menurut pendekatan falsafah agar bidang ini dihayati. Dalam membaca karya ini, dapat dirasai sejarah sebagai bidang ilmu yang hidup pada setiap zaman.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Dimensions 15.3 × 3.8 × 22.8 cm
Edition

Format

ISBN

9789836251473

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Kebangkitan Islam: Gambaran dan Sejarah dalam Tamadun Dunia (Jilid 1—Zaman Klasik Islam)”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.