Kemelesetan Ekonomi Dunia: Pengalaman Pulau Jawa (1929-1935)

NAZARUDIN ZAINUN adalah pensyarah di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, yang mengkhusus dalam bidang Sejarah Sosioekonomi.

DBP (Cetakan Pertama, 2015)
411 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM35.00

Only 1 left in stock

Kemelesetan Ekonomi Dunia: Pengalaman Pulau Jawa (1929-1935) membincangkan kemelesetan ekonomi dunia, khususnya yang berlaku di Pulau Jawa bermula pada tahun 1929 hingga 1935. Kawasan tumpuan buku ini meliputi seluruh Pulau jawa yang terdiri daripada tiga wilayah, iaitu Jawa Barat, Jawa Tengah dan Jawa Timur. Pembahagian wilayah ini berdasarkan pembahagian wilayah pentadbiran oleh Belanda pada tahun 1920. Pulau Jawa dipilih atas faktor peranannya sebagai pusat pentadbiran penjajah Belanda pada tempoh tersebut. Secara khusus, buku ini memberi kefahaman dan pengetahuan tentang cara bagaimana Pulau Jawa berhadapan dengan konflik kemelesetan ekonomi.

Krisis ekonomi yang melanda Pulau Jawa antara tahun 1929 hingga 1935 sebenarnya merupakan satu gejala ekonomi dunia kerana hampir tidak ada satu negara pun,terutama yang terlibat dalam ekonomi import dan eksport, terlepas daripada pengaruh krisis ini. Oleh sebab itu, krisis ini dirujuk sebagai “zaman meleset‘.

Tempoh ini dianggap sebagai zaman kemelesetan ekonomi terburuk dan paling signifikan dalam sejarah ekonomi dunia. Tempoh tersebut juga dijadikan kayu ukur dalam membandingkan sejauh mana ekonomi pada zaman moden boleh mengalami kejatuhan.

Kemelesetan Ekonomi Dunia: Pengalaman Pulau Jawa (1929-1935) bermula dengan tinjauan ringkas pada tahuntahun sebelum berlakunya kemelesetan dengan ekonomi kolonial yang berteraskan sektor perladangan menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi yang pesat sehingga terjadinya kemelesetan pada tahun 1929. Ketika itu, penduduk Jawa sudah pun menikmati taraf hidup yang terus meningkat. Tentunya wujud pola tingkah laku tersendiri petani Jawa dalam bertindak balas terhadap kemelesetan ekonomi serta kesan sosioekonomi yang dialami rakyat.

Hal ini boleh dilihat dengan meninjau kesannya dari aspek ekonomi domestik. Semasa kemelesetan, petani jawa bertindak kembali kepada ekonomi sara diri dan pada masa yang sama tetap terikat dengan ekonomi kapitalis. Taraf hidup rakyat daripada kumpulan yang berlainan turut mengalami kejatuhan, tetapi jika dilihat dari aspek ekonomi domestik, tidaklah separah yang digambarkan melalui kejatuhan ekonomi eksport dan perdagangan antarabangsa akibat tindakan yang salah dan kegagalan pemerintah Hindia Belanda memulihkan ekonomi menyebabkan bermulanya involusi pertanian di Pulau jawa dan kesannya hanya dapat dipulihkan semasa era pemerintahan Suharto.

Weight0.56 kg
Dimensions21.4 × 13.8 × 2.3 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.