Out of stock

Kelantan, 1977: Politik dan Pergolakan

ROZIMI NASIR adalah anggota Polis DiRaja Malaysia dan bertugas di Jabatan E, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

ITBM (Cetakan Pertama, 2016)
138 halaman termasuk Bbiliografi

RM25.00

Out of stock

Kelantan, 1977: Politik dan Pergolakan menuruti perjalanan politik Kelantan sewaktu krisis perebutan kuasa bertitik tolak daripada undi tidak percaya yang dikemukakan oleh Kumpulan 20 terhadap Menteri Besar Kelantan pada masa itu, Dato’ Mohamad Nasir dan pengisytiharan darurat. Tindakan yang dibuat oleh Kumpulan 20 ini akhirnya telah menimbulkan kemarahan kebanyakan rakyat Kelantan yang akhirnya membawa kepada beberapa siri demonstrasi yang dibuat oleh rakyat Kelantan bagi menzahirkan sokongan mereka kepada Dato’ Mohamad Nasir.

Dua persoalan yang cuba diselesaikan dalam kajian ini. Pertama, sejauh manakah perisytiharan darurat berjaya memulihkan keadaan keselamatan di negeri Kelantan selain memastikan sama ada agenda pembangunan dapat dijalankan bagi meningkatkan taraf kehidupan rakyat negeri ini yang jauh tertinggal ke belakang? Manakala persoalan kedua ialah, adakah benar dakwaan yang menyatakan bahawa rakyat negeri Kelantan merupakan penyokong fanatik PAS sehingga timbul telahan daripada sesetengah pihak yang menyatakan bahawa Kelantan itu PAS dan PAS itu Kelantan?

Darurat yang berlaku di Kelantan merupakan darurat terakhir yang diisytiharkan di negara ini (sebelum ketibaan COVID-19), ekoran daripada pergolakan politik semasa. Adakah krisis dalaman yang berlaku dalam PAS merupakan tunjang kepada terjadinya darurat 1977, atau wujudnya faktor lain yang menjadi pemangkin kepada krisis ini? Bagi menyelesaikan persoalan yang diketengahkan, buku ini cuba memahami konsep dan tafsiran darurat di bawah Perlembagaan Persekutuan, serta akta-akta yang berkaitan dengannya, iaitu bagaimana situasi dan keadaan yang membolehkan Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat melalui lunas undang-undang sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Buku ini juga cuba menyelongkar punca-punca yang menyebabkan berlakunya darurat di Kelantan yang akhirnya membawa kepada kejatuhan kerajaan PAS yang mula dibina selepas Pilihan Raya 1959. Adakah krisis ini disebabkan oleh campur tangan pihak ketiga sepertimana yang didakwa oleh sesetengah pihak, atau kesilapan percaturan politik dalaman PAS sendiri yang mengundang suasana tidak tenteram sehingga berlakunya rusuhan, dan demonstrasi yang akhirnya mengheret Kelantan kepada darurat? Urusan pentadbiran negeri apabila Kelantan ditadbir terus oleh kerajaan pusat turut diketengahkan dalam buku ini bagi mendedahkan apa-apa yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk kesejahteraan rakyat. Setakat mana pula peranan yang dilakukan oleh Pengarah Kerajaan Negeri, Encik Hashim Aman bersama Majlis Penasihat Negeri sepanjang Undang-Undang Kuasa Darurat (Kelantan) 1977 yang berkuat kuasa bermula 8 November 1977 sehingga darurat ditarik balik pada 13 Februari 1978?

Kesan darurat yang membawa kepada tumbangnya Kerajaan PAS yang menjadikan Islam sebagai dokongannya turut dikupas dalam bahagian akhir buku ini. Kelantan digelar sebagai Negeri Serambi Makkah lantaran masyarakatnya yang mengangkat atau menjunjung tinggi syiar Islam. Namun begitu, pada pilihan raya 1978, rakyatnya menolak parti yang mendakwa mereka pejuang Islam, sebaliknya majoriti rakyat Kelantan yang layak membuang undi telah menerima perjuangan Barisan Nasional yang diterajui UMNO yang lebih liberal dan terbuka.

