Kepentingan Nasional Jepun di Selat Melaka

NORAINI ZULKIFLI merupakan pensyarah kanan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

ZARINA OTHMAN adalah Profesor dan Pengerusi di Pusat Kajian Sejarah Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. UKM. Beliau juga adalah Felo Penyelidik di Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA).

Penerbit UKM (Cetakan pertama, 2020)
164 halaman, termasuk Indeks dan Bibliografi

RM35.00

Only 1 left in stock

Kepentingan Nasional Jepun di Selat Melaka menganalisis kehadiran Jepun di Selat Melaka yang terletak jauh kebarat daya negaranya. Sebagai sebuah negara yang mempunyai kemampuan ekonomi, Jepun mempunyai kepentingan nasional di Selat Melaka Justeru kehadirannya bukan sahaja untuk menjaga keselamatan kapal yang belayar dan berlabuh di situ, malah menjaga kepentingan ekonomi dan kepentingan strategiknya demi kelangsungan hidup negara.

Ini bertepatan dengan teori tersohor hubungan antarabangsa neorealisme yang menghujah negara bersendirian dalam struktur antarabangsa Selat Melaka menjadi nadi komunikasi yang menghubungkan penghantaran tenaga dan sumber yang di perlukan oleh Jepun sebagai sebuah negara industri berat yang masih sebahagiannya bergantung pada negara luar seperti dari Timur Tengah dan Eropah untuk sumber bahan mentahnya termasuk minyak.

Buku ini menjurus kepada Selat Melaka sahaja kerana selat ini merupakan laluan perjalanan laut yang terdekat untuk perdagangan antara Timur dan Barat. Selain itu, selat ini berada di lokasi yang strategik dengan ditadbir oleh tiga negara pesisir iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura. Berada dalam Jalur Komunikasi Lalu Lintas Laut (SLOCs) menjadikan Selat Melaka sebagai satu kawasan Hot Spot, iaitu kawasan yang mempunyai nilai yang penting dari aspek keselamatan, ekonomi dan juga geopolitik kerana kedudukannya yang strategik serta menjadi laluan utama menghubungkan Laut Pasifik dengan Lautan Hindi. Panjang laluan Selat Melaka adalah 520 meter.

Kepentingan Nasional Jepun di Selat Melaka turut memaparkan kenapa Jepun bekerjasama terutamanya dengan negara pesisir, iaitu Indonesia, Malaysia dan Singapura selain memberi bantuan kewangan, teknikal dan latihan kepakaran yang menunjukkan mustahaknya Selat Melaka pada mereka Laluan Selat yang sempit dan sibuk juga perlu diawasi daripada ancaman jenayah maritim.

Oleh itu. Jepun mengambil kira kebolehupayaan Pasukan Pengawal Pantai Jepun dan Pasukan Pertahanan Diri Laut Jepun (JMSDF) dalam membanteras aktiviti jenayah maritim di Selat ini. Selain itu pemodenan yang dilakukan oleh Jepun terhadap pasukan pengawal pantai dan JMSDF untuk menghadapi cabaran dan ancaman rentas sempadan menunjukkan Jepun mungkin boleh menjadi sebuah kuasa maritim di Asia Pasifik, namun ia masih terikat dengan Artikel 9 perlembagaan negaranya.

Selat Melaka penting kepada negara Jepun kerana ia merupakan jalan pengangkutan laut yang terpantas berbanding menggunakan Selat Lombok dan Makasar. Jepun merupakan negara yang mengimport 80% daripada sumber tenaganya melalui Selat Melaka selain mengeksport barangan perkilangan ke Eropah, Australia, Timur Tengah dan Afrika. Faktor keselamatan semasa melalui sesuatu laluan asing menjadi perhatian bagi banyak negara kerana ia merupakan nadi perj alanan yang akan melancarkan perdagangan masing-masing.

Buku ini amat relevan untuk dijadikan bahan rujukan ilmiah dan juga ahli akademik selain sesuai untuk pelajar sarjana Ia juga bermanfaat sebagai rujukan pembuat dasar berkaitan isu dan keselamatan maritim.

Weight 0.253 kg
Dimensions 22.7 × 15 × 0.7 cm
Edition

Format

ISBN

9789674128067

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Kepentingan Nasional Jepun di Selat Melaka”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.