Kedaulatan dan Kekuasaan Melayu dalam Teks Sastera

JELANI HARUN adalah profesor dan pensyarah di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.

ROGAYAH A. HAMID adalah pengkaji sejarah Melayu. Beliau telah menghasilkan beberapa judul antaranya Kepustakaan Ilmu Tradisional (2005) dan Kesultanan Melayu Kedah (2006).

Senarai penulis:
ZAINAL KLING
MUHAMMAD HAJI SALLEH
DING CHOO MING
SITI HAWA HAJI SALLEH
RAMLAH ADAM
ABDULLAH ZAKARIA GHAZALI
RASHID HAMAT
NORIAH TASLIM
MOHD. YUSOF HASHIM
HALIMAH HASSAN
MOHAMAD LUTHFI ABDUL RAHMAN
NORIAH MOHAMED
ARBA’IYAH MOHD NOOR
ZUBIR IDRIS 
ABU HASSAN SHAM
NORHAYATI AB. RAHMAN

Dewan Bahasa dan Pustaka (Cetakan pertama, 2019)
501 halaman, termasuk Indeks

RM48.00

In stock

Product ID: 11567 SKU: 9789834918910 Categories: , Tags: , , , ,

Kedaulatan dan Kekuasaan Melayu dalam Teks Sastera merupakan kumpulan esei, hasil kajian para sarjana yang khusus membicarakan pelbagai isu dan persoalan, yang berhubung dengan kedaulatan dan kekuasaan raja-raja Melayu, khususnya bersumberkan naskhah-naskhah yang lahir daripada kepengarangan istana Melayu. Antara naskhah yang dijadikan sebagai rujukan ialah Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa, Misa Melayu, Tuhfat al-Nafis, Hikayat Johor, Hikayat Siak, Babad Tanah Jawa, Hikayat Upu Daeng Menambun dan Hikayat Pahang. Naskhah-naskhah Melayu ini merupakan dokumen sosial yang harus diketengahkan ke persada masyarakat agar sejarah dan rakaman peristiwa masa silam kekal menjadi bahan ingatan dan pengajaran buat selama-lamanya.

Naskhah persuratan silam kaya dengan maklumat yang berkaitan dengan prinsip, amalan dan ciri-ciri kekuasaan raja-raja Melayu yang sarat pula dengan pemikirannya yang asas dan asal. Sejarah dan tradisi penulisan naskhah yang berhubungan dengan pemerintahan raja-raja bermula di istana-istana kesultanan Melayu seawal abad ke-16, sebagai usaha raja-raja dan para pengarang menyusun sejarah pemerintahan raja-raja dan pada masa yang sama menonjolkan, mengangkat dan meninggikan tamadun kehidupan orang Melayu.

Isu tentang hak-hak keistimewaan dan ketuanan Melayu sering mendapat perhatian masyarakat, termasuk yang melibatkan institusi kesultanan Melayu. Sikap terbuka pihak kerajaan dalam hal ini menyebabkan sesetengah pihak mempersoalkan dan meminta menyemak semula hak-hak keistimewaan yang dimiliki orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dalam Perkara 153. Bagi negara Malaysia yang penduduknya terdiri daripada berbilang kaum, isu tentang hak dan keistimewaan orang Melayu ini dengan mudah boleh mencetuskan rasa permusuhan antara kaum sehingga menimbulkan ketegangan dalam masyarakat. Oleh itu, usaha-usaha yang berterusan harus dilakukan oleh semua pihak bagi memberikan pemahaman kepada masyarakat tentang sejarah dan nilai-nilai masyarakat yang wujud di negara ini.

Berasaskan perkara di atas, Dewan Bahasa dan Pustaka bersama-sama Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, telah menggembleng usaha dalam menerbitkan Kedaulatan dan Kekuasaan Melayu dalam Teks Sastera, sebuah buku yang khusus membicarakan sejarah institusi kesultanan Melayu. Buku ini mengandungi 18 buah esei hasil kajian para sarjana yang telah membuat penelitian terhadap naskhah-naskhah Melayu pilihan yang berhubungan secara langsung dengan sejarah institusi kesultanan Melayu. Naskhah-naskhah Melayu tersebut kaya dengan rakaman pengarang istana masa silam tentang asal usul keturunan raja-raja, asal usul pembentukan negeri, asal usul kedatangan agama Islam, salasilah raja-raja, keagungan dan kejatuhan sesebuah kerajaan. Kewujudan kerajaan-kerajaan besar di alam Melayu seperti Srivijaya, Langkasuka, Majapahit, Samudera-Pasai, kerajaan Melayu Melaka dan lain-lain lagi, menjadi bukti bahawa orang Melayu sudah lama menjadi tuan dan penguasa di rantau alam Nusantara.

Naskhah Melayu menjadi sumber bertulis yang sangat penting dan berharga dalam menelusuri semula sejarah peradaban dan ketamadunan masyarakat Melayu di seluruh alam Nusantara. Sebahagian daripada sejarah dan sebab-sebab kewujudan hak keistimewaan, kekuasaan dan kedaulatan orang Melayu telah terpahat kukuh dalam berbagai-bagai bentuk naskhah, terutamanya naskhah yang digolongkan sebagai karya historiografi Melayu hasil nukilan para pengarang istana Melayu sejak abad ke-16 hingga awal abad ke-19 yang lalu. Naskhah seperti Sulalatus Salatinn, Hikayat Hang Tuah, Misa Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa, Undang-undang Melaka dan Taj al-Salatin adalah sebahagian daripada khazanah Karya Agung Melayu yang lestari sepanjang zaman.

Di samping itu, naskhah undang-undang, ketatanegaraan dan adat istiadat Melayu turut memahat kepelbagaian maklumat tentang masa silam orang Melayu. Naskhah Melayu menyimpan catatan-catatan besar tentang asal usul ketuanan Melayu yang sangat wajar diketahui oleh semua warga negara Malaysia, tanpa mengira kaum dan keturunan mereka. Diharapkan, segala pandangan para sarjana yang termuat dalam Kedaulatan dan Kekuasaan Melayu dalam Teks Sastera boleh meninggikan ilmu pengetahuan para pembaca, di samping memberikan kefahaman yang lebih luas terhadap asas sejarah bangsa Melayu.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.582 kg
Dimensions 21.5 × 14 × 2.3 cm
Edition

Format

ISBN

9789834918910

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Kedaulatan dan Kekuasaan Melayu dalam Teks Sastera”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.