Kemelut politik di Kelantan menjadi bertambah rumit bermula selepas Perisytiharan Darurat pada 8 November 1977, sehinggalah berakhirnya pilihan raya negeri pada 11 Mac 1978, yang menjadi fokus buku ini. Konflik yang tercetus dalam Kerajaan Negeri Kelantan memaksa Kerajaan Pusat mengambil tindakan segera dengan menghantar seorang pegawai yang dinamakan Pengarah Kerajaan Negeri di bawah Undang-Undang Kuasa Darurat (Kelantan) 1977 yang telah dibahas dan diluluskan di Parlimen.

Buku ini akan membincangkan punca yang menyebabkan Kerajaan Pusat mengisytiharkan Undang-Undang Darurat di Kelantan. Adakah perisytiharan ini bermotifkan politik, atau ia benar-benar untuk menyelamatkan negeri Kelantan daripada terus bergolak dan boleh membawa bencana kepada rakyat Kelantan? Bagaimana perjalanan serta pengisian kepada pentadbiran Pengarah Kerajaan Negeri yang berlangsung dalam tempoh hanya 96 hari? Adakah Kelantan ditadbir dengan sempurna dengan meneruskan agenda pembangunan, bag memastikan taraf kehidupan rakyat berubah kepada sebuah kehidupan yang lebih baik dan sempurna, atau kehidupan rakyat menjadi lebih buruk dengan tahap keselamatan yang gagal diselamatkan? Buku ini juga akan membincangkan kesan perisytiharan darurat terhadap politik dan pembangunan negeri Kelantan secara keseluruhannya.

Kelantan, 1977: Politik dan Pergolakan ditulis dengan berdasarkan beberapa kajian yang telah dibuat ke atas perkembangan politik Kelantan yang didakwa lebih sinonim kepada PAS. Suatu persoalan yang sering kali diutarakan ialah, selepas PAS berjaya membentuk kerajaan negeri pada tahun 1990 ekoran krisis dalaman UMNO, mengapa Barisan Nasional yang berjaya mengekalkan penguasaannya pada peringkat pusat tetapi masih gagal mengambil alih kerajaan negeri daripada PAS? Adakah UMNO atau Barisan Nasional terpaksa menunggu situasi atau keadaan sepertimana yang berlaku pada tahun 1977 untuk merebut semula Kerajaan Kelantan atau terus kecundang setiap kali tibanya pilihan raya?

Kata Alu-aluan
Prakata
Senarai Singkatan

BAB 1 PENGENALAN

BAB 2 TAKRIFAN DAN PERUNDANGAN DARURAT
Penentuan Darurat
Kuasa-kuasa Darurat
Pentadbiran Semasa Darurat
Kuasa Pengisytiharan
Perkembangan Darurat 1948-1977
Kesimpulan

BAB 3 SEBAB-SEBAB PERISYTIHARAN DARURAT DI KELANTAN
Perkembangan Politik Kelantan, 1955 1972
Konflik Dalaman PAS
Pengisytiharan Darurat
Kesimpulan

BAB 4 PENTADBIRAN KELANTAN SEMASA DARURAT
Penguatkuasaan Undang-Undang Kuasa Darurat (Kelantan) 1977
Reaksi Masyarakat Terhadap Perisytiharan Darurat
Pentadbiran Kelantan Semasa Darurat
Pelaksanaan Projek Pembangunan Bawah Pengarah Kerajaan Negeri
Tahap Keselamatan Semasa Darurat
Suasana Politik Semasa Darurat
Tindakan PAS Keluar daripada Barisan Nasional
Kesimpulan

BAB 5 TAMATNYA DARURAT: KESAN KEPADA POLITIK DAN PEMBANGUNAN KELANTAN
Penarikan Darurat
Kerajaan Sementara
Pembubaran Dewan Undangan Negeri
Pembatalan Perintah Berkurung Pilihan Raya Negeri
Kejatuhan Kerajaan PAS
Politik Pembangunan
Kesimpulan

BAB 6 KESIMPULAN

Lampiran
Bibliografi
Biodata Penulis

Weight0.236 kg
Dimensions22.8 × 15.3 × 0.8 cm
Author(s)

Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.