Keperluan Remedi Khusus dalam Perlembagaan Persekutuan

CAN CHEE KEONG adalah merupakan Hakim Mahkamah Sesyen, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Beliau berkepakaran dalam bidang undang-undang Perlembagaan dan Pentadbiran serta berpengalaman dalam bidang undang-undang Jenayah, Keterangan, Tatacara jenayah dan Tatacara Sivil berdasarkan pengalaman sebagai Majistret, Penolong Kanan Pendaftar dan Timbalan Pendaftar.

AHMAD AZAM MOHD SHARIFF adalah Profesor Madya, adalah merupakan pensyarah di Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau berkepakaran dalam bidang undang-undang Keterangan dan Tatacara Jenayah Syariah dan undang-undang jenayah Syariah serta turut mempunyai kepakaran sampingan dalam bidang undang-undang jenayah serta hak dalam Perlembagaan.

Penerbit UKM (Cetakan pertama, 2019)
184 halaman, termasuk Indeks dan Bibliografi

RM35.00

Only 1 left in stock

Keperluan Remedi Khusus dalam Perlembagaan Persekutuan adalah berkait dengan keperluan untuk melindungi kebebasan asasi rakyat negara ini. Peruntukan berkaitan kebebasan asasi memang telah lama wujud dalam Perlembagaan Persekutuan 1957. Namun demikian, masih terdapat ruang untuk memperkasakan kebebasan asasi tersebut agar lebih terpelihara dan membawa kepada keadilan.

Antara mekanisme yang boleh melindungi kebebasan asasi ialah dengan cara mewujudkan peruntukan khusus berkaitan remedi dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 untuk melindungi kebebasan asasi dengan baik. Penulisan ini mendapati tiada sebarang peruntukan khusus berkaitan remedi wujud dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjamin dan menguatkuasakan kebebasan asasi di negara ini.

Sekiranya peruntukan khusus berkaitan remedi tersebut digubal di bawah perundangan Parlimen dan bukan dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan, ia belum dapat menjamin penguatkuasaan dan perlindungan kebebasan asasi dengan baik. Kebebasan dan remedi tidak boleh dipisahkan dan perlu dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjadi undang-undang tertinggi negara ini.

Dalam memaktubkan peruntukan khusus berkaitan remedi tersebut, beberapa faktor seperti keselamatan awam, doktrin pengasingan kuasa, mengimbangi kuasa mahkamah dan menguatkuasakan litigasi demi kepentingan awam perlu diambil kira mengikut acuan norma dan nilai masyarakat tempatan agar mekanisme tersebut dapat menjamin perlindungan kebebasan asasi dengan lebih baik.

Keperluan Remedi Khusus dalam Perlembagaan Persekutuan mengandungi 6 bab.

Bab 1 membincangkan isu kebebasan asasi dan remedi yang memeliharanya: hubung kait serta bentuk remedi. Bab 2 pula menganalisis permasalahan ketiadaan remedi khusus dalam perlembagaan persekutuan di Malaysia. Bab 3 membincangkan tentang kewajaran memaktubkan peruntukan khusus berkaitan remedi dalam menguatkuasakan kebebasan asasi rakyat dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bab 4 adalah tentang keperluan mengimbangi kebebasan asasi melalui kemasukkan peruntukan remedi dalam Perlembagaan Persekutuan: faktor pemeliharaan keselamatan awam dan hubungan pihak kehakiman-kerajaan. Bab 5 mengisahkan tentang isu mengimbangi kebebasan asasi melalui kemasukan peruntukan remedi dalam Perlembagaan Persekutuan: faktor pengimbangan kuasa Mahkamah dan penguatkuasaan litigasi demi kepentingan awam. Akhir sekali dalam Bab 6, persoalan pemaktuban remedi dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia: cita dan citra dikupas.

Weight0.288 kg
Dimensions22.6 × 15.3 × 1 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.