Out of stock

Kebangkitan Semula Islam Hingga Pasca Islamisme

Oleh: Ahmad Sunawari Long

Penerbit UKM (Cetakan Pertama 2017)
245 Mukasurat

RM40.00

Out of stock

Product ID: 2065 SKU: 9789674125127 Categories: ,

Kebangkitan semula Islam adalah fenomena yang meletus di negara-negara Islam seperti Iran, Arab Saudi, Malaysia, Indonesia dan sebagainya pada tahun 1970an.

Fenomena ini disebabkan oleh kekalahan Peperangan Arab-Israel pada tahu 1967, Revolusi Iran dan kenaikan harga minyak dunia.

Ia juga disebabkan oleh faktor dalaman yang berlaku dalam negara Islam, antaranya Dasar Islamisasi seperti yang dilaksanakan di Pakistan dan Malaysia.

Gabungan pelbagai faktor telah memberikan pelbagai impak kepada umat Islam sama ada dalam aspek penghayatan atau amalan mereka.

Kebangkitan semula bukan sahaja memberikan impak positif kepada umat Islam tetapi juga meninggalkan inmpak negatif seperti pemokusan yang lebih kepada politik Islam sehingga mengabaikan aspek-aspek kemanusiaan, sosial dan hubungan antara penganut agama.

Penumpuan yang berlebihan untuk membina negara Islam berlandaskan syariat Islam secara total telah menyebabkan mereka mengabaikan wacana tentang demokrasi dan isu-isu sosial dan alam sekitar.

Sebagai respons muncul kelompok masyarakat dan ilmuwan yang ingin membawa umat Islam kepada isu-isu demikian yang diistilahkan sebagai pasca Islamisme.

Namun wacana pasca Islamisme yang berkembang pada tahun 1990an tidaklah sangat berbeza dengan wacana kebangkitan semula Islam atau dikenali sebgai Islamisme.

Kedua-duanya mewacanakan Islam dalam bentuk kontemporari tetapi pasca Islamisme lebih kepada kritikan dan solusi terhadap kelompongan pada era kebangkitan semula Islam atau juga dikenali sebagai Islamisme.

Weight 0.365 kg
Dimensions 15 × 0.9 × 22.2 cm
Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Kebangkitan Semula Islam Hingga Pasca Islamisme”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.