Out of stock

Kegemilangan Maritim Kesultanan Melayu Melaka

Penulisan bersama MOHD SAMSUDIN, ZULKANAIN ABDUL RAHMAN dan AZIZ UJANG

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2017)
266 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM40.00

Out of stock

Kegemilangan Maritim Kesultanan Melayu Melaka berkisar tentang kajian arkeologi berkenaan pengiraan semula tarikh penubuhan dan pengasasan Negeri Melaka yang dikatakan bermula sejak awal 1262 Masihi. Pada masa yang sama, tajuk lain yang diberikan tumpuan adalah Melaka sebagai pelabuhan maritim yang berasaskan kepada sumber dari China dan sejarah hubungan Ryukyu-Melaka yang berasaskan sumber dari Jepun. Selain itu, buku ini juga menyingkap tentang kehebatan pelabuhan Melaka berasaskan sumber sejarah Indonesia, selain daripada menyentuh aspek kegemilangan hubungan diplomatik Empayar Melaka.

Pada ketika itu, Melaka berjaya menjadi kuasa perdagangan terpenting yang telah menarik kuasa besar dunia mengadakan hubungan perdagangan dengan Melaka. Melaka juga telah menjadi pusat penyebaran Islam pada rantau ini kerana Sejarah Melayu telah menggambarkan Melaka sebagai empayar Melayu dan Islam yang teguh dan stabil berdasarkan susunan politik tradisional yang teratur. Melaka mempunyai Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka yang menjadi panduan Raja-raja dan para pembesar Melaka mentadbir Kerajaan Melaka.

Weight0.4 kg
Dimensions22.7 × 15 × 1.5 cm
Author(s)

, ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.