Kebijaksanaan Pemerintahan Sultan Melaka, 1446-1488

MOHD KHALIL YAAKOB (b. 1937 – ) merupakan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-6. Beliau merupakan bekas Menteri Besar Pahang dan bekas Setiausaha Agung UMNO.

DBP (Cetakan Pertama, 2020)
267 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM35.00RM45.00

Kebijaksanaan Pemerintahan Sultan Melaka, 1446-1488 memfokuskan pemerintahan tiga sultan yang ditafsirkan sebagai agung pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Penulisan ini memberikan tumpuan kebijaksanaan tiga pemerintah yang mempunyai ciri kepimpinan yang berbeza, Sultan Muzaffar Shah (Raja Kassim), Sultan Mansur Shah (Raja Abdullah), dan Sultan Alauddin Riayat Shah (Raja Husin). Selain membincangkan kebijaksanaan sultan dalam menjalinkan hubungan diplomatik dan pertahanan antara. Melaka dengan negara luar sewaktu pemerintahan mereka, buku ini turut memfokuskan kebijaksanaan sultan dalam sosiopolitik, ekonomi, dan perkembangan serta pengaruh Islam di Melaka pada tahun 1446-1488 di samping penerangan tentang aspek penyebaran Islam di Melaka dan luar Melaka.

Buku ini memberikan manfaat kepada generasi muda untuk mempelajari sejarah dan memupuk semangat nasionalisme serta kesatuan mereka dalam pembentukan bangsa. Penulisan peristiwa sejarah, terutamanya sejarah Melaka, memberikan kesan dan sumbangan yang sangat penting bagi mencetus dasar terkini sesebuah negara. Kandungan buku ini ialah analisis penyelidik daripada aspek diplomatik, agama, politik, ekonomi dan ketenteraan tiga orang sultan yang memerintah sebelum penaklukan Portugis. Konsep kesultanan atau kerajaan yang diimplimentasi oleh Kesultanan Melayu Melaka ini tidak berbeza daripada sistem monarki yang dilaksanakan di Eropah, Turki atau India Utara di bawah kerajaan Mughal yang digunakan sebelum penaklukan Melaka oleh Portugis. Penjajahan atau transfer of power yang telah dilakukan oleh Portugis, Belanda dan Inggeris di Melaka tidak sesekali mengekalkan status keagungan Melaka seperti di zaman Kesultanan Melayu bahkan membawa kepada kehancuran daripada semua aspek termasuk pembinaan agama dan budaya.

Tinggalan sejarah yang ada di negeri Melaka pada hari ini adalah semata-mata membuktikan kehadiran penjajah dengan binaan bangunan yang bercorak kolonisme tanpa sebarang peninggalan daripada zaman Kesultanan Melayu Melaka akibat daripada kerakusan Portugis yang telah memusnahkan segala simbol keagungan kerajaan ini. Agama Kristian diangkat sebagai agama rasmi dalam pentadbiran sekali gus memberi kesan kepada pembentukan kota Melaka yang dicorak mengikut rentak agama Kristian dengan pembinaan gereja. Penaklukan ke atas Melaka menyebabkan terhakisnya unsur-unsur utama yang berkait rapat dengan nilai-nilai Melayu tetapi semangat kemelayuan Melaka terus berkembang ke negeri-negeri lain seperti Johor, Pahang, Perak dan Terengganu. Walaupun unsur Islam dan budaya Melayu mengalami kemerosotan di Melaka namun struktur Melayu dan Islam ir telah berkembang dan menjadi teras kekuatan di negeri-negeri tersebut bahkan pegangan agama serta budaya orang-orang Melayu sama sekali tidak pernah berubah.

Perjalanan politik Kesultanan Melayu Melaka telah memberikan impak besar terhadap kebangkitan kerajaan-kerajaan lain selepas kejatuhan Melaka. Bahkan acuan politik kesultanan ini menjadi rujukan utama kepada kerajaan berikutnya untuk membangunkan negara yang lebih sistematik berpaksikan Kesultanan Melayu Melaka. Pengumpulan data kajian dibuat sepenuhnya dengan penggunaan metode perpustakaan dan dianalisis mengikut kaedah deskriptif. Hasil kajian mendapati setiap sultan memainkan peranan dan usaha penting dalam memastikan Melaka mencapai kemuncak kepada kegemilangan dan memberikan sumbangan besar kepada perkembangan politik, ekonomi, penyebaran Islam dan hubungan luar Melaka. Kuasa-kuasa sultan diperkukuh dengan elemen daulat dan tulah dan tidak ada sesiapa pun yang boleh mempersoal atau mempertikaikan kekuasaan seseorang raja itu.

Prakata
Penghargaan

1. Latar Belakang Kesultanan Melayu Melaka
Pengenalan
Parameswara Pendukung Kesultanan Melayu Melaka
Latar Belakang Sultan Muzaffar Shah
Latar Belakang Sultan Mansur Shah
Latar Belakang Sultan Alauddin Riayat Shah
Kesimpulan

2. Politik Kesultanan Melayu Melaka
Pengenalan
Kebangkitan dan Perkembangan Politik Kesultanan Melayu Melaka
Struktur Pentadbiran Politik Kesultanan Melayu Melaka
Konsep Daulat, Derhaka dan Tulah
Pengaplikasian Undang-undang Melaka
Politik Melaka di bawah Pemerintahan Sultan Muzaffar Shah
Politik Melaka di bawah Pemerintahan Sultan Mansur Shah
Politik Melaka di bawah Pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah
Kesimpulan

3. Hubungan Luar dan Diplomatik Kesultanan Melayu Melaka
Pengenalan
Konsep Jalinan Hubungan Diplomatik Kesultanan Melayu Melaka
Hubungan Melaka — Kepulauan Melayu
Hubungan Melaka — Siam
Hubungan Melaka — Majapahit
Hubungan Melaka — Makassar
Hubungan Melaka — Ryukyu
Hubungan Melaka — Turki Uthmaniyah
Sejarah Awal Hubungan Melaka dengan China
Kesimpulan

4. Sumbangan Pemerintah Melaka dalam Perdagangan dan Aktiviti Penyebaran Agama Islam
Pengenalan
Melaka sebagai Pusat Perdagangan Dunia
Melaka sebagai Pusat Penyebaran Agama Islam
Kesimpulan

5. Kesimpulan

Lampiran 1
Lampiran 2
Lampiran 3
Bibliografi
Indeks

WeightN/A
DimensionsN/A
Author(s)

Format

,

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Dr. Hafiza Harun (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.