Out of stock

Kebudayaan Dongson di Asia Tenggara: Sejarah Kemunculan dan Perkembangan

ADNAN JUSOH adalah Profesor Madya di Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Penerbit UPSI (Cetakan Pertama, 2021)
203 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM30.00

Out of stock

Kebudayaan Dongson di Asia Tenggara: Sejarah Kemunculan dan Perkembangan menyingkap asal usul kebudayaan Dongson, ciri-cirinya, objek yang dihasilkan, fungsi, faktor penyebaran dan pengaruhnya terhadap sosiobudaya masyarakat Asia Tenggara. Asal usul kebudayaan ini berasal dari suatu lokasi yang terletak di kawasan utara Vietnam yang bernama Đông Sơn. Kebudayaan Dongson kemudiannya tersebar di beberapa kawasan di China dan beberapa buah negara di Asia Tenggara seperti Burma, Thailand, Cambodia, Laos, Indonesia dan juga Malaysia. Ini berdasarkan penemuan beberapa jenis artifak yang dikaitkan dengan ciri-ciri masyarakat yang mengamalkan kebudayaan Dongson antaranya gendang gangsa, loceng gangsa, tempayan gangsa dan beberapa jenis objek lagi. Sungguhpun telah banyak penemuan artifak kebudayaan ini ditemui sama ada secara sengaja atau tidak sengaja dilaporkan, namun demikian secara umumnya tahap pengetahuan berkaitan dengan kebudayaan Dongson dalam kalangan orang awam khususnya di negara ini didapati tidak begitu meluas.

Keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya ialah berita tentang kajian dan penemuan dalam bidang ini sangat kurang diberi tumpuan oleh media massa. Tambahan pula jika disoroti dari segi tempoh masa, kemunculan kebudayaan ini juga telah melepasi tempoh ribuan tahun yang lampau. Keadaan ini menyebabkan naratif penceritaan berkaitan dengan aspek kebudayaan ini ia seolah-olah kurang sensasi dan tidak lagi relevan dengan perkembangan masa kini. Impaknya, pengetahuan mengenai kebudayaan Dongson menjadi sangat terbatas kerana ia seolah-olah hanya diketahui dalam kalangan penyelidik sahaja terutama sekali mereka yang mempunyai pengetahuan dalam bidang arkeologi. Secara tidak langsung kepincangan ini telah memberi inspirasi kepada penulis untuk menukilkan penulisan sebuah buku yang dapat memberikan pendedahan dan pengetahuan khususnya mengenai kebudayaan Dongson kepada orang awam.

Prakata
Senarai Peta
Senarai Rajah
Senarai Singkatan
Senarai Lampiran

1. Pengenalan

2. Asal Usul Kebudayaan Dongson
Pengenalan
Kebudayaan
Kebudayaan Dongson
Asal Usul Kebudayaan Dongson
Kemunculan Kebudayaan Dongson
Masyarakat Pengamal Kebudayaan Dongson
Rumusan

3. Ciri-ciri Kebudayaan Dongson
Pengenalan
Ciri-ciri Kebudayaan Dongson
Kemahiran Membuat Peralatan Pertanian
Kemahiran Membuat Alatan Logam
Kemahiran Membuat Objek Perhiasan Diri
Kemahiran Membuat Senjata
Kemahiran Membina Rumah
Kemahiran Membuat Perahu
Amalan Pengebumian
Ritual dan Kepercayaan
Pesta
Rumusan

4. Artifak dan Objek Kebudayaan Dongson
Pengenalan
Artifak dan Objek Kebudayaan Dongson
Kategori Objek Bersaiz Besar
Gendang Gangsa
Loceng Gangsa
Tempayan Gangsa
Vessel
Kategori Peralatan Pertanian
Sabit Gangsa
Parang
Kapak Bersoket
Beliung Gangsa
Kategori Senjata
Pedang
Lembing
Panah
Kategori Objek Perhiasan
Gelang Gangsa
Subang
Kancing Baju
Tali pinggang Wanita
Cucuk Sanggul
Perisai Tangan
Kategori Objek Berprestij
Belati
Paip
Tempat Letak Lilin
Lain-lain Objek Logam
Rumusan

5. Kebudayaan Dongson dari Pelbagai Perspektif
Pengenalan
Penyebaran Kebudayaan Dongson
Penyebaran Melalui Perdagangan
Penyebaran Melalui Migrasi
Penyebaran Melalui Pertukaran Barang
Kebudayaan Dongson dari Perspektif Sosiobudaya
Masyarakat Agraria
Aktiviti Kelautan
Aktiviti Ritual
Pengkhususan Kerja
Status Sosial
Kebudayaan Dongson dari Perspektif Perdagangan Maritim di Alam Melayu
Pusat Pengumpulan
Pelabuhan Persinggahan
Rangkaian Perdagangan
Pola Petempatan
Rumusan

6. Kebudayaan Dongson di Alam Melayu
Pengenalan
Alam Melayu
Asal usul
Kedudukan Geografi Alam Melayu
Pencapaian Tamadun
Kebudayaan Dongson di Alam Melayu
Elemen Persamaan
Ritual
Status Sosial
Seni Bina Rumah
Aktiviti Agraria dan Maritim
Elemen Perbezaan
Masyarakat Alam Melayu Masih Kental dengan budaya sendiri
Hanya Penyebaran Objek
Jumpaan Objek Sangat Terhad
Identiti Tersendiri
Rumusan

7. Kesimpulan

Bibliografi
Lampiran
Indeks

Weight0.345 kg
Dimensions22.7 × 15.2 × 1.2 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.