Kecendekiaan Melayu Melalui Bahasa, Sastera dan Budaya: Sumbangsih untuk Prof. Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim

Barisan editor:
HASMIDAR HASSAN
PUTERI ROSLINA ABDUL WAHID

Penerbit UM (Cetakan Pertama, 2020)
280 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM60.00

Only 1 left in stock

Kecendekiaan Melayu Melalui Bahasa, Sastera dan Budaya: Sumbangsih untuk Prof. Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim adalah sebagai kenangan memperingati ulang tahun kelahiran ke-80 Nik Safiah Karim. Buku ini juga dihasilkan atas kesedaran bahawa perlunya ada kesinambungan dalam penyelidikan bahasa, sastera dan budaya di Malaysia. Kandungan buku ini merupakan kumpulan esei merangkumi bidang bahasa, sastera dan budaya. Antara penulis berpengalaman yang memberikan sumbangan idea dalam penulisan ialah Hashim Musa, Abdullah Hassan, Awang Sariyan, Teo Kok Seong, Puteri Roslina Abdul Wahid dan Nor Hashimah Jalaluddin.

Penulis yang berkaliber yang sering membentangkan kajian mereka turut sama menyumbang dalam buku ini ialah Hasmidar Hassan, Salinah Jaafar, Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali, Mardian Shah Omar, Norliza Jamaluddin, Radiah Yusoff, Norsofiah Abu Bakar, Nurul Haniza Samsudin, Nur Azimah Bukhari, Siti Nadhirah Abdul Ghani, Solakhiah Januri, dan Samsudin Suhaili. Penulis dari luar negara yang menyumbang ialah Cho Minsung (Korea) dan Dayang Fatimah Awang Chuchu dan Rossaleni Selamat (Brunei Darussalam).

Antara aspek yang menarik dalam buku ini ialah falsafah hati dan budi pemerintah Melayu, persoalan metafora dan akal budi Melayu, sorotan kegemilangan warisan Patani, hakikat dan realiti bahasa Melayu sebagai bahasa dunia, peristilahan seni tenun Melayu, data korpus berkomputer, kajian linguistik dari segi fonetik dan sintaksis, persoalan penterjemahan budaya Korea-Melayu dan juga sisi lain dalam kehidupan Nik Safiah Karim selain dunia bahasa. Buku ini sesuai menjadi bacaan pelajar, pensyarah, pengkaji bahasa dan pencinta bahasa, sastera dan budaya Melayu.

Beliau ialah anak kelahiran Kampong Banggol, Kota Bharu, Kelantan dan dilahirkan pada 17 Disember 1939. Beliau merupakan antara tokoh dan cendekiawan tanah air yang aktif memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu. Ketokohan beliau menjadikan beliau dikenali dan dihormati oleh masyarakat terutamanya para ahli akademik dan mahasiswa/mahasiswi yang mengikuti bidang bahasa dan linguistik.

Dalam bidang bahasa, Nik Safiah Karim mengasaskan Persatuan Linguistik Malaysia dan menjadi Presiden selama 18 tahun. Sebanyak 30 buah buku tentang bahasa Melayu telah menjadi rujukan semua golongan hingga sekarang telah dihasilkan oleh beliau. Selain di Malaysia, negara-negara ASEAN seperti Brunei dan Singapura turut menggunakan kepakaran Nik Safiah Karim untuk menghasilkan buku teks sekolah. Oleh yang demikian, dengan kepakaran dalam bidang bahasa Melayu, beliau sering dijemput khidmat kepada Kementerian Pelajaran Singapura dan Kementerian Pelajaran Brunei Darussalam. Memandangkan kegigihan beliau ini, maka tidaklah beliau menjadi salah seorang pengasas Persatuan Linguistik Malaysia dan pernah menjadi Presiden selama 18 tahun. Kini beliau menjadi penasihat persatuan tersebut.

Selain ketokohan beliau dalam bidang bahasa, beliau turut dikenali sebagai tokoh yang aktif di luar dunia bahasa terutamanya dalam memperjuangkan kebajikan wanita di Malaysia. Ketokohan Nik Safiah Karim dalam bidang bahasa sudah banyak dikaji dan diperkatakan oleh para sarjana dan ilmuan. Oleh yang demikian, Kecendekiaan Melayu Melalui Bahasa, Sastera dan Budaya: Sumbangsih untuk Prof. Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim turut membicarakan penglibatan beliau dalam bidang di luar dunia bahasa. Penelitian ini dimulai dengan latar belakang ringkas penglibatan beliau menerusi Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI), Persatuan Siswazah Wanita Malaysia (PSWM), Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita (NCWO), dan Majlis Penasihat Wanita Kebangsaan Mengenai Integrasi Wanita Dalam Pembangunan (NACIWID).

Weight0.444 kg
Dimensions22.8 × 15.1 × 1.5 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.