Kelopak Pemikiran Sastera Melayu

SITI HAWA HAJI SALLEH merupakan mantan profesor di Jabatan Persuratan Melayu dan di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2009)
865 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM100.00

Only 1 left in stock

Kelopak Pemikiran Sastera Melayu menghidangkan sejumlah makalah hasil penelitian dan penyelidikan penelitinya dalam beberapa genre Kesusasteraan Melayu Tradisional. Penjelajahan peneliti dalam bidang kesusasteraan Melayu tradisional bermula dengan Hikayat Merong Mahawangsa untuk memperoleh ljazah Sarjana Sastera di Universiti Malaya.

Latihan intensif dalam pengaplikasian pendekatan Ilmu Filologi dapat dilihat dari pelbagai makalah dalam bidang kesusasteraan Melayu tradisional seperti sastera rakyat, sastera hikayat, sastera sejarah tradisional, sastera epik, undang-undang Melayu lama dan lain-lain. Pelbagai karya zaman tradisional tercipta dalam bentuk prosa dan puisi- khasnya syair – untuk memperturunkan kepelbagaian aspek pemikiran masyarakat Melayu-Nusantara zaman silam dalam karya seperti Hikayat Raja Pasai, Hikayat Acheh, Sulalat al-Salatin (Sejarah Melayu), Hikayat Banjar, Syair Perang Mengkasar dan lain-lain yang termasuk ke dalam genre penulisan sejarah tradisional.

Beberapa sastera hikayat juga tertulis dalam kedua-dua bentuk prosa dan syair termasuk Hikayat Ismayatim, Hikayat Marakarma, Hikayat Gul Bakawali dan lain-lain di samping Syair Siti Zubaidah Perang Cina, Syair Sultan Maulana, Syair Awang Semaun.

Kelopak Pemikiran Sastera Melayu juga mengemukakan beberapa makalah yang menggunakan pendekatan Ilmu Filologi untuk meneliti beberapa hasil kesusasteraan Melayu tradisional. Dapat dilihat dengan jelas betapa pentingnya metodologi dan pendekatan llmu Filologi diamalkan bagi meneliti karya-karya ilmiah dalam perbendaharaan pernaskhahan Melayu.

Kumpulan makalah yang diterbitkan dalam koleksi buku ini jelas ruang lingkupnya yang mungkin diliputi atau dijelajahi oleh seseorang peneliti dalam bidang kesusasteraan Melayu tradisional seolah-olah tidak berperenggan atau terbatas. Ibarat tiada gunung yang terlalu tinggi dan tiada tasik yang terlalu dalam hingga tidak dapat diterokai. Senjata yang paling berguna atau pegangan yang paling membantu adalah fikiran yang terbuka, pendirian yang objektif dan niat suci melakukannya semata-mata untuk mendedahkan permata dan mutiara yang tersembunyi dalam timbunan kata-kata indah yang dipusakai sebagai warisan suatu bangsa yang agung, masyhur dan lagi ternama.

Weight1.226 kg
Dimensions22.9 × 15.2 × 4.7 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